Apr 3, 2012

April Oh! April

April. Autism Awareness Month.

Bulan Kesedaran Autisme.

So, apa pengisiannya?

Sebarkan pengetahuan tentang Autisme. 
Beritahu keluarga. Beritahu kawan. 
Ceritakan pada semua.

Ambil tahu tentang Autisme. Baca. Risalah. Majalah. Suratkhabar. Internet. Google!

Tonton. Di TV. Di radio. Filem.

Dengar. Dari keluarga. Dari kawan. Dari jiran.
Dari doktor. Dari pakar terapis.

Kenapa sibuk-sibuk nak bagitau dunia?
Supaya individu Autisme difahami.
 Tiada lagi buruk sangka. 
Tiada lagi pandangan negatif.
Hentikan buli. Hentikan diskriminasi. 
Hapuskan prejudis.

Kenapa nak sibuk-sibuk ambil tahu?
Individu Autisme makin ramai. Dikesan sejak usia kanak-kanak. 
Selalunya sekitar dua ke tiga tahun. 
Manalah tahu, tiba-tiba berlaku di kalangan keluarga atau kawan rapat. 
Diagnosis awal sangat membantu. 
Intervensi awal boleh dimulakan segera.  
Umur pra-sekolah paling ideal.

Tak kenal mana-mana individu Autisme. Kena tahu juga ke?
Apa salahnya. 
Anda tambah ilmu, anda dapat pahala.  
It's a small world
Di mana-mana nanti, anda akan 'terserempak' dengan individu Autisme. Ilmu ini sedikit sebanyak akan membantu.  
Sebarkan ilmu.  Sebarkan kasih sayang. Kurangkan simpati. Lebihkan empati.




Tunggu apa lagi?
Peluklah insan Autisme yang terdekat dengan anda. Senyumlah pada mereka. Hargai mereka. Walaupun mereka tidak respon atau membalas, Percayalah, mereka membalasnya di dalam hati. Penghargaan anda akan diingati.

Kalau selama ini ada rasa benci. Buanglah. Tak rugi sayang menyayangi. 
Autisme hanya satu label. 
Ada orang sebut insan istimewa. 
Ada yang panggil OKU. Ada yang kata cacat.  
Saya tak peduli itu semua. 

Different but not less. 
Unik dan berbeza. Tapi bukan kurang upaya. Tidak kurang walau sebesar hama.
Mereka juga ada potensi. Ada bakat. 
Ada kebolehan. Cuma, bagi mereka peluang.
Autisme atau tidak.  Mereka juga manusia. Sedangkan haiwan lagi dibelai dan disayangi. Inikan pula mereka.

Kenali Autisme. Sayangi mereka.
Jom!

Salam Selasa.
Jumpa lagi :-)


*semua visual dari google


6 comments:

Edi said...

"Walaupun mereka tidak respon atau membalas, Percayalah, mereka membalasnya di dalam hati."

terharu baca ni..

Mahani@mama homeschool said...

salam syida,
Sprt selalu...saya cukup suka baca tulisan syida... terkesan di hati :)
mcm syida...saya sendiri pun dah lama x menyinggah kat sini. Tapi saya harap ukhuwwah yg terjalin terus berpjgan walaupun belum pernah lg bertentang mata ;)

syida said...

edi, mmg betul pn, selalunya dorang x respon, tp sebenarnya dalam hati dorang tu, penuh perasaan..

syida said...

w'kum salam mahani, tk sudi singgah...ada umur, ada rezeki, ingin juga ke KB, mudah2an boleh jumpa nanti :)

Anonymous said...

syidah,

aku kan stalker blog mu.. hehhehe

-aboo

Anonymous said...

syidah,

aku kan stalker blog mu.. hehhehe

-aboo