Apr 5, 2012

April Oh! April (episod 3)

dari google


Autism Walk 2012
15 April 2012
Citta Mall, Ara Jaya, PJ
Hubungi NASOM at Tel: 603 7886 8233  or 603 7886 8986
(untuk pendaftaran & pertanyaan)

Autism Walk datang lagi. Tahun ini, mungkin rezeki tidak menyebelahi saya.  Event sempena Bulan Kesedaran Autisme lebih banyak tahun ini (berbanding tahun lepas). Saya terpaksa memilih sebab tak mampu untuk ke KL setiap hujung minggu berturut-turut. 

Saya ralat dan terkilan juga sebenarnya kalau tak turut serta sekali lagi tahun ini. Tapi terpaksa. InsyAllah minggu ini saya akan sama-sama menyertai aktiviti yang dianjurkan Makmal Pembelajaran Autisma UKM. Saya akan cuba untuk hadir seminar ini:-


Tarikh: 7 April 2012 (Sabtu)

Masa: 9.00pg - 12.30tgh

Tajuk: Pengurusan Tingkah Laku

Penceramah: Pn Intan Meranti
Tempat: Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan UKM
Bayaran: RM20 seorang, RM30 pasangan -walk in
Childcare disediakan RM10/seorang 
booking melalui makmalautisma@yahoo.com


Intan Miranti adalah seorang 'selebriti' Autisme. Orang kuat ANDI INITIATIVE. Menyertai ceramah beliau pada kos hanya RM20 adalah satu peluang keemasan.  Saya rasa sangat rugi kalau peluang ini dilepaskan. Saya harap ada rezeki saya untuk datang ke UKM Sabtu ini.

Selain seminar ibubapa, ada juga acara Golf Amal UKM pada hari Ahad, 8 April.  Saya akan cuba untuk sama-sama turun padang memberi sokongan.

Saya harap segala perancangan berjalan lancar. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Excited!


Kawan-kawan, tunggu apa lagi?

JOM!

9 comments:

Edi said...

yay! syida dtg ke esok!? jumpa kat sana k.... saya i'allah pergi.. :)

syida said...

edi, u going? jom..

maya amir said...

syida pegi ye last week? tak byk ek event mcm ni kat jb....

smsaroni said...

sokongan dari jauh...nun di Kuala Terengganu

Azma said...

Hi syida..
muncul semula ni..hihi..
Semoga ada rezeki ke UKM mgu ni.Niat yg baik insyaAllah..tertunai..

Siti_btp said...

Hati teringin nak pergi..
Tapi apakan daya tak de org nak jaga
anak-anak akak ni..

Terlalu byk temujanji dgn Dr..
Cubalah ye! acar buah tu mcm goreng cili je..

syida said...

maya, mmg tak banyak pun event cenggini kt jb..tapi this weekend(21-22apr) ada seminar on autism di setia tropika. insyAllah sy join :)

syida said...

salam,

hi azma..Alhamdulillah..da tertunai pun hajat ke ukm. suka3

syida said...

k.siti/en sam,

pakat2 la kita bagi sokongan moral ek, walaupun dari jauh...dekat di hati..