May 20, 2012

Oh My English!

dari google

Oh My English!
Sangat best. Bagus untuk belajar English secara santai.

Pelakon-pelakonnya pun menarik. Ada Adibah Noor, Izara Aisyah, Harun Salim Bachik, Zain Saidin, Os pun ada. Ramai lagi pelakon-pelakon remaja yang wajah mereka sangat familiar di Disney channel dan Astro Ceria. Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok di sini.

Saya rasa semua murid sekolah patut tonton rancangan ini. Yang bukan murid sekolah pun boleh tengok juga. Selain menghiburkan, banyak yang kita boleh belajar menerusi progam Oh My English! ni. Suka3!!

Hari ni, saya menonton dengan anak-anak saya. Ya, bersama kak Dina, Zarif dan Abil juga.  Selepas ini, kami tak akan lepaskan peluang menonton lagi. Astro TVIQ. Channel 610. Setiap Ahad, jam 10 pagi. Ulangannya hari Ahad juga, jam 8 malam.



So, tunggu apa lagi, tengok...jangan tak tengok!!

Esok hari Isnin. Babai :)

Abil Oh! Abil (episod 3)


Seminggu lebih tidak update di sini. 

Don't worry, saya masih di sini. Sihat dan meriah macam biasa. Cuma tak cukup tangan dan kaki untuk update sana dan sini. haha *ayat mengalahkan selebriti

Cuti sekolah hanya tinggal seminggu lagi. Tak sabar rasanya. Boleh lah saya berehat seketika daripada tugas 'supir' dan fokus pada kerja-kerja lain.

OK. saya kongsikan visual-visual ini.


Abil dan Betty.
Masih belum betul-betul mesra. Tapi connection sudah ada.
Scene sebegini bukan selalu boleh dilihat. Sangat mahal. Priceless. Kalau dulu, suruh mengusap Betty pun Abil tak mahu dan lari. Sekarang, sudah boleh main-main walaupun untuk beberapa saat dan minit saja. Malu-malu kucing..meow meow..hehe 


Ini gambar semasa outing sempena harijadi Zarif yang ke-6 tempoh hari.
Adik Zarif memang suka manja-manja dengan abang.  Abil pula masih malu-malu tapi mahu.
Saya suka gambar ni :)))

oh ya, nak tahu apa lagu kegemaran Abil sekarang??


Berulang-ulang kali tengok. Tak jemu-jemu.
Setiap kali mahu dengar atau tengok klip ini, dia akan sebut "Maher Zain! Maher Zain!" hehe

Sekian update untuk hari ini.

Jaga diri. Jumpa lagi!


May 7, 2012

Bila Abil belajar 3M (episod 3)





Semalam Abil belajar mengira.  Sekitar jam 8 malam, dia sedang main iPad. Saya panggil dia, "Abil, jom belajar..". Tanpa menyahut, dia letak iPad-nya di atas meja, kemudian perlahan-lahan datang ke arah saya. Saya pun terus minta dia duduk bersila di depan 'meja jepun' yang saya sediakan.  

Melihatnya begitu, saya tersenyum sendiri. Betapa anak saya sudah jauh berubah.  Saya masih ingat lagi dulu, bagaimana saya dan dia sama-sama struggle untuk buat sesi 'ulangkaji' bersama. Bukan senang untuk sampai ke tahap ini.  Dulu, setiap kali sesi belajar, saya terpaksa peluk dan riba dia di pangkuan saya. Selalunya, dia menangis sepanjang 15-30 minit sesi. Menangis dengan air mata berjurai-jurai, bukan menangis sikit-sikit.  Kadang-kadang, siap meronta-ronta.  Saya stres. Dia juga stres. Tapi saya teruskan juga walaupun terpaksa memegang tangannya untuk bantu dia menulis.  Saya pegang tangannya untuk 'paksa' dia mewarna. Saya peluk dia kuat-kuat untuk latih dia mengikut arahan.  

Alhamdulillah, sekarang, dengan sekali panggil dia datang.  Dalam hati ada $$$. Saya rasa macam seorang jutawan. hehe

Sambil saya flashback dan tersengih-sengih seorang diri, saya beri dia latihan pada papan putih mini.  Saya tak mahu dia bosan menulis di atas kertas dan buku. Saya juga tahu dia suka pegang pen marker.  Jadi saya ikutkan rentaknya.

Soalan-soalan operasi tambah yang ringkas dan asas saya berikan padanya. Untuk mengelakkan sebarang tekanan (saya tak mahu lagi sesi belajar kami stres macam dulu), hanya dua atau tiga soalan saya berikan pada setiap round. Secara keseluruhan, Abil buat lebih kurang 4 round pengiraan semalam. Ada satu dua kesalahan kecil. 

Bagaimanapun, saya lebih dari puas hati sebab semuanya dia kira sendiri. Saya hanya bagi soalan, kemudian duduk dan perhati. Sebelum ini, segala-galanya mesti ditunjukkan.  Berkali-kali juga saya guide dan prompt. Waktu itu, dia masih belum faham konsep menambah.  Saya gunakan objek juga untuk meningkatkan kefahamannya.  

Konsep ini memang terlalu asas. Bagi kanak-kanak lain, mungkin ambil masa sekejap saja untuk terus faham dan mahir.  Tapi anak autisme seperti Abil mempunyai cara berfikir yang berbeza.  Persepsi mereka juga lain daripada kita.  Nombor pula bukanlah kegemarannya, berbanding huruf dan abjad.

Lega. Gembira. Itulah perasaan saya semalam. Anak saya Nurhan Nabil sudah faham dan tahu untuk menambah nombor 1 digit tapi perasaannya seperti dia sudah mahir mengira soalan-soalan algebra Matematik Tambahan haha.  Ya, apa saja yang membabitkan Abil, perasaannya memang over

Selepas ini, banyak lagi yang perlu diajar. Menambah angka 2 digit, 3 digit, 4 digit dan seterusnya. Erk, memikirkan tentang itu saja sudah buat saya pening.  Migrain mungkin. 

Abil juga sudah mula belajar operasi tolak.  Tapi masih belum mahir.  Sedikit masa lagi insyAllah.

Ok. Tuan-tuan dan puan-puan, saya kena berhenti di sini.  Komitmen lain sudah memanggil-manggil :)

Untuk ibu-ibu/guru-guru yang berminat mencari bahan-bahan untuk speech therapy, bolehlah klik di sini (kredit untuk rakan yang berkongsi di Autisme Malaysia).

Salam Isnin!

May 4, 2012

Jom ke laut! (episod 2)












Cuti Hari Buruh. Kami ke Ancasa PD. 

Sebelum ini kami pernah ke Selesa Beach Resort dan Tiara Beach Resort.

Hanya pantainya saja yang kurang memberangsangkan.

Seronok.

Kami puas hati dengan hotel dan swimming pool-nya (ada slide air kegemaran Abil).

2 hari 1 malam. Memang tak cukup. 

Tapi oklah tu. Dapat juga release stress dan bersantai sekejap.

Mood dan behaviour Abil juga sangat baik sepanjang bercuti di Ancasa. Alhamdulillah.

Saya akhiri entri ini dengan visual kak Dina bersama bff-nya, adik saya.


Jumpa lagi!

Jumaat yang gembira! (episod 3)

dari Autism Spectrum Disorder, Through My Eyes


Pagi tadi, selepas mandi, saya sedang bantu Abil bersiap ke sekolah.  Sambil Abil cuba menyarung baju sekolahnya sendiri, tiba-tiba dia bersuara...

Abil: Berus gigi. Berus gigi!
Saya: Huh? berus gigi? Abil kan dah berus gigi 
tadi?
Abil: Berus gigi! Berus gigi! Berus gigi!
Saya:(Terdiam sejenak. Sambil berfikir..)

Seminit kemudian,

Saya: Abil kena bawak berus gigi pergi sekolah 
ke?
Abil:(Diam)
Saya: Kena bawak berus gigi pergi sekolah ye? 
Abil:(Masih diam sambil memandang saya. Sambil terus memakai baju)

Saya pun terus capai berus gigi  dan ubat gigi spare-nya, saya ambil beg sekolahnya dan saya bawa ke depan Abil. Sambil saya masukkan berus gigi tersebut, saya berpesan....

Saya:Ma letak berus gigi kat sini ye..dalam
poket beg Abil. (Sambil tunjuk beg padanya)
Abil:(Tiada ekspresi. Sekadar memandang muka saya dan terus bersiap.)

Kak dina yang sejak tadi duduk di tepi sambil memerhati kemudiannya bersuara..

Dina:Ma! pandainya Abil..dia bagitau mak yang 
dia nak bawak berus gigi pergi sekolah..
Saya:(Tersenyum meleret. Dalam hati ada $$$$ haha)

Saya sendiri tidak pasti jika itu yang dia mahukan. Tapi, minggu lepas memang cikgu sekolahnya minta dibekalkan berus gigi ke sekolah untuk kelas pengurusan diri. Saya sangkakan pesanan itu hanya untuk minggu lepas. Jadi saya sudah keluarkan berus gigi Abil dari begnya minggu ini.

Saya dengan mood gembira hari ini terus hantar anak-anak ke sekolah.  Di sekolah Abil, saya terus bertanya pada cikgunya, betulkah perlu bawak berus gigi lagi minggu ini?

Cikgu:Ya..kena bawak berus gigi sehingga diberitahu.
Saya:Ooo ok.(Saya terus bercerita insiden pagi tadi)
Cikgu:Wahh bagusnya..dia ingat rupanya pesan cikgu.
Saya:(Tersenyum lagi. Dalam hati $$$ bertambah-tambah). Hah tulah, saya pun tak sangka. First time, dia beritahu sendiri..

Terus saya berpesan pada cikgu Abil..

Saya: Lepas ni, kalau ada apa-apa, beritahu saja terus pada Abil.  Saya tahu dia faham walaupun dia tak sampaikan. Nampaknya dia dah mula belajar untuk memberitahu..bagus tu..

Cikgu: Baik puan. Saya akan pesan terus pada Abil. Tapi pada masa yang sama, saya akan sms/ tulis nota pada puan, kalau ada apa-apa pesanan.

Hmm...gembiranya saya. Walaupun 'pesanan' yang disampaikan Abil hanyalah dua patah perkataan, ia satu progress. Saya suka!

Kawan-kawan, hari ini sudah hari Jumaat. 

Selamat berhujung minggu! Take care!