Jun 30, 2012

Bila Abil ke Pusat Sains Negara

Kunjungan kami ke Pusat Sains Negara, KL lebih kurang 3 minggu lepas.

Waktu ini, Abil baru sahaja seminggu bersunat. Saya kasihankan anak-anak yang banyak berkurung dalam rumah, walaupun waktu itu sedang bercuti sekolah. Bila diajak ke pameran Dinosaurs Live!, masing-masing suka dan excited.

Oleh sebab encik suami tak ada bersama kami, adik saya jadi peneman. Kalau tak ada peneman, memang saya 'pengsan'. Abil lebih ligat daripada biasa. Mungkin sebab seminggu 'berpantang' di rumah saja, tak berpeluang melihat dunia luar. haha


Ok. Let the pictures do the 'talking'!



















Secara keseluruhannya, kami berpuas hati. Pameran dinosaur-nya mungkin tidak sebanyak yang kami harapkan, tapi masih tidak menghampakan. Kalau anda lihat, tidak ada gambar Abil berdiri berdekatan atau memegang replika dinosaur, semuanya gara-gara dia takut dan hanya berani lalu lalang saja. Mungkin efek bunyi-bunyian dan lampu di tempat pameran membuatkan dia sedikit 'cuak'.

ok kawan-kawan, rajin-rajinlah bawa anak-anak outing!

Kalau anak-anak sukar dikawal, cari bantuan di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Sambil outing, sambil belajar. Macam-macam ransangan ada. Mereka lihat, mereka dengar, mereka sentuh, mereka rasa. Stimulasi yang baik untuk semua sensori tubuh. Hati riang, otak pun cerdas.

Selamat berhujung minggu!

Jun 15, 2012

Muzik Oh! Muzik

" Music therapy helps in treating autistic children, but it has to be applied with kids in mind. It should not be too complicated for them to follow. Music that engages autistic children in dancing and singing works very well in helping them communicate and develop social skills.

Autistic children respond to music by singing in the same note, and some of them may even start communicating through singing. They may take up an instrument to play, and this will help them gain interest in acquiring a certain skill.


Music therapy can help different autistic patients in different ways, but generally, it is beneficial to them because it makes them more responsive to things around them.


The reason behind such great response to music is that autistic children do not engage in normal social activities, and music sessions give them an opportunity to express themselves. Music therapy for an autistic child starts with learning how to play a musical instrument, as he or she may get intimidated by human contact.

Slowly, the therapy moves on to include singing and even dancing, if the child shows interest for such activities. This gives the child an emotional outlet as well as a sense of fulfillment, which were lacking in the past because of limited social activity." extracts from HERE.

OK. Tiba-tiba hari ni nak cerita pasal muzik. Saya tak sempat nak tolong translate. Sekarang ni, semuanya mode rushing.

Anyway, ayat-ayat di atas tu insyAllah agak mudah difahami. Kalau tak faham juga, boleh pm saya anytime. Saya ni bukanlah pakar muzik, pakar autisme pun bukan. Sekadar berkongsi bahan pembacaan yang saya dapat daripada internet.

Sebenarnya, muzik memang terapi yang bagus untuk semua orang, tak kira usia, jantina dan warna kulit. Tetapi, harus diingat, muzik ada banyak genre. Ada yang menenangkan, ada juga yang memeningkan. Ada yang happy, ada juga yang depressing. Jadi, untuk anak-anak, seeloknya pilihlah jenis muzik yang bersesuaian, betul tak?

Sekarang, saya nak share video klip kegemaran anak-anak (terutamanya Abil) baru-baru ni.

Ya, K-pop. Tapi saya bukan peminat K-pop. Sekali-sekala saja layan, tempias obsesi adik saya.

Video klip yang saya share ni, memang mode happy dan comel. Jom tengok!


dari YouTube

Ok kawan-kawan, saya masih 'berhutang' kisah Dinasours Live! dengan anda.

Jumpa minggu depan ya!

Jun 7, 2012

Bila Abil berkhatan

Alhamdulillah. Selamat sudah..

Circumcision. Ya, berkhatan.

Hari ini genap seminggu Abil dikhatankan di salah sebuah hospital kerajaan di Selangor. Untuk pengetahuan, Abil dibius (GA) sepanjang menjalani prosedur ini.

Berkhatan. Amalan biasa, khususnya di kalangan yang beragama Islam. Bagaimanapun, hari ini, atas alasan kesihatan, ramai juga yang bukan Islam  turut berkhatan.

Berkhatan memang amalan biasa. Untuk anak istimewa seperti Abil, kebanyakan perkara yang 'biasa' adalah 'luar biasa'.Mereka berdepan dengan pelbagai kesukaran walaupun ianya hanyalah perkara 'biasa' untuk individu bukan autisme.

Anak autisme seperti Abil ada masalah sensori. Kadangkala, cukup susah untuk doktor menyentuh mana-mana bahagian tubuh mereka apabila mereka perlu diperiksa.Selain masalah sensori, disebabkan mereka ada masalah komunikasi dan pertuturan,kadangkala mereka lambat 'menangkap' mesej yang cuba disampaikan oleh kita. Disebabkan halangan ini, mereka mudah panik dan 'takut' dengan sebarang insiden yang berlaku ke atas mereka, terutamanya insiden yang bukan rutin dan tidak dijangka (unexpected).

Fuh, panjang berjela ayat saya. Saya harap anda faham penerangan saya. ^^

Alhamdulillah, secara keseluruhannya, proses mengkhatankan Abil berjalan lancar. 

Pengalaman dibius (GA) semasa dicabut gigi tahun lepas banyak membantu. Banyak juga perkara yang sepatutnya doktor lakukan terhadap Abil, tidak dilakukan atas permintaan saya. 

Contohnya, pemakaian drip ke lengan Abil sebaik sahaja tempoh 'berpuasa' sebelum masuk ke Operation Theatre (OT) bermula. Saya mohon supaya ini tidak dilakukan kerana saya faham benar dengan keadaan Abil yang tidak mampu untuk duduk diam sekiranya dia dipakaikan drip tersebut. Atas pertimbangan doktor, permintaan saya dipenuhi. Fuhh legaaa...

Doa kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat memang dimakbulkan Tuhan. Semuanya berlaku dalam keadaan tenang. Selepas Subuh, kami sudah diminta bersiap-siap untuk ke OT.  Tiada sarapan pagi untuk Abil (kerana berpuasa). Tukar pakaian dan menunggu ketibaan doktor. .  Langsung tiada tangisan, apatah lagi tantrum. Lebih kurang jam 9 pagi, doktor menjalankan prosedur berkhatan.  Saya hanya melihat setakat Abil 'dipengsankan'.Selebihnya, saya menunggu di luar OT.


Lebih kurang 45 minit juga saya menunggu di luar. Cuak. Risau. Bimbang. Semua bercampur-baur. Menjelang jam 10 pagi, saya dipanggil masuk. Terus hilang rasa cemas.

Itu cerita minggu lepas. 

Cukup 3 hari selepas berkhatan, Abil sudah mula berseluar.  Walaupun saya 'gagal' menyapukan krim antibiotik ke alat sulitnya kerana dia langsung tidak mahu lukanya disentuh, Alhamdulillah lukanya cepat sembuh dan kering.  Untuk membantu lukanya sembuh dari 'dalam', saya berikan dia makan ubat gamat setiap hari.

Ok. Saya sudah penat bercerita.  

Sekarang, kita tengok gambar-gambar ye..

Baru dapat masuk wad.

Dalam sehari, lebih kurang 3-4 kali nurse akan datang memeriksa tekanan darah.
 Kali pertama, Abil sedikit fobia.  Bila sudah faham, dia ok.  Sangat bekerjasama.

Bekas dicucuk untuk pemeriksaan darah.
Waktu ini, Abil langsung tak mahu bekerjasama.
Mujur doktor memahami.
Dia dibedung dan diambil darah.
Don't worry, semuanya berlaku dengan tenang. 
Tiada pergelutan serius berlaku hehe.



Nebuliser untuk meredakan batuk.
Nyaris-nyaris prosedur ini dibatalkan kerana Abil mula batuk sebaik masuk wad. 
Mungkin kerana keadaan di wad agak sejuk.

Turun dari wad. Sebelum masuk OT

Periksa tekanan darah lagi sebelum masuk OT

Sejurus selepas keluar dari OT. Lima minit pertama, masih belum sedar sepenuhnya.

 Lepas berkhatan, tak logik la kalau tak menangis langsung kan? hehe
Akhirnya, berderai juga air mata lebih kurang 10-15minit.
Doktor yang bertugas tambah lagi dos pain killer sebab Abil mengadu "sakit...sakit..." sambil menangis.
Saya hanya mampu senyum. Hilang segala rasa cemas dan bimbang.
Sudah selesai.
Sekarang, saya perlu risau tempoh untuk sembuh pula.

Naik ke wad. Abil sudah kembali tenang. Terus hilang air mata. Langsung tak menangis lagi. :)))
Leka dengan iPad.

Setelah menunggu hampir 6 jam untuk proses discaj, akhirnya kami boleh pulang.
Sebelum balik, tiub kecil yang dicucuk pada belakang tapak tangan Abil (untuk dimasukkan drip & ubat penahan sakit)  dicabut. Tak sakit pun. Abil rileks je.hehe

Keluar dari wad. Abil dapat naik wheelchair.

HAPPY!!

Selepas berkhatan:

Dalam masa tiga hari, luka Abil sudah kering. Syukur, Abil sangat serasi dengan gamat Healing.Bagaimanapun, oleh kerana Abil alergi dengan makanan laut, dia mengalami batuk-batuk sepanjang tempoh makan gamat Healing. Abil ke tandas seperti biasa.

Dalam masa lima hari, kami sudah mula bawa Abil keluar dan dia juga sudah berseluar ketika ini. Tiada sebarang komplikasi berlaku kecuali batuk. Abil agak aktif walaupun baru lepas berkhatan. Ngeri kami melihat dia melompat dan meloncat.haha

Bagaimanapun, semuanya masih terkawal. Dia juga nampak rileks dan tidak menangis.

Dalam tempoh seminggu, luka nampak kering sepenuhnya. Alhamdulillah.
\