Jun 5, 2012

Cutipedia 2012

Cuti Sekolah. Tinggal kurang daripada seminggu saja pun. 

Cepat betul masa berlalu.

Getaway ke Hot Spring Sungai Klah, Sungkai, Perak. Kami pergi ke sana Isnin lepas.


Saya pernah ke sana sebelum ini. Jadi, ini kunjungan kedua. Kali ini, sudah ada kawasan mandi-manda air sejuk, lengkap dengan water slide.  Keluasan kawasan water park ini kecil sahaja tapi cukuplah untuk anak-anak saya (terutamanya Abil) 'melepas gian' bermain water slide.

Seperti biasa, segala-galanya ok bersama Abil. 


DULU, pantang dibawa ke tempat baru dan tidak dijangka, dia tantrum. Karenahnya yang hiperaktif memang cukup menguji.  Turun naik moodnya memang sukar diduga.

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, cukup mudah membawa Abil kemana-mana.Dia sudah semakin peka dan faham dengan persekitarannya.  Dia sudah semakin tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya setiap masa.

Untuk sampai ke tahap ini, ia bukan proses yang berlaku sekelip mata. 

Tipsnya ialah dengan selalu membawanya outing. Sokongan daripada ahli keluarga yang lain memang sangat diperlukan.  


Selain itu, penggunaan visual (gambar-gambar) dan social stories boleh digunakan untuk menolong anak-anak autisme memahami apa yang telah, sedang dan akan berlaku pada mereka.  Ingat, mereka (terutamanya yang non-verbal) agak rigid (tidak gemarkan perubahan dan sukakan rutin). Mereka lebih senang mengikut arahan dan join aktiviti apabila ianya predictable dan sistematik.

Jika anda faham akan keperluan mereka dan mereka pula faham dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka, insyAllah tidak akan ada episod tantrum.

OK. Jom-jom kita layan visual-visual di Sungai Klah.













Kawasan air sejuk


Bolehkah anda spot Abil dan kak Dina?

Kawasan air panas


Cukuplah 2 jam kami di sana.
Jom balik!

Sekian, sudah habis.
Jumpa lagi esok dengan kisah yang lebih 'meletops'. hehe

2 comments:

Mommy Ummar said...

Syida, nampak best jgk tempat ni..ramai orang tak

syida said...

okla..sbb tmpt ni kecik, org ramai tp x seramai sunway lagoon/tambun/waterpark lain..so x crowded sgt.just nice...