Jul 31, 2012

Kak Dina & Barbie lagi


Barbie Fashion Combo Holiday
Kak Dina's new obsession. Well, tak tahulah sampai bila kan? hehe

Buat masa sekarang, dia cukup seronok main dengan set Barbie-nya. Sebelum ini, dia sibuk dengan Barbie Flower N Flutter. Sekarang, dengan set Barbie Fashion pula.

Yang menarik dengan set Barbie kali ini ialah, ia lengkap dengan beberapa set pakaian dan aksesori (seperti handbag dan kasut). Every little girl's dream, indeed.


Seronok juga layan kak Dina main dengan set Barbie-nya. Sekurang-kurangnya dapatlah 'distract' kak Dina daripada layan perut laparnya ketika berpuasa. hehe



Ok. Let's go straight to visuals!


Set baju, kasut dan beg.


Sesi Kak Dina di alam Fantasi :))


Jom pakai kasut!



Sambil main, sambil berangan-angan ;p


Set baju yang ke berapa entah. hehe


Happy face!
(Nampak macam penat. Almaklumlah, puasa.hehe)


Keputusan peraduan Barbie Flower N Flutter akan diumumkan tak lama lagi.
Stay tuned!

Jul 27, 2012

Bila Abil berpuasa (edisi 1433)


Jumaat. 27 Julai 2012. 7 Ramadhan 1433.

Syukur. Dapat lagi peluang berpuasa tahun ini.

Personally, saya sebenarnya rasa agak 'cuak' dan berdebar-debar dengan kedatangan Ramadhan tahun ni. Kenapa? Sebab saya risau saya tak cukup kuat melatih anak saya (terutamanya Abil) untuk berpuasa sekali lagi tahun ini. Saya cukup takut sebenarnya. Abil makin dewasa. Tahun ini sudah 9 tahun umurnya. Sudah berkhatan pula. Saya rasa agak tertekan.

Tapi, bila difikir-fikirkan semula. Melatih anak berpuasa bukanlah satu 'perlumbaan'. Tidak bermakna kita boleh bersikap sambil lewa. Tapi, kita harus realistik dengan kemampuan dan keadaan anak-anak. Yang penting, praktis dan terus praktis. Peluang untuk mencuba harus diberikan. Seboleh-bolehnya, tiada paksaan.

Setakat ini, sudah dua hari Abil (dan Zarif) berbuka puasa bersama-sama kami di waktu Maghrib. Pengalaman pertama untuk Abil berpuasa sehari penuh ialah pada 3 Ramadhan yang lepas. Ya, hari Isnin. Menitis juga air mata saya. Tak dapat nak ditahan-tahan. Tak sangka dia berjaya melakukannya. Pengalaman yang cukup mahal (bagi saya).

Berpuasa. Menahan diri daripada rasa lapar dan dahaga.

Mudah untuk kita faham. Tapi untuk Abil, mungkin pemahaman itu masih belum 'sampai' padanya. Yang saya lihat, belum 100%. Mungkin tahun ini, kefahamannya tentang puasa sudah meningkat kepada 70-80%.

Dia masih mahu mengambil biskut-biskutnya sekitar jam 2-3. Kadang-kadang, jam10 pagi dia sudah mencari-cari kudapan kegemarannya. hehe

Tapi, setiap kali itulah, saya akan berkata "Tunggu, Abil puasa. Tunggu ya.."

Kadang-kadang dia hanya diam dan patuh. Kadang-kadang dia tersengih dan senyum sebab cubaannya untuk makan telah gagal. hehe

Paling saya kagum, tidak sekalipun dia mengamuk atau menangis kerana sudah terlalu lapar dan tidak boleh tunggu lagi. Seingat saya, dia hanya merengek sedikit ketika tinggal 5 minit lagi untuk azan Maghrib berkumandang. Saya peluk Abil kuat-kuat dan minta dia menunggu sedikit lagi.

"Ma, lambat lagi ke petang?"
"Ma, dah pukul berapa?"
"Ma, bila nak buka.."
"Ma, lapar......"
"Ma, haus....."

Skrip-skrip ini tidak kedengaran dari Abil. Ya, sekarang seringkali ia diulang-ulang oleh Zarif (kadang-kadang setiap 2-3 minit). Dulu, kak Dina yang selalu tanyakan soalan-soalan itu. Alhamdulillah, sekarang Dina sudah sedikit 'macho'. hehe

Abil hanya akan terus capai biskut dan serah pada saya (minta dibukakan tin/bekas/plastik), tanpa suara. Saya pula, hanya mampu memujuk dan memujuk. Selebihnya, dia leka bermain ipad atau komputer. Pada hari pertama dia berpuasa penuh, saya tanyakan apa yang dia mahu untuk berbuka. Pendek saja jawapannya, "nak piza!". Dan permintaannya dipenuhi, kami berbuka dengan Dominos Pizza petang itu. hehe

Walaupun sudah 7 Ramadhan dan Abil (serta Zarif) baru berpuasa penuh untuk 2 hari, setiap hari mereka juga sama berlapar dan dahaga sehingga sekurang-kurangnya jam 3 atau 4 petang. Macam saya kata tadi, praktis tetap praktis.

Tips untuk anda jika mahu melatih anak-anak berpuasa, mulakan perlahan-lahan. Jangan letakkan target yang terlalu tinggi. Ikut juga rentak anak. Kalau dia ok, teruskan berpuasa. Kalau tak ok, cubalah pujuk cara baik. Tawarkan reward dan biar mereka buat keputusan sendiri.

Bagi saya, setiap anak berbeza-beza. Kemampuan dan tahap pemikiran mereka tidak sama. Tapi, melatih berpuasa itu perlu. Lebih penting lagi, melatih mereka solat. Kalau mahu bersolat, insyAllah puasa tak akan jadi masalah.

Oh ya, jangan lupa berdoa ya. Ramadhan bulan mulia, insyAllah dimakbulkan segala permintaan. #self-reminder



Minit-minit terakhir sebelum berbuka. Mode termenung.

Setia dengan bantal busuknya.

Kali kedua menunggu berbuka waktu Maghrib, tangan sudah mencapai sudu.
Tapi masih boleh kawal diri.hehe


Ini sparring partner Abil berpuasa.
Tengoklah tu, macam tak makan 10 hari. haha

Ok. Cerita sudah habis. Jumpa lagi.




Kepada peserta Peraduan Barbie Flower N Flutter, keputusan akan diumumkan dalam masa seminggu dua. Sebarang update dari pihak penaja, akan diberitahu kepada anda.


Jul 19, 2012

Barbie Flower N Flutter


BERITA BAIK!

Siapa mahu menang Barbie Flower N Flutter? *angkat tangan hehe

Senang saja.

Jawab soalan ini: Berapakah jumlah bunga comel yang terdapat di dalam set mainan Barbie Flower & Flutter ini?

Hint: Boleh cari jawapan di sini dan sini.

Kemudian,
Lengkapkan slogan ini (tidak lebih 20 patah perkataan),

"Saya mahu menang Barbie Flower N Flutter kerana.............................................."

atau
"I love to win Barbie Flower N Flutter because ....................................................."


(1)Jawab soalan dan (2)Lengkapkan slogan di ruangan komen entri blog ini.

Oh ya, jangan lupa nama penuh anda (dan email) ya. TQ!

3 pemenang bertuah akan dipilih (oleh pihak penaja) untuk menerima hadiah Barbie Flower N Flutter.

Tarikh tutup penyertaan: 26 Julai 2012

Selamat mencuba!

Kepada rakan-rakan muslim, Selamat berpuasa!

Jul 17, 2012

Happy hour

Nurhan Nabil seorang kanak-kanak autisme. Pada saya, dia dan kanak-kanak lain sama saja. Tak ada bezanya.

Autisme = Tak normal?? Oh tidak sama sekali. Autism is just a label. Tenung & renunglah mana-mana kanak-kanak istimewa sedalam-dalamnya. Percayalah, anda akan lihat kebenaran kata-kata saya.

Saya suka tengok bila Abil berseronok. Secara amnya, memang kanak-kanak Autisme ada 'dunia' mereka sendiri. Jadi, tugas kita sebagai orang yang berada di sekeliling mereka untuk bagi pendedahan yang sewajarnya. Mereka juga boleh connect macam kita. Mereka juga boleh enjoy macam kita.

Bila Abil happy, kegembiraannya terserlah. Very obvious. Sepertinya segala-gala yang berada di sekelilingnya, turut sama happy.

Jom tengok visual-visual ini. Saya rasa tidak boleh berhenti snap gambar melihat aksinya.




Oh ya, mana kakak dan adik?
Don't worry, mereka ada. Ini game pilihan mereka.



Sekian, dilaporkan :)

Saya sudahi entri hari ini, dengan sesuatu yang sangat menarik dari sini.


A FRIEND LIKE ME


Please don't be afraid of me
I want to be your friend.
And if you get to know me
Your rigid thoughts might bend

Thoughts that I am different
From others that you know,
I really am no different
And this I'd like to show

I live and breathe and laugh and cry
I love to play and learn,
I sometimes do things differently
Which can cause some concern

You see, some say I'm special
I guess this much is true,
But if you were to ask me
I'd say you're special too

We're all a little different
No two are just the same,
It's really something wonderful
that way there is no blame

When things don't go just perfectly
And others get confused,
And say things like "poor child"
and other terms they use

It's okay if you look at me
And might not understand,
It's okay if you touch me
And even hold my hand

My life has many obstacles
Much more than you could know,
But that's not what I dwell on
I'm me, that's all, and so...

Please don't be afraid of me
I want you just to see,
How truly great and wonderful
A friend like me can be ♥

By Tracey Porreca

Jul 14, 2012

Bila Abil tiup lilin kek

'Tulang Belakang' saya


Sambutan hari lahir ibu mertua saya. Siaran tertunda lebih kurang sebulan. hehe

Anak-anak saya panggil Tuk Mi. Sudah 59 tahun umurnya. Alhamdulillah, masih sihat.

Seperti biasa, kami raikan hari lahir setiap hari keluarga secara 'mini' dan privacy. Selesa, tenang dan aman.

Kita terus layan visual ok..


Siapa yang tak pandang kamera? Hmm..


Siapa yang tak pandang kamera lagi? Hmm..


Masih tidak memandang kamera? Hmm..


Pandang kamera tak? Yang sorang tu? Tidak! haha


Kali ini, pandang kamera tak? Oh tidak...

Memang cukup susah Nurhan Nabil ni nak pandang kamera.
Sebagaimana susahnya dia nak memberi 'eye contact'.
Tapi takpe, gambar tetap cantik.
Yang penting, happy! hihi


Betty pun nak wish Tuk Mi. hehe


The Cake.


Ok. Siapa yang beria-ia tiup lilin? Nurhan Nabil! haha

Sekian. Salam Sabtu. Ceria selalu!


UNCONDITIONAL LOVE is the BEST treatment. Being "Compassionate, Understanding, Patient and Trustworthy" are QUALITIES that each special needs children NEED, without having to ask for them. Go to 'their world' , feel their frustrations. With all of the above, you will make a world of difference in their lives! They have lots of potentials like US.
~Dr. Charlene Sojico

Jul 12, 2012

Kak Dina & Barbie (episod 2)

Barbie Flower & Flutter. Episod 2.

Minggu lepas, hanya kak Dina saja yang beraksi. Kali ini, adik zarif, Abil dan saya pun main sekali. hehe

Ok. Mereka memang sentiasa enjoy main sama-sama. Sikit-sikit berebut & bergaduh tu, adatlah. Sambil bermain, sambil belajar sharing, turn-taking dan waiting. Toleransi tu penting, betul tak?

Bila mereka bermain, saya jadi supervisor. hehe

Sambil jadi supervisor, sambil bonding dan bergelak ketawa.

Cukuplah tu, jom tengok gambar jom!



Selain stamping bunga-bunga comel tu, Barbie boleh terbang macam butterfly hokay..
Oh ya, mana Abil?



Dapat peluang main sendiri, dia terpegun kejap. hehe


Sempat dia membelek bunga-bunga tu..


Flutter... flutter... Flutter!!


Cantik Barbie ni. Kak Dina main cam anak patung. Sikat rambut, pakaikan crown.
Macam-macam.


Hmm, Betty pun suka tau..

Dah berkali-kali anak-anak saya main Barbie ni. Ini round yang entah kali ke-berapa..




Ok. Jangan rebut-rebut. Nanti patah kaki tangan Barbie. huhu


Ooppss..kasut Barbie nak tercabut. Adik Zarif tolong pasangkan.


~Weeee ~

Sekian kisah Barbie.

Akan datang, banyak lagi entri menarik.

Stay tune!