Jul 2, 2012

Bila Air dicincang (episod 2)


Saya sedang lepak-lepak depan TV. Tiba-tiba kak Dina datang.

Dia sibuk bercerita tentang aktiviti ko-kurikulumnya. Katanya, belajar macamana nak balut tangan yang patah. Saya layan sambil tengok TV.hihi

Tak lama lepas tu, dia cuba 'sambar' adik Zarif untuk jadi model. Tapi Zarif tak nak. Cepat-cepat dia cari Abil. Tarik Abil ke ruang TV dan minta saya tengok demo-nya. Saya pun terus capai camera phone. Momen-momen macam ni sememangnya priceless.

Jom, jom tengok! Si kakak beria-ia, si Abil jadi 'pak turut'. hehe



OK. Dah siap. Abil dengan muka 'paksarela'. hehe


Saya seronok tengok Dina dan Abil berinteraksi, walaupun dengan ayat dan perkataan yang agak minima. Takpe, yang penting ada komunikasi, kan?

How Parents Can Help Their Autistic Child Bond with Siblings?

4 comments:

Edi said...

priceless! ni imran takde faaeq pun mcm blur takde geng.. sian faaeq :(

syida said...

alahai siannya faaeq..mesti dia bosannn

maya amir said...

eh beb...tgk dlm my insta, ade sorang follower nama yunneosman ke ape ek namanye.. anak die autistic jugak.. syida bolehlah berkenalan jugak dgn die:)

syida said...

o ye ke maya? insyAllah..nnti kita tengok nama tu...thx beb!