Aug 30, 2012

Barbie Fashion Combo Holiday: The Winner


google image
ANNOUNCEMENT:

The winners for Barbie Fashion Combo Holiday Contest are

Sofiyah
Munira Mansor
Teha


Each winner will receive a set of Barbie Fashion Combo Holiday. Congratulations!!

Winners,
Kindly email your NAME, CONTACT NUMBER and MAILING ADDRESS
to winx@gocomm.com.my for prizes delivery purposes.

Thank you so much to ALL contestants. Do join again next time.

Enjoy your Raya!

Aug 14, 2012

Barbie Fashion Combo Holiday


Anda mahu menang set Barbie Fashion Combo Holiday?
JOM!

Jawab soalan ini:

Selain daripada pakaian, apakah DUA lagi aksesori yang ada di dalam set Fashion Combo Holiday?
Besides clothes, what are the other TWO accessories included in the Fashion Combo Holiday Set?

Boleh cari jawapan di sini:

Kemudian,
Lengkapkan slogan ini (tidak lebih 20 patah perkataan),
"Saya mahu menang Barbie Fashion Combo Holiday kerana.............................................."





atau

"I love to win Barbie Fashion Combo Holiday
because ....................................................."


(1)Jawab soalan dan (2)Lengkapkan slogan di ruangan komen entri blog ini.

Oh ya, jangan lupa nama penuh anda (dan email) ya. TQ!

3 pemenang bertuah akan dipilih (oleh pihak penaja) untuk menerima hadiah Barbie Fashion Combo Holiday.

Tarikh tutup penyertaan: 21 Ogos 2012

Good luck!

Aug 13, 2012

Mode Syawal (episod 2)


Belum Syawal lagi. Masih Ramadhan. 24 Ramadhan 1433H.

Mode Syawal 'on'. Rasa sedih pula di penghujung Ramadhan. Hmm, dah masuk usia 30an baru nak belajar appreciate Ramadhan. Padan mukaku. huhu

Apa pun, better late than never. InsyAllah Syawal tahun ini akan disambut sesederhana mungkin. Less shopping, more charity-making. Mudah-mudahan, kita semua diberkati Allah. Amin!
Sempat saya membelek-belek dan 'menggali-gali' koleksi gambar Aidilfitri kami. Special untuk anda, anak-anak saya; Dina, Nabil dan Zarif dari 2007-2011. Pra-2007, gambar-gambarnya bukan digital. Saya tak reti tak rajin nak scan. hehe


2007


2008


2009


2010


2011

Pengalaman berhari raya dengan anak-anak saya, terutamanya Nurhan Nabil memang cukup happening. Walaubagaimanapun, raya tetap raya! Saya harap segalanya dipermudahkan sekali lagi tahun ini. Ok, saya tak sabar nak berkumpul adik beradik dan berjumpa saudara mara di utara.

Saya harap anda enjoy dengan entri saya hari ini. Saya suka! Anak-anak saya comel kan? hihi

Selamat menempuh hari-hari terakhir bulan Ramadhan.

Jumpa lagi!


Aug 11, 2012

Kak Dina & Barbie lagi (episod 2)

Kak Dina & Barbie lagi

Playtime is bonding time.

Bermain bukan saja fun, ia adalah masa untuk ibubapa/guru/penjaga menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak. Sesi bonding saya dan kak Dina kali ini agak menarik. Anak buah saya, Maryam pun join sekali. hehe

Ok. Tema kali ini, girls' playtime. So, NO boys allowed. Kami beraktiviti dengan set Barbie Fashion Combo Holiday. Tukarkan baju, handbag dan kasut, berkali-kali. Seronok!



Jom tengok foto!


Sesi Maryam berkenalan dengan Barbie :)


Yes, saya pun join sekali. hihi

F.I.N.I.S.H

Children need the freedom and time to play.
Play is not a luxury. Play is a necessity.
~Kay Redfield Jamison

Aug 10, 2012

Di Sebalik Jubah


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4

Saya peram cerita jubah ni dah hampir sebulan. Takpelah, better late than never. Nak share juga. ;p

Abil dan Zarif berjubah. Macam imam muda. hehe

Niat asal beli jubah; untuk pakaian solat.

Sebelum ada jubah, selalu anak-anak saya solat tak cukup syarat. Tak tutup aurat dengan sempurna. Lalu, bila jumpa saja jubah kanak-kanak dengan harga patut dan saiz yang sepadan di Mydin, terus saya beli.

Gambar 1 & 2: Sesi fitting di Mydin. hehe
Gambar 3: Kali pertama Abil berjubah. Dia rimas. Dia moody. Satu, rutinnya bertukar daripada sekadar berpakaian biasa untuk bersolat, sekarang 'terpaksa' berjubah. Kedua, dia rimas dengan leher cekak musang jubah tersebut. Kalaulah ada jubah leher teluk belanga (macam baju melayu Johor), dah lama saya belikan. Malangnya, jubah leher cekak musang saja yang ada. Selepas 2-3 hari, Abil dah ok. Lali dengan rutin baru. Selesa dengan jubah baru. Alhamdulillah.

Gambar 4: Sila jangan tiru macam saya. Imam dah angkat takbir, saya angkat kamera. Imam baca doa selepas salam, saya angkat kamera nak cepat-cepat rakam.hehe

Bahana terlalu seronok tengok anak-anak berjubah ala imam muda, tuan imam saya pun membeli jubah juga akhirnya.

Oh ya, jangan terpedaya dengan rupa-rupa innocent imam-imam muda saya berjubah ye. Solat mereka masih belum perfect. Masih dalam jemaah, tapi boleh bersilat, bertaekwondo, kadang-kadang menari shuffle. Memang tak khusyuk makmum di belakang (saya lah tu hehe).

Tak apa. Practise. Practise. Practise!

Mungkin pak imam kena sedia rotan kat sebelah lepas ni.hehe

Salam Jumaat. Jumpa lagi! :D

Bila Abil masuk kelas tuisyen (episod 2)

Bila Abil masuk kelas tuisyen

Dah lama Abil tak join kelas tuisyen saya. Sebenarnya,saya memang jarang 'inklusif'kan anak-anak saya dalam kelas tuisyen. Dulu, ada juga kak Dina dan Zarif masuk kelas saya. Itu pun setakat untuk buat homework mereka secara independent. Saya memang tak boleh nak fokus pada anak-anak semasa kelas sebab anak-anak tuisyen saya lebih memerlukan. Lagipun, saya dibayar untuk mengajar anak-anak tuisyen ni. So, tak bolehlah lepas tangan.hehe

Anyway, baru-baru ni, saya terpaksa 'inklusif'kan Abil ke dalam kelas saya sebab bila disuruh siapkan homework dalam bilik dengan kak Dina, kerjanya tak siap. Dia tak mahu buat.

Terpaksalah saya bawa dia duduk dan buat homework bersama saya di dalam kelas. Alhamdulillah, duduk diam untuk tempoh 15-20 minit memang tak jadi masalah untuk Abil sekarang. Duduk diam melebihi 30 minit mungkin masih mencabar untuknya, tapi kurang daripada itu, insyAllah boleh.

So, Abil pun buatlah homework-nya dalam kelas saya. Sambil menulis, dia humming, dia menyanyi, sesekali dia echolalia skrip-skrip yang biasa didengarnya. Kalau dilihat dengan mata kasar, seolah-olah macam Abil bercakap sorang-soranglah.

Saya dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain memang dah 'masak' dengan habit Abil ni. Murid-murid tusyen yang dah lama bersama saya pun, nampaknya ok. Sesekali mereka gelak bila dengar Abil bercakap 'bahasa jermannya' dan menyanyi ala-ala karaoke dalam bilik mandi.hehe

Bila mereka ketawa, saya tahu mereka ketawa ikhlas, ketawa kerana lucu, bukan mengejek. Tapi ada juga seorang dua (murid baru) yang 'merenung' Abil (macam tengok alien). Lalu, saya tegur dan terangkan dengan baik. Mungkin mereka kurang expose pada kanak-kanak macam Abil.

Setakat ni, dah 3x saya ajak Abil buat homework dalam kelas tuisyen. Itu pun sekejap saja. Abil masih belum bersedia untuk di'inklusif'kan selama 1 jam 15 minit. Nampaknya selepas 2-3x join kelas tuisyen, dia nampak makin selesa. Tiada komunikasi antara dia dan murid saya. Tapi saya suka tengok dia senyum-senyum depan kelas sambil buat homework tanpa banyak karenah.

Thumbs up untuk Abil :))

Ok. Jom tengok gambar!


Tengoklah tu...tekun!

Dah mula sengih-sengih sebab tau saya ambil gambarnya ;p

haha ketawa sudah...

Siap menulis, dia terus masukkan bukunya dalam beg sekolah dan cabut lari masuk bilik dengan HAPPY.

Oh my Abil!


Aug 8, 2012

Barbie Flower N Flutter : The Winner


via google

Announcement:

The winner for Barbie Flower N Flutter Contest is......

Oni Azliana Ahmad
YKristen
Kelvin Liow


Each winner will receive a set of Barbie Flower N Flutter. Yeay!!

Congratulations once again to the above winners.

Kindly email your NAME, CONTACT NUMBER and MAILING ADDRESS
to winx@gocomm.com.my for prizes delivery purposes.

Last but not least,
Thanx to ALL participants. More contest coming soon :))

Have a nice day!


Aug 6, 2012

Bila Abil berpuasa - Di Sebalik Tabir (edisi 1433)

Bila Abil berpuasa (edisi 1433)
Isnin. 17 Ramadhan.

Dah pun masuk hari ke-17 berpuasa. Rekod peribadi Abil dan Zarif pula, sudah 8 hari berpuasa penuh setakat ini. Sebetulnya, target saya untuk mereka sudah tercapai.

Apa target saya? Sekadar mahu mereka bertahan puasa sehingga jam5 atau 6 petang tahun ini. Ya, memang nampak seperti sasaran yang 'rendah'. Saya sekadar meletakkan sasaran yang realistik dan bukan bombastik. Lagipun, seperti yang saya sebut sebelum ini, tiada paksaan. Saya cuma ikut rentak mereka. Kalau boleh bertahan sehingga maghrib, Alhamdulillah. Kalau tak mampu, tak apa. Cuma, saya seboleh-bolehnya 'melarang' mereka berbuka sebelum jam 3-4 petang kerana itu adalah rekod terbaik mereka tahun lepas. Sekurang-kurangnya, mereka harus maintain rekod peribadi mereka.

Saya tahu anak-anak lain jauh lebih hebat. Ada yang sudah berpuasa penuh seawal umur 3 atau 4 tahun. Ada yang cukup 30 hari berpuasa walaupun baru 5 tahun. Syabas! Saya tumpang bangga.

Setiap kanak-kanak berbeza. Pencapaian anak-anak saya (Abil dan Zarif) setakat ini sudah cukup membanggakan. Target saya (untuk mereka) sudah berjaya dicapai. Puas hati, tapi boleh improve lagi. Sekarang, saya terfikir nak up-kan sasaran ke 15 hari berpuasa penuh pula. #mode tamak haloba. haha

Oh ya, Kak Dina sudah dalam 'liga' yang berbeza. Kemampuannya berpuasa tak perlu disangkal lagi. InsyAllah, akan berpuasa penuh sehingga penghujung Ramadhan.

Di sebalik tabir;
  • Bila masuk jam 5-6 petang, Abil dan Zarif akan mula mundar-mandir keluar masuk dapur. Setiap 5 minit. Kadang-kadang Abil buka dan tutup pintu fridge. Senyap. Tanpa suara. Sesekali saya lihat dia cuba 'mengikis' ais pada bahagian freezer dan suap ke mulut. Bila saya sergah, dia lari pecut! haha
  • Selepas Abil gagal mengawal diri daripada mengunyah biskut secara diam-diam di dalam bilik, saya dan suami terpaksa lancarkan Ops sorok biskut. Semua tin-tin dan bekas biskut dikutip dan terpaksa disembunyikan.
  • Sekitar minggu lepas, Abil menangis sebab nampak roti croissant kegemarannya di dapur. Mulanya dia ok. Waktu itu, jam sudah pukul 5 lebih. " Nak croissant! nak croissant!" berkali-kali dia menjerit. Berjurai-jurai air mata. Dipujuk pun tak jalan. Saya cuba minta dia bertahan. Kesian juga. Tapi sebab saya tak mahu dia ulang 'taktik' yang sama untuk berbuka di kemudian hari, saya cuba pujuk dan minta dia bertahan. Croissant diberi sebagai reward ketika berbuka. Esoknya, saya 'rehat'kan Abil dan zarif dari berpuasa penuh, mereka sekadar berpuasa separuh hari untuk elakkan tragedi 'mengamuk' lagi.


imej google

Memang sedap roti ni, kalau cecah air milo/teh panas, perghhh..
  • Abil memang belum pandai mengadu lapar. Tapi, kalau dia lapar, dia terus request. Nak air. Nak roti. Nak biskut. Nak pizza. kfc! Semua skrip keluar. haha.Kalau Zarif pulak, ini antara skrip comelnya. "Perut adik ni dah berbunyi 15x dah...." dengan muka seposen. "Perut adik ni macam sakitlah...." Hmm..."Adik ni dah puasa berapa jam, ma?" berkali-kali dia bertanya, dengan harapan dapat green light untuk berbuka. haha

Berbanding kak Dina dulu, hero-hero saya ni agak kurang 'drama'nya. Masa kak Dina sebaya Abil dan Zarif
dulu, banyak sungguh drama airmata. hehe

  • Menu berbuka kegemaran Abil, pizza dan ayam goreng. Kalau boleh setiap hari nak pizza. Ikut demand-nya, setiap hari mesti ada ayam goreng. haishh..
  • Masa berbuka pula, kami biasanya on-kan siaran radio Best104. Setiap kali sebelum azan dan doa berbuka berkumandang, siren akan diperdengarkan. Bila siren di radio mula berbunyi, secara spontan Abil akan tersengih sampai ke telinga dan senyum meleret. Priceless! (harap maaf, tiada bahan bukti sebab dah sibuk nak berbuka, tak sempat nak snap gambar lagi dah.. hehe)
Sebenarnya, banyak lagi kisah menarik. Tapi, setakat ni sajalah yang mampu saya recall dari memori. InsyAllah, ada masa dan peluang, saya kongsikan lagi.
Ramadhan masih berbaki lebih kurang 2 minggu lagi. 

Selamat meneruskan ibadah puasa.
Solat jangan lupa! :)



Gambar berpuasa hari ini. Leka dengan iPad.
Nampak tak katalog Domino Pizza di dada Abil? hehe.

H.A.B.I.S

Aug 3, 2012

Demam Olimpik


Ya, tengah musim Olimpik. Di London. Tapi saya bukan nak cerita pasal Olimpik yang itu. Saya nak cerita pasal Mini Olympathon anjuran kindy Zarif bulan lepas.

Dah sebulan lebih saya 'peram' kisah ni. hehe

Mini Olympathon. Simple tapi meriah. Terus ke gambar, hokay..



The Venue. Padang Merdeka, JB.


Sesi memanaskan badan beramai-ramai di padang. Kami posing dulu. hehe


Fuhh, panas!


Sambil walkathon, sambil singgah ke 4 pitstop untuk membuat tugasan-tugasan yang berlainan.


Dah selesai. Berpeluh!
Posing dulu sebelum balik.


Nampak tak medal tu?
*Budak kecik ni malula pulakkkk hahahaha

Oh ya, banyak lagi gambar-gambar di sini.
Kalau sudi, jom baca ni!
Kanak-kanak Autistik oleh Dr Hamid Arshat

Terima Kasih.
Sila 'singgah' lagi! :D