Sep 28, 2012

Hari Sedih Sedunia (episod 3)


Pagi semalam, Kak Dina menangis sedih. Si Putih dalam kenangan. #sedih

Flashback: Kisah di sebalik kesibukan saya sepanjang sepuluh hari lepas.


Kak Dina dan Zarif sekali lagi menyelamatkan 4 ekor anak kucing yang dibuang di celah-celah tong sampah depan rumah jiran kami. Ini kali ketiga anak kucing terbuang 'dijumpai' di depan rumah kami. Sekarang ini, saya rasakan seperti ada orang-orang berdekatan yang sengaja menjadikan rumah kami tempat pembuangan anak kucing. Grrr...

Seperti yang saya katakan tadi, ini insiden kali ketiga. Mulanya, suami saya pun jadi skeptikal untuk membantu. Saya faham, dua kejadian sebelumnya, kesemua anak kucing yang diselamatkan akhirnya mati satu persatu. Kedua-kedua insiden melibatkan anak-anak kucing yang baru lahir, seawal 1-2 hari. Tak puas menyusu ibu, sudah terpisah dan dibuang. Kejamnya manusia!

Kali ini, walaupun saya sendiri tak yakin bahawa anak-anak kucing ini boleh survive atau tidak, saya benarkan kak Dina dan Zarif mengambil anak-anak kucing tersebut atas dasar perikemanusiaan. Saya lihat dari jauh bagaimana orang lain lalu lalang melihat 'sesuatu' yang mengiau dari dalam kotak yang hampir hancur dalam hujan tapi tidak mengambil sebarang tindakan, sebaliknya sekadar melihat dan pergi. Sampainya hati!


Bila anak-anak saya serahkan empat ekor anak kucing yang basah kuyup pada saya, saya jadi sayu. Terus saya minta Kak Dina bersihkan mereka, masukkan ke dalam kotak dan beri anak-anak kucing ini minum air (dengan syringe) sementara kami beli susu yang sesuai untuk mereka esok harinya. Basah kuyup kenit-kenit ini hingga ada yang sudah sangat lemah dan kelihatan agak tenat. Ketika ini, hari sudah hampir maghrib.



Kucing kami, Betto pun ada perasaan.
Dia datang pada anak-anak kucing ini dan menjilat mereka.



Basah. Sejuk. Sangat lemah.
Esok harinya, mereka nampak lebih segar. Syukur!


4 kenit yatim piatu. Tidur memeluk botol air panas yang kami letakkan sebagai pengganti ibu. #sayu



Adik suka si Oren :)

                                              





Disusukan. Mandi. Dibawa ke vet. Diberi ubat. Memang saya sangat terkesan dengan anak-anak kucing 4 ekor ini. Dua misi selamatkan anak kucing terbuang sebelum ini, saya tak terlibat langsung. Saya hanya memerhati sambil membantu kak Dina dari jauh saja. Semuanya kak Dina lakukan sendiri.

Kali ini, entah kenapa, hati saya tergerak untuk terlibat sama. Ya, saya sangat involved kali ini. Sehinggakan, setiap kali ada di antara mereka yang kelihatan lemah, saya sudah mula sebak bila teringat nasib mereka. Anak kucing baru lahir memang sangat vulnerable. Menjaganya juga agak cerewet. Pendekata, macam jaga baby baru lahir. Pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Priceless.

Sebelum ini, hati saya 'kering', tak sukakan kucing. Tapi tidaklah sampai ke tahap kejam terhadap haiwan. Cuma, saya memang tak ada 'hati' pada kucing. Sejak setahun yang lepas membela kucing kami, Betty dan baru-baru ini, Betto pula, empati saya pada kucing mencanak-canak. Saya anggap ini proses self-improvement yang positif. hehe

Lebih kurang 10 hari bersama kami, semalam, salah seekor anak kenit ini 'si Putih' pergi meninggalkan kami. Sejujurnya, sejak dari hari pertama, saya sudah beritahu anak-anak, peluang anak-anak kucing ini hidup, 50-50. Kita usahakan saja mana yang termampu, kena bersedia kalau mereka tak mampu hidup lebih lama.

Seperti yang dijangka, Si Putih akhirnya meninggal dunia. Kak Dinalah orang yang paling sedih. Saya sendiri rasa sangat sebak dan meleleh air mata. Adik Zarif juga berkali-kali beritahu saya yang dia rindukan si Putih.

"Semua haiwan masuk syurga ke mak?" soal Zarif.

"Ya adik. Semua haiwan masuk syurga, termasuk si Putih."

Sekarang ini, kalau anak-anak liat solat, itulah modal saya. Nak jumpa kucing-kucing yang mereka selamatkan tapi telah 'pergi' dulu, jangan tinggal solat, selalu buat baik, jangan buat jahat. Baru boleh masuk syurga, insyAllah. :))

Buat baik selalu, buat jahat jangan sekali.

#kredit untuk blog ini yang banyak membantu kami.




# si Putih dalam memori



Sep 27, 2012

Long time No See!

credit: ReachSegamat



Thursday. 27-9-12

Assalamualaikum! Hi!

It's been a while.

Sorry, been busy. Why? Interesting stories coming up soon.

Please spend some time to 'study' the above picture and try to understand.

These are the characteristics of autism.

Some individuals of autism have it ALL. 
Some only experienced a few of it.

Today, autism is anywhere and everywhere.

Be aware of autism.
Be understanding. Be empathy.

Have a great day!

**Winners of Barbie Design & Dress Studio contest will be announced by next week.
Thank you for your patience & understanding.


Sep 14, 2012

Barbie Design & Dress Studio


Mahu menang set Barbie ini?
Mari!

(1) Jawab Soalan:




Berapakah set pakaian Barbie yang disediakan di dalam set Barbie Design & Dress Studio?
How many dresses are there in the Barbie Design & Studio set?

(2) Lengkapkan slogan
(lebih kurang 20 patah perkataan),
Link

"Saya mahu menang Barbie Design & Dress Studio kerana.............................................."



atau

"I love to win Barbie Design & Dress Studio
because ....................................................."


(1)Jawab soalan dan (2)Lengkapkan slogan di ruangan komen entri blog ini.

Oh ya, jangan lupa nama penuh anda (dan email) ya. TQ!

3 peserta dengan jawapan yang betul dan slogan terbaik akan dipilih sebagai pemenang (oleh pihak penaja).

Tarikh tutup penyertaan: 21 September 2012

Selamat mencuba. All the best!




Cerita hari Jumaat (episod 2)



14 September 2012. 27 Syawal 1433H.


Anak-anak bosan di rumah. Saya sibuk dengan urusan saya. Tiba-tiba kak Dina dan Zarif terus capai buku mewarna mereka dan kotak pensel warna. 2 minit kemudian, Abil datang join sekali. Saya hanya tersenyum memerhati. Sudah ada inisiatif sendiri untuk datang join kakak dan adik. Progress!

Mereka bertiga terus mewarna dengan khusyuk. Saya sambung memerhati.

Lebih kurang 8-10 minit kemudian, Abil bangun dan beredar. Sudah siap. Kakak dan zarif masih khusyuk mewarna. Itulah Abil. Fokusnya masih agak pendek (improved berbanding dulu). Skill mewarnanya juga sudah agak baik (walaupun tidak setanding hasil tangan Zarif). Tapi, mewarna masih BUKAN aktiviti kegemarannya, apatah lagi melukis.

Apa pun, saya bersyukur. Dia boleh menulis, mewarna, menggunting dengan baik. Kemahiran motor halusnya tidak jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya. Of course, banyak lagi yang perlu diasah dan dilatih.

OK. Jumaat yang sibuk untuk saya. Saya harus beredar. Jumpa lagi!


Sep 9, 2012

Yang ke 55



imej google



Entri MerdekaRaya. Postdated 10 hari.

Sudah 55 tahun. Alhamdulillah. Sebagai anak Malaysia semestinya saya rasa bersyukur dengan keamanan & kesejahteraan hidup di Malaysia. Bagaimanapun, masih BANYAK lagi yang perlu diperbaiki, masih BANYAK lagi janji yang perlu ditepati. :)



Jom tengok aktiviti kak Dina sempena Merdeka. Melukis poster.
Tema: Malaysia. Jom Lebih Sihat!

Cuba tengok gambar 'hantu' (bawah perkataan JOM) yang bertulis pesanan,
"Jangan tak gosok."
Ku sangkakan 'hantu'. Rupanya gambar GIGI. haha
"Jangan tak gosok gigi" :p



Oh ya, setiap tahun juga, ada Merdeka babies. Tahun ini, bayi-bayi yang dilahirkan di Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) pada hari Merdeka, menerima Merdeka Baby Package (bernilai RM1250 setiap satu) oleh GKL dan Fisher Price.



Petikan dari Press Release Merdeka Baby:

Each ‘Merdeka Baby Package’ consists of baby hamper set, health screening package and special dinner by GKL and a ‘Joy of Learning Starter Kit’ by Fisher-Price worth RM550. The Starter Kit includes Fisher-Price’s Healthy Care Booster Seat and Newborn to Toddler Rocker.
“Babies begin to learn from their surroundings the moment they draw their first breath. Every waking moment provides them with infinite opportunities to learn about their world. At Fisher-Price, we understand the importance of play for children and how it is integral to their cognitive development. We hope these starter kits will help instill the joy of learning in children and also develop the same determination and ingenuity which makes this nation as strong as it is today,” said, Wong Lai Kwan, Brand Manager of Mattel South East Asia, Pte Ltd.
To further spread the joy of this festive season, Gleneagles Kuala Lumpur will also be providing their inpatients with a variety of treats to improve their medical experience within this medical centre, located along Jalan Ampang.
For more information about Gleneagles Kuala Lumpur and their services, please visit www.gleneagleskl.com.my or call, 03-4141 3000. To get in touch with Fisher-Price to find out more about their future products, events and activities kindly contact fpenquiry@directavenue.net.

kredit foto: Go Communications Sdn Bhd

Semoga Malaysia terus cemerlang, gemilang & terbilang.

#Tak sabar nak menyambut Hari Malaysia (16/9). Long weekend. hehe


Sep 8, 2012

Kak Dina & Barbie lagi dan lagi (episod 2)

Barbie Design & Studio.
Dalam entri yang lepas, kak Dina cuma siapkan 2 dress untuk Barbie.
So, baki 3 dress lagi kami siapkan bersama-sama.
Play = bonding = fun!


work in progress



ok. Zarif pun nak juga!


No.1: design saya
No.2: design Kak Dina
No.3: design Zarif

*Juri-juri sekalian, berapa markah nak bagi? :)



Dah siap semuanya. Yeayy!


Dah habis. Time to clean up!

Psstt..another Barbie Contest coming soon.
Jangan lupa singgah lagi ya :))

Every child is an artist. ~ Pablo Picasso

Sep 7, 2012

Bila Zarif berkata-kata (episod 3)


imej dari google



Kelmarin. Balik dari tadika. Di dalam kereta,

Zarif: Ma, tadi kat sekolah kan, kawan adik ni, 'Ali' (bukan nama sebenar) suka nak tengok kat luar tingkap. Sikit-sikit pegi tengok kat tingkap.

Saya: Oh ye ke? (sambil memandu)

Zarif: A ah. Dia suka tengok lama-lama. Macam abanglah, 'Ali' tu.

Saya: Oh ye? (terkejut, dan memberi lebih perhatian pada perbualan)

Zarif: Ya Ma. Adik rasa 'Ali' tu autisme-lah! (dengan penuh confident)

Saya: Iye?? hahahaha (terkejut lagi, sambil cuba control ketawa ).

Ok. First of all, saya ketawa dengan ayat dan ekspresi muka Zarif yang sangat comel ketika mengeluarkan statement bahawa rakannya ada autisme.

Kedua, saya ketawa kerana tak sangka, anak saya yang baru berumur 6 tahun ini sudah ada 'radar' autisme dan peka pada ciri-ciri autisme yang dilihatnya pada kawan-kawan dan individu lain di sekeliling.

Waktu itu juga, saya teringat kepada soalan Zarif yang sering ditanya kepada saya; "Ma, autisme tu apa?" "Ma, autisme tu macamana?" "Ma, kenapa abang ada autisme?"

Percaya atau tidak, walaupun setiap kali dia bertanya, saya menjawab secara terang, jelas dan menggunakan bahasa yang difahaminya, hampir setiap hari juga, dia akan bertanya dan bertanya lagi. Soalan yang sama. Macam iklan burung murai. hehe (ingat lagi tak, iklan hari raya petronas tu?)

Hmm, saya suka bila anak-anak saya bertanya dan mahu ambil tahu tentang autisme. Saya sendiri hanya tahu tentangnya pada umur 20-an. Saya sangat kagum bila kak Dina dan Zarif bercakap tentang autisme. Sesuatu yang langsung tidak saya ketahui pada umur sebaya mereka dahulu.

Berbalik pada statement Zarif tentang kawannya, 'Ali' tadi, saya tahu kenapa dia berkata demikian. Tanggapannya, tabiat 'Ali' yang suka melihat ke luar tingkap, termenung, memandang ke arah sesuatu berlama-lamaan dan seolah-olah berada di dunianya sendiri itu, sama seperti yang dilihatnya pada Abil.

Kemudian, sikap 'Ali' yang tidak fokus ketika belajar, sebaliknya hanya mahu melihat ke luar tingkap (pasti ada yang menarik perhatiannya di situ), sama seperti Abil yang mempunyai attention span yang pendek, kadangkala sukar fokus dan mudah distracted dengan objek/perkara di sekelilingnya.

Bagaimanapun, saya bertanya dan menerangkan juga kepadanya bahawa jika sekiranya 'Ali' boleh berbual, bermain, menjawab soalan, memberi respon dan berinteraksi dengan kawan-kawan dan cikgu, besar kemungkinan, 'Ali' tidak ada masalah autisme, seperti yang disangkakan. hehe

Kalau anda nak tahu, tabiat dan perangai individu Autisme, sebenarnya tidak jauh berbeza daripada individu tipikal (bukan autisme). Cuma, bersosial, berkomunikasi, berinteraksi, berbual dan bergaul adalah masalah ketara yang mereka hadapi. Masalah ini bagaimanapun, boleh diatasi dengan intervensi awal dan bantuan daripada ibubapa, ahli keluarga dan guru sejak usia kanak-kanak lagi.

Mahu tahu lebih lanjut tentang autisme? Boleh baca di sini dan sini.



Salam Jumaat.

Jumpa lagi!

Sep 3, 2012

Bila Abil jumpa doktor (episod 2)



Berjumpa doktor bukan satu perkara mudah untuk Abil. Semalam, saya bawa Abil ke doktor. Dia kurang sihat sejak hari Sabtu. Demam dan muntah-muntah. Tak pasti apa puncanya. Cuma Abil seorang yang terjejas. Yang lain, Alhamdulillah ok.

Kami ke klinik biasa. Tutup pula. Terpaksa ke klinik lain.

Di dalam kereta, Abil dah mula 'resah'. Di rumah, bila diberitahu mahu ke doktor, dia menjawab "Tak nak!" Kami diam saja.

Sementara menunggu sampai ke klinik, Abil dah mula merengek dan menangis sedikit. Tiba di klinik, saya dan Abil turun berdua. Saya daftarkan Abil dan kami tunggu giliran untuk dipanggil. Sekali lagi, Abil mula restless. Kadang-kadang dia mengetap bibir. Saya lihat dia cuba sedaya upaya mengawal emosinya daripada 'meletup'. Dia mula menangis dengan nada suara yang rendah.

Saya mula risau. Hanya saya yang menunggu dengannya. Biasanya, kalau ada ayahnya, saya rasa sedikit confident. Saya risau kalau Abil mula tantrum bila diperiksa doktor sebentar lagi. Tambah pula, kali ini kami akan berjumpa dengan doktor baru, bukan doktor di klinik yang biasa kami lawati setiap kali sakit demam.

Saya blur sekejap. Tak tahu nak buat apa. Saya sarat berdoa dalam hati. Mulut pula kumat kamit baca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Inshirah berkali-kali. Saya peluk Abil untuk bantu dia relaks. Sambil berbisik, saya beritahu dia, "Abil nak jumpa doktor sekejap lagi. Doktor baik. Doktor cuma nak check Abil je." Dia diam, tidak menjawab. Saya tahu dia faham.

"Nurhan Nabil!" namanya dipanggil.Kami berdua masuk. Saya dudukkan Abil di depan doktor. Saya tarik kerusi untuk duduk hampir di belakangnya. Sambil duduk, terus saya beritahu doktor, "Doktor, anak saya ada autism." Doktor hanya tersenyum.

Abil diperiksa oleh doktor tersebut selama lebih kurang 10 minit. Sangat bagus. Tenang dan bekerjasama. Diperiksa suhu, mulut, dada, leher, badan. Kemudian, doktor tanya saya, " Anak awak ni autistik yang macamana? ok je saya tengok.."

"Saya pun terkagum juga ni doktor. Biasanya dia takut jumpa doktor. Hari ni nampaknya ok. Alhamdulillah" saya jawab sambil tersengih.

Ya, memang saya 'terkagum' tengok Abil malam tadi. Di dalam kereta, di klinik, sebelum berjumpa doktor, moodnya berbeza sekali.

"Mungkin aura doktor bagus. Jadi, dia tak takut dan rasa selesa." Saya bagi kredit pada doktor tersebut. hehe

Selepas berbual ringkas tentang keadaan Abil, surat MC diberi dan kami berdua keluar untuk menunggu ubat. Fuhh, lega! Di luar, saya terus peluk Abil. Good boy!

Hari ni, Abil berehat di rumah. Demamnya sudah reda. Muntah-muntah pun sudah tiada. Belum 100% aktif. Getting better insyAllah.

Terima kasih ya Allah kerana memudahkan urusan kami malam tadi.

Berjumpa doktor. Isu remeh untuk kebanyakan orang. Bagi Abil (dan juga saya), ia satu cabaran kecil.

Semoga Abil sihat-sihat selalu. Begitu juga anak-anak yang lain. Amiin!


Sep 1, 2012

Kak Dina & Barbie lagi dan lagi

Koleksi terbaru. Barbie Design & Dress Studio.

So far, rasanya ini set Barbie yang paling kak Dina suka.
Boleh design baju-baju Barbie ikut citarasanya sendiri.


The tools: 5 real fabric dresses, 3 design markers (pink, black and purple), 2 design stencils & beautiful stickers.



Instruction booklet. Easy to follow.



Mudah saja. Design & decorate dengan pen, stencil dan sticker.
Koyakkan mengikut garisan yang telah disediakan. Pakaikan dress pada Barbie.
Siap!


Kak Dina's masterpiece.




Buat design yang kedua pulak.


Yeay! Cantik! 3 more designs to go.

Episod Kak Dina & Barbie Design & Dress Studio akan bersambung lagi.
Tunggu ya!

Salam Ahad.

BIla Abil berhari raya (episod 3)


Raya 2012. Masih meriah seperti tahun-tahun lalu.
Rutin Raya kami; JB-Selangor-Perlis-Selangor-JB.

Beberapa kisah baru untuk rutin raya 2012:

1. Emosi Abil 'lari' sedikit. Tidak seperti biasa. Mudah 'sentap'. Saya tak pasti apa puncanya. Walaupun masalah ini tak terlalu serius, tapi agak mengganggu.


2. Perjalanan dari Selangor-Perlis melalui udara. Serik dengan kesesakan trafik yang agak melampau setiap kali Aidilfitri, kami fly ke utara. Dari LCCT-Alor Setar. Alhamdulillah. Walaupun Abil agak moody musim raya kali ini, di dalam flight, dia tidak banyak karenah. Malah, nampak sangat happy.

3. Abil langsung tak berminat dengan angpau raya. Kalau sebelum ini, dia sudah pandai terima sampul duit raya dan memasukkan sendiri ke dalam koceknya, tahun ini lain pula ceritanya. Samada dia menepis sambil berkata "Tak nak!" atau dia buat tak tahu saja. Biasanya, saya/kak Dina atau adik Zarif yang akan mengambil angpau raya bagi pihaknya dan masukkan ke dalam poket Abil.



4. Tiada baju melayu pada hari raya pertama. Kami sekeluarga sekadar berjubah. Tidak juga sedondon. Yang lelaki berjubah putih. Saya dan kak Dina berjubah hitam.

5. Abil juga tak ikut serta bersolat sunat Aidilfitri tahun ini. Dia tidur lewat malam sebelum raya. Dia bangun lewat pada pagi raya. Untuk mengelakkan sebarang 'drama', kami ikutkan saja rentaknya.

Ok. Kita terus tengok gambar-gambarlah ya!


Tak sempat nak posing ala 'skema' sefamili. Ada yang tengah makan.
Ada yang sudah tersandar kenyang.


geng jubah putih


Di balai berlepas, sebelum boarding. Ramai orang. Abil menunggu dengan sabar.
Bila ditanya, dia menjawab "Nak aeroplane." hehe


Alhamdulillah. Selamat mendarat di Alor Setar. 
Maaf gambar goyang. Nak tayang jugak! hehe


Iklan tak berbayar. Air Asia.


Antara aktiviti di kampung, berbasikal.
Saya tukang tengok. Ayahnya tukang kayuh. Anak-anak tukang bonceng. hehe


Tukang kayuh sudah 'pancit'. hehe


Satu lagi aktiviti wajib, makan laksa di Kuala Perlis. Sedappp!
Oh ya, lawatan ke Padang Besar juga 'wajib'.hehe


Cukup 4 hari 3 malam di Perlis, kami bertolak balik ke Selangor.
Sekali lagi, Abil seronok sebab dapat naik aeroplane.



Adik Zarif kata, bosan dalam kapal terbang.Sebelum boarding, saya belikan majalah untuk bacaan Dina, Abil dan Zarif.
Alhamdulillah. Perjalanan kami dipermudahkan.

Anak-anak saya cukup enjoy balik kampung kali ini. Tidak stres dengan traffic jam. Perjalanan biasa selama 4-6 jam dari Perlis-Selangor, menjadi perjalanan 45 minit-sejam saja. Saya harap ada rezeki kami untuk ber-Air Asia lagi tahun depan, insyAllah.

Hari ini sudah pun 14 Syawal 1433H. Salam Merdeka Raya!