Sep 3, 2012

Bila Abil jumpa doktor (episod 2)



Berjumpa doktor bukan satu perkara mudah untuk Abil. Semalam, saya bawa Abil ke doktor. Dia kurang sihat sejak hari Sabtu. Demam dan muntah-muntah. Tak pasti apa puncanya. Cuma Abil seorang yang terjejas. Yang lain, Alhamdulillah ok.

Kami ke klinik biasa. Tutup pula. Terpaksa ke klinik lain.

Di dalam kereta, Abil dah mula 'resah'. Di rumah, bila diberitahu mahu ke doktor, dia menjawab "Tak nak!" Kami diam saja.

Sementara menunggu sampai ke klinik, Abil dah mula merengek dan menangis sedikit. Tiba di klinik, saya dan Abil turun berdua. Saya daftarkan Abil dan kami tunggu giliran untuk dipanggil. Sekali lagi, Abil mula restless. Kadang-kadang dia mengetap bibir. Saya lihat dia cuba sedaya upaya mengawal emosinya daripada 'meletup'. Dia mula menangis dengan nada suara yang rendah.

Saya mula risau. Hanya saya yang menunggu dengannya. Biasanya, kalau ada ayahnya, saya rasa sedikit confident. Saya risau kalau Abil mula tantrum bila diperiksa doktor sebentar lagi. Tambah pula, kali ini kami akan berjumpa dengan doktor baru, bukan doktor di klinik yang biasa kami lawati setiap kali sakit demam.

Saya blur sekejap. Tak tahu nak buat apa. Saya sarat berdoa dalam hati. Mulut pula kumat kamit baca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Inshirah berkali-kali. Saya peluk Abil untuk bantu dia relaks. Sambil berbisik, saya beritahu dia, "Abil nak jumpa doktor sekejap lagi. Doktor baik. Doktor cuma nak check Abil je." Dia diam, tidak menjawab. Saya tahu dia faham.

"Nurhan Nabil!" namanya dipanggil.Kami berdua masuk. Saya dudukkan Abil di depan doktor. Saya tarik kerusi untuk duduk hampir di belakangnya. Sambil duduk, terus saya beritahu doktor, "Doktor, anak saya ada autism." Doktor hanya tersenyum.

Abil diperiksa oleh doktor tersebut selama lebih kurang 10 minit. Sangat bagus. Tenang dan bekerjasama. Diperiksa suhu, mulut, dada, leher, badan. Kemudian, doktor tanya saya, " Anak awak ni autistik yang macamana? ok je saya tengok.."

"Saya pun terkagum juga ni doktor. Biasanya dia takut jumpa doktor. Hari ni nampaknya ok. Alhamdulillah" saya jawab sambil tersengih.

Ya, memang saya 'terkagum' tengok Abil malam tadi. Di dalam kereta, di klinik, sebelum berjumpa doktor, moodnya berbeza sekali.

"Mungkin aura doktor bagus. Jadi, dia tak takut dan rasa selesa." Saya bagi kredit pada doktor tersebut. hehe

Selepas berbual ringkas tentang keadaan Abil, surat MC diberi dan kami berdua keluar untuk menunggu ubat. Fuhh, lega! Di luar, saya terus peluk Abil. Good boy!

Hari ni, Abil berehat di rumah. Demamnya sudah reda. Muntah-muntah pun sudah tiada. Belum 100% aktif. Getting better insyAllah.

Terima kasih ya Allah kerana memudahkan urusan kami malam tadi.

Berjumpa doktor. Isu remeh untuk kebanyakan orang. Bagi Abil (dan juga saya), ia satu cabaran kecil.

Semoga Abil sihat-sihat selalu. Begitu juga anak-anak yang lain. Amiin!


2 comments:

shogun_na said...

well done abil... Ammar juga ada masalah nak berjumpa dgn doctor...tp once dah kat dlm bilik...dari takut mode nya bertukar menjadi hyper...

syida said...

Ina, Alhamdulillah.nampaknya Abil getting better bab2 jumpa dr ni.tapi dgn dentist masih trauma lagi.
dulu, ms abil sebaya ammar pun, takleh duduk diam langsung ms jumpa dr.dia tgk macam2.semua dia nak explore.hehe