Oct 24, 2012

Barbie Hair.Tastic Cut & Style



Mahu menang set Barbie Hair.Tastic?


Jom!

(1) Jawab Soalan:







Berapa orang kawankah yang bermain  set Barbie Hair.Tastic Cut & Style dengan kak Dina?





How many friends played Barbie Hair.Tastic Cut & Style with kak Dina?



(2) Lengkapkan slogan
(lebih kurang 20 patah perkataan),
Link



"Saya mahu menang Barbie Hair.Tastic Cut & Style kerana.............................................."





atau



"I love to win Barbie Design & Dress Studio
because ....................................................."





(1)Jawab soalan dan (2)Lengkapkan slogan di ruangan komen entri blog ini.

Oh ya, jangan lupa nama penuh anda (dan email) ya. TQ!

**3 pemenang dengan jawapan yang betul dan slogan terbaik akan dipilih! 
(oleh pihak penaja).




Tarikh tutup penyertaan: 31 Oktober 2012

Selamat mencuba.

Good Luck!



Rabu yang gembira!

dari google


Seperti biasa, pagi ini, saya kejutkan kak Dina bangun untuk bersiap ke sekolah.

"Happy Birthday Ma...", ucapnya dengan mata separuh tertutup dan suara 'lemau' baru bangun dari tidur.

"Thank you...", sambil saya usap kepalanya, peluk dan menyuruhnya mandi segera.

Giliran Abil pula untuk bersiap, sambil dibantu. Selepas mandi, saya renung mukanya.

"Abil, hari ni birthday mak. Say, Happy Birthday Ma...." saya sapanya dengan lembut.

"Happy Birthday Ma..." dia ikut arahan saya. Intonasinya sama saja seperti yang saya ucapkan. Wajahnya neutral. Sangat tenang.

Saya terus memandangnya dengan mata yang sudah berkaca. Sebak. Terharu.

Ya, dia hanya 'parroting'. Tapi saya tahu dia faham. Saya juga tahu dia rasa apa yang saya rasa. Tak perlu perkataan. Hanya sentuhan dan pandangan mata.

Tak apa Abil. Ini sudah cukup. Lebih dari cukup.

"Aku bersyukur dengan nikmatmu, Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosaku selama 35 tahun ini. Amin."

Bersyukurlah dengan yang sedikit, Allah akan beri lebih lagi. #notetoself

Sekarang saya harus kejutkan Zarif. Giliran dia pula untuk bersiap ke sekolah. Tak sabar pula nak tunggu ucapan dari pakcik kenit yang petah bercakap ni.

Hari ini hari Rabu yang gembira. Alhamdulillah :)))


Oct 23, 2012

Woohoo Wikki Stix!

 Wikki Stix. Kak Dina. Nabil. Zarif. Saya :))

Our very first Wikki Stix experience.
Sangat best main Wikki Stix ni.

Kenapa best? Cuba baca pada label produk di bawah;

Twistable, stickable, buildable, playable, one-of-a-kind creatables.


The Instruction.




Masing-masing tekun & fokus main dengan Wikki Stix. Yes, even Abil.




 Abstrak & kreatif!


Tengoklah tu!


Dina & Zarif mengeja nama sendiri.

Kak Dina lilit jari dengan Wikki Stix sesuka hati ;p

Lagi dan lagi hasil seni mereka...

Oh! my Abil. hehe


My masterpiece! hehe

Ok. Anda boleh dapatkan Wikki Stix di sini.

Wikkistixasia
Books Kinokuniya - Kuala Lumpur
CzipLee Bangsar
Kraf Kydz Enterprise
Mama Paradise


*Info: Wikki Stix is non-toxic, gluten-free and 100% made in usa.


Beli secara online dari wikkistixasia.com & dapatkan
10% special discount.

Cuma masukkan kod BLOG1012 semasa check out shopping cart anda.

FYI, delivery is free (worldwide), no minimum purchase.

Jumpa lagi! :)

Oct 16, 2012

Sensori Oh! Sensori

dari facebook

Kongsi tentang Sensori

Autisme dan masalah sensori. Sangat sinonim.

Hear things more loudly. See things more clearly. Smell things more strongly. Feel things others don't feel. Taste things differently.

Masih ingat lagi, autisme = masalah kelainan saraf dalam otak. Jadi, kelainan saraf = kelainan fungsi sensori.

Kesemua masalah di atas tidak berlaku serentak. Bagaimanapun, ada di kalangan individu autisme yang mempunyai kesemua deria penglihatan/pendengaran/sentuhan/hidu dan rasa yang terlebih sensitif (hiper) berbanding yang lain. Sebaliknya, ada pula yang mempunyai masalah deria yang 'hipo' (kurang/tidak bertindak balas langsung pada stimulasi).

Masalah sensori menyebabkan masalah perlakuan/tingkah laku.

Contohnya;
Tidak tahan dengan tekstur sesetengah jenis pakaian --> tak mahu pakai pakaian tersebut.
Tidak tahan dengan tekstur sesetengah makanan ---> tak mahu makan makanan tersebut/memilih makanan
Tidak tahan dengan bunyi objek/persekitaran ---> mengamuk dan menangis tanda tidak selesa/tidak mahu berada di lokasi tertentu.
Tidak tahan dengan cahaya/lampu yang terlalu terang ---> gelisah dan tidak boleh fokus/mungkin juga mengamuk dan menangis.

Bukan individu autisme saja ada masalah sensori. Individu tipikal juga ada masalah ini, cuma mungkin tidak se-ekstrem masalah sensori individu autisme.

Masalah tingkahlaku yang disebabkan oleh kelainan sensori perlu diBEZAkan daripada masalah tingkahlaku yang ditimbulkan secara sengaja (manipulasi).

Bagaimana nak tahu? Hmm, memang sukar. Ibubapa/penjaga/guru kena bijak mengkaji dan memerhati, ala-ala CSI.hehe

Boleh baca lebih lanjut di sini. Is it Sensory or Is it Behaviour?

Ok. Sembang-sembang tentang sensori terpaksa berhenti di sini. InsyAllah nanti saya sambung lagi :)


Oct 15, 2012

Kak Dina & Barbie (lagi?) (episod 2)

Barbie Hair.Tastic. Cut & Style.

Sebelum ini, kak Dina main Barbie dengan saya. Pernah juga main dengan adik-adiknya.
Yes, adik-adiknya lelaki. Tapi banyak cara untuk bermain dengan Barbie tau.
Kalau kena set Barbie dan caranya, sesuai juga untuk sesi bonding dengan Abil dan Zarif.

Kali ini, kak Dina main Barbie dengan kawan-kawan. Miza & Risya.
Saya sebagai cameralady yang teruja tengok mereka main.
Precious moments.

ok. Terus ke visual!

Masing-masing sibuk dengan set rambut Barbie.
Nak cuba Hair Extension katanya..

Sambil gelak ketawa :)

Sesi mencantumkan rambut Barbie.


Barbie duduk diam-diam hokay..


Oh my Barbie!

Hah! Yang ini baru presentable. Very Pretty!





Seronok betul mereka menghias rambut Barbie.

Anda mahu set Barbie Hair.Tastic ini?

Barbie contest akan menyusul tak lama lagi. 
Stay tune!

It's Monday. Don't be grumpy. Always be happy!!

Oct 12, 2012

Obsesi pada movie

imej google


Obsesi terkini. The Lorax.
Cerita tentang Lorax, pokok-pokok dan alam sekitar.
Bagus movie ni. Highly recommended.

Kegemaran anak-anak saya buat masa ini.
Filem obsesi mereka sebelum ini? Baca di sini.

Ok. Ini soundtrack kegemaran mereka. Layan.........



Sekian. Jumpa lagi! :D

Carly's Voice

dari google

Carly's Voice. Tajuk buku yang saya mahu masukkan dalam wishlist saya. Dah agak lama saya tinggalkan buku-buku berkaitan autism. Masa untuk kembali ke pangkal jalan.haha

Carly Fleischmann. Saya pernah menulis tentangnya, di sini dan siniCarly ialah seorang individu autisme. Non-verbal. Jadi, cara beliau berkomunikasi adalah melalui tulisannya. Carly menaip pada iPad atau komputer untuk berkomunikasi. Sangat unik.

Kenapa saya mahu baca Carly's Voice?

1. Bantu saya untuk lebih faham tentang autism dan cabaran-cabarannya.
2. Bantu saya untuk lebih faham tentang anak autisme saya, Abil.
3. Dapatkan inspirasi dan motivasi.
4.Bantu saya mencari idea bagaimana untuk membantu Abil dalam kehidupan sehariannya.

Individu autisme nampak sangat 'normal'. Kadangkala, susah untuk kebanyakan orang faham cabaran-cabaran mengendalikan mereka. Selalunya juga, susah untuk orang faham bahawa individu-individu autisme ini struggle dalam kehidupan seharian mereka. Jangankan orang lain, ada masanya saya sendiri jadi 'lupa' dan leka dengan hakikat ini. Membaca buku-buku berkaitan autism dapat membantu saya refresh dan mendapatkan semangat baru, insyAllah.

Oh ya, selain Carly's Voice, buku Temple Grandin juga bagus untuk dibaca.

Selamat malam!


Oct 11, 2012

Bila kak Dina masuk pancaragam

Assalamualaikum,

Saya janjikan entri ini pada kak Dina daripada Ahad lepas. Baru hari ini sempat saya siapkan. Aduhh cepat betul masa berjalan. Tup tap dip dap, sedar-sedar dah hari Khamis.

Kisah Hari Sukan sekolah kak Dina, 6 Oktober 2012.



Hari Sukan antara aktiviti sekolah anak-anak yang saya tak pernah miss. Samada mereka ambil bahagian atau tidak, insyAllah kami pasti hadir. Saya sangat suka dengan 'aura' Hari Sukan. Seboleh-bolehnya, saya galakkan anak-anak ambil bahagian. Macam kak Dina, kalaupun tidak berlari dalam acara olahraga (tak ada bakat huhu), dia akan terlibat dengan perbarisan atau pasukan sorak. 

Tahun ini, dia terlibat dengan pancaragam. Best!


Kembang kuncup hati saya tengok dia pakai uniform pancaragam. hehe



Makin berbunga-bunga lagi bila tengok dia beraksi di tengah padang. Sambil tu, saya berangan-angan. *zaman mak dah berlalu, sibuk nak berangan.haha ;p




Kak Dina posing bersama Betty
Sebelum ke sekolah...






Kak Dina di barisan kedua (katanya)
Saya pun mencari-cari.hehe


Yang paling kiri (memegang pianica) ialah Kak Dina :)

Meriah. Tahun depan ialah tahun akhir kak Dina di sekolah rendah. Harap-harap dia dapat peluang beraksi lagi.

Oh ya, encik suami, Abil dan Zarif pun sama-sama hadir bagi sokongan.

Di celah-celah rasa seronok dan bangga melihat kak Dina, saya rasa sedih dan sayu sebab Abil belum berpeluang merasai pengalaman yang sama :(

Tak apalah Abil, mak doakan ada peluang Abil satu hari nanti. Ada rezki tak kemana, insyAllah.

Sementara itu, kita bagi sokongan moral pada kak Dina dulu ya. Kak Dina, we are so PROUD of u!


Ok. Cukup untuk hari ini. Take care!

Oct 6, 2012

Kak Dina & Barbie (lagi?)

Ya, Kak Dina & Barbie lagi dan lagi dan lagi...

Masih 'demam' Barbie.
Koleksi terkini, Barbie Hair.Tastic, Cut & Style.
Jom layan visual.


Sangat menarik!

Cut. Style. Snap to Lengthen. Cut again!
F.U.N!

Barbie Hair.Tastic
Set Aksesorinya. Ada hair brush, gunting, set rambut, cekak dan riben.

Stail rambut yang berbeza. Gorgeous!

The Instructions.




Barbie. Sebelum didandan.


Stail 1


Stail 2

Banyak lagi stail rambut dan pose menarik dari Barbie.
Juga jangan ketinggalan melihat kak Dina bermain dengan bff-nya.
Tunggu episod seterusnya!


Dina: Saya Suka Barbie! wee~


Play is our brain's favourite way of learning.
-Diane Ackerman

Oct 4, 2012

Kisah si kucing & autisme



Hitam (gambar 1) & Belang (gambar 2). Ya, tinggal dua ekor saja. Masih ingatkah kisah ini? Ya, asalnya mereka empat beradik. Salah seekor, si Putih, 'pergi' minggu lepas. Selepas seminggu pemergian si Putih, Oren pula menyusul (gambar bawah). 

Sebak. Itulah perasaan saya, apatah lagi anak-anak terutamanya kak Dina. Walaupun baru bersama kami beberapa minggu dan saiznya hanya sebesar tapak tangan, sangat terasa pemergiannya. Ya, Oren cuma seekor kucing. Tapi setiap kali teringat tubuh kecilnya yang kurus dan uzur (sebelum ia pergi), setiap kali terbayang wajah Oren waktu menyusukan si Hitam dan Belang, setiap kali itulah saya rasa sebak. Ini baru kematian seekor anak kucing. Tak dapat dibayangkan bagaimana rasanya kalau ianya orang-orang yang tersayang. 



Yang pergi tetap pergi. Semalam, Oren sudah selamat dikebumi. Saya beritahu kak Dina, sekurang-kurangnya Oren mati dalam keadaan baik dan terjaga, bukan dilanggar kereta atau di celah-celah sampah. Allah lebih tahu. Mungkin itu yang terbaik untuknya.


Sekarang ini, kami sedang berusaha menjaga Belang dan Hitam. Harap-harap panjang umur mereka.


Oh ya, tahukah anda kucing ada banyak persamaan dengan individu Autisme?

Saya kesempitan masa. Tak sempat nak menulis panjang lebar. Apa kata anda tonton video ini, Asperger's Cats. 


*Asperger: salah satu cabang autisme. Sifat dan karakter am mereka sama seperti individu autisme lain. Bagaimanapun, individu asperger biasanya mempunyai kebolehan verbal yang agak baik.






Salam Khamis.