Oct 12, 2012

Carly's Voice

dari google

Carly's Voice. Tajuk buku yang saya mahu masukkan dalam wishlist saya. Dah agak lama saya tinggalkan buku-buku berkaitan autism. Masa untuk kembali ke pangkal jalan.haha

Carly Fleischmann. Saya pernah menulis tentangnya, di sini dan siniCarly ialah seorang individu autisme. Non-verbal. Jadi, cara beliau berkomunikasi adalah melalui tulisannya. Carly menaip pada iPad atau komputer untuk berkomunikasi. Sangat unik.

Kenapa saya mahu baca Carly's Voice?

1. Bantu saya untuk lebih faham tentang autism dan cabaran-cabarannya.
2. Bantu saya untuk lebih faham tentang anak autisme saya, Abil.
3. Dapatkan inspirasi dan motivasi.
4.Bantu saya mencari idea bagaimana untuk membantu Abil dalam kehidupan sehariannya.

Individu autisme nampak sangat 'normal'. Kadangkala, susah untuk kebanyakan orang faham cabaran-cabaran mengendalikan mereka. Selalunya juga, susah untuk orang faham bahawa individu-individu autisme ini struggle dalam kehidupan seharian mereka. Jangankan orang lain, ada masanya saya sendiri jadi 'lupa' dan leka dengan hakikat ini. Membaca buku-buku berkaitan autism dapat membantu saya refresh dan mendapatkan semangat baru, insyAllah.

Oh ya, selain Carly's Voice, buku Temple Grandin juga bagus untuk dibaca.

Selamat malam!


No comments: