Oct 16, 2012

Sensori Oh! Sensori

dari facebook

Kongsi tentang Sensori

Autisme dan masalah sensori. Sangat sinonim.

Hear things more loudly. See things more clearly. Smell things more strongly. Feel things others don't feel. Taste things differently.

Masih ingat lagi, autisme = masalah kelainan saraf dalam otak. Jadi, kelainan saraf = kelainan fungsi sensori.

Kesemua masalah di atas tidak berlaku serentak. Bagaimanapun, ada di kalangan individu autisme yang mempunyai kesemua deria penglihatan/pendengaran/sentuhan/hidu dan rasa yang terlebih sensitif (hiper) berbanding yang lain. Sebaliknya, ada pula yang mempunyai masalah deria yang 'hipo' (kurang/tidak bertindak balas langsung pada stimulasi).

Masalah sensori menyebabkan masalah perlakuan/tingkah laku.

Contohnya;
Tidak tahan dengan tekstur sesetengah jenis pakaian --> tak mahu pakai pakaian tersebut.
Tidak tahan dengan tekstur sesetengah makanan ---> tak mahu makan makanan tersebut/memilih makanan
Tidak tahan dengan bunyi objek/persekitaran ---> mengamuk dan menangis tanda tidak selesa/tidak mahu berada di lokasi tertentu.
Tidak tahan dengan cahaya/lampu yang terlalu terang ---> gelisah dan tidak boleh fokus/mungkin juga mengamuk dan menangis.

Bukan individu autisme saja ada masalah sensori. Individu tipikal juga ada masalah ini, cuma mungkin tidak se-ekstrem masalah sensori individu autisme.

Masalah tingkahlaku yang disebabkan oleh kelainan sensori perlu diBEZAkan daripada masalah tingkahlaku yang ditimbulkan secara sengaja (manipulasi).

Bagaimana nak tahu? Hmm, memang sukar. Ibubapa/penjaga/guru kena bijak mengkaji dan memerhati, ala-ala CSI.hehe

Boleh baca lebih lanjut di sini. Is it Sensory or Is it Behaviour?

Ok. Sembang-sembang tentang sensori terpaksa berhenti di sini. InsyAllah nanti saya sambung lagi :)


4 comments:

maya amir said...

ooo..betullah..org biasa pun ade jugak mslh sensori ni kan.. cume not so obvious kan?

syida said...

yup maya...pandai pun! hehe

Zach's Momma said...

currently we are dealing with sensory issues jugak.. lebih kepada voice/sound dan juga tekstur makanan (oral sensitiveness).
Lately saya pun terpikir yang kebarangkalian Z ada sedikit autisme (ada few other signs actually..).. daripada pembacaan saya, it quite common with DS child to have 2 diagnosis DS-ASD.. next week apointment dengan paed, kena mention kat dia la pasal nih.. :(

syida said...

Zach's momma-->good luck with your paed's appt. besides autism, sensory issues r quite common among special kids/ kids with learning difficulties.Semoga dipermudahkan ye..