Oct 4, 2012

Tuisyen Oh! Tuisyen (episod 2)




Pada suatu malam, di dalam kelas English (primary), selepas membaca petikan tentang Recycling & Environment. Saya bertanya kepada anak-anak tuisyen saya;

Saya: Ok class. What is recycling? 
Murid A: Basikal teacher! (dengan penuh confident)

Hahahahahaha (Oh! my english).

Ok. Itu bukan suara saya gelak. Itu suara anak-anak lain yang tahu makna sebenar recycling (mungkin).

Yolah. Saya pun ketawa jugak. Tapi terbahak-bahak dalam hati (hehe). Tak baik tau ketawakan anak murid. Yang pasti, sebab nak menahan gelak dalam hati, saya senyum sampai ke belakang telinga (hehe).

Saya: Recycling is kitar semula! NOT basikal. (masih tersenyum menahan ketawa). It's ok. Thank you for trying, A. (kena puji mereka kerana berani mencuba dan mengambil risiko untuk diketawakan).

Haha.

Bila teringatkan anak-anak tuisyen saya ini (terutamanya geng sekolah rendah), memang saya boleh ketawa sendiri. Ini baru 1% daripada lawak-lawak lucu mereka. Kalau dikumpul-kumpulkan semua, boleh buat buku agaknya (haha).

Semalam adalah malam terakhir mereka belajar tuisyen dengan saya. Kelas English juga. Seronok betul mereka. Saya tahu, mereka seronok ia kelas terakhir bukan sebab mereka tak sukakan saya. Saya tahu mereka SUKA datang kelas saya (walaupun mereka tak pernah beritahu. 
*kasi canlah cikgu 'perasan' sekejap.hehe). Selain air muka ceria walaupun penat dan mengantuk, kehadiran majoriti daripada mereka adalah 100% tahun ini (kecuali beberapa cuti sakit). 

Mereka seronok kerana lepas ini, tak perlu lagi datang ke kelas saya waktu malam selepas seharian penat di sekolah (sesi pagi dan petang). Kadang-kadang saya tengok mereka datang tanpa sempat makan malam. Ada yang datang dengan muka mengantuk sebab terlena sebelum ke kelas. Ada juga yang datang dengan homework yang diberi cikgu sekolah dan minta izin saya untuk siapkan di dalam kelas tuisyen.

Ya, mereka ni memang selalu tak 'makan saman' dengan saya. Bila saya marah, mereka ketawa. Bila saya jerit, mereka menyengih. Ingat saya buat lawak agaknya (huhu).

Tapi tak apa. Setakat ini, saya masih boleh bersabar dengan karenah mereka (ye ke? haha).Saya sebenarnya suka bila mereka selesa datang kelas saya. Kelas bermula jam 8 malam. Selalunya, seawal jam 7.45 malam ada di antara mereka sudah sampai rumah saya.

"Assalamualaikummmmm.....teacher! bukak pintu..."

Selalunya juga, waktu mereka beri salam dan minta dibukakan pintu, saya masih sibuk bersolat maghrib atau mem-fotostat tugasan mereka. Hmm, lepas ini, sunyilah waktu-waktu malam saya dan anak-anak sehingga awal tahun depan (insyAllah).

Bila habis kelas jam 9.15-9.30 malam pula, bersepah-sepah mereka bermain di depan rumah saya sambil menunggu ibubapa masing-masing datang menjemput. Ya, memang RIUH.

Malam ini, kelas terakhir saya bersama anak-anak tuisyen tingkatan 2 & 3 pula. PMR akan mula minggu depan.

"Ya Allah, tenangkanlah hati anak-anak muridku & permudahkanlah mereka semasa menjawab peperiksaan. Amiin!"

Sekian. Jumpa lagi!


No comments: