Nov 29, 2012

Jom membaca! (episod 3)




Abil sukakan haiwan. Tidak obses. Suka. Nampak minatnya di situ.

Kalau ada ensiklopedia, poster, buku atau majalah tentang haiwan, terutamanya yang penuh dengan gambar-gambar 'hidup', dia suka nak belek-belek dan baca. 
Abil sudah boleh membaca. Yang asas. Banyak lagi yang perlu di-polish, insyaaAllah.

Bila memegang buku dan majalah, biasanya dia lebih banyak enjoy gambar-gambarnya. Dia suka membaca seorang diri, kurang gemar kalau saya/orang lain 'menyibuk' di sebelahnya dan tumpang sama membaca.hehe



Terkini, dia berminat dengan majalah Jinak. Majalah tentang haiwan. Saya rasa majalah ini agak baru di pasaran. Bagus juga majalahnya. Untuk peminat haiwan, memang sesuai.

Nampaknya kena selalu beli majalah ini. Mungkin juga kena melanggan. hehe

Ok. Ada satu cerita menarik tentang anak-anak saya dan haiwan akan menyusul tak lama lagi. Stay tune!



dari facebook

Nov 26, 2012

Autism, Speech Delay, Sensory Issues & such

 To know autism, is to understand them.
A little bit of knowledge will never hurt :)

Sharing from fb Autisme Malaysia (AM)






Some people believe that people with autism do not have emotions.
I definitely do have them.
~ Temple Grandin.

Kisah si Nurhan (episod 2)





Cuti sekolah dah pun bermula sejak dua minggu lepas. Tapi pakcik kenit ni masih belum bercuti. Tadikanya bercuti agak lambat. Pertengahan bulan Disember baru selesai sesi persekolahannya di situ.Hari ini, dia pulang dari tadika sambil termengah-mengah bercerita. Alkisahnya, hari ini dia ada sesi bergambar (pakai jubah ala konvo) di tadika lain (sekolah yang sama, cawangan/lokasi yang berlainan).

Jadi, bila ke tadika tersebut, ramailah kawan-kawan baru.

Zarif: Ma, dorang semua sibuk tanya nama adik. Dorang ingat adik ni budak baru kat situ...(dengan hidung kembang kempis sebab terlalu excited.hehe)
Saya: O ye ke? Habis tu, adik cakap tak nama adik?
Zarif: Cakap...Adik cakap la nama adik 'Nurhan'. Tapi dorang tak dengar...
Saya: Laa...dorang cakap apa?
Zarif: Bila adik cakap 'Nurhan', dorang jawab "Ooo, Johan..."

Hahaha..kesian anakku. Nurhan sudah jadi Johan.
Takpelah Zarif, Johan pun Johan lah. Champion. Johan Zarif. hehe

Terima kasih. Jumpa lagi! 



Nov 15, 2012

Erti 11 tahun

14 November 2012. Cukup 11 tahun.

Saya berjaga sehingga jam 2 pagi untuk menyudahkan entri ini. 

'Hadiah' harijadi untuk Kak Dina yang terlewat sehari.

Perasaan saya? SYUKUR!
Sudah 11 tahun Kak Dina 'dipinjamkan' kepada saya. 
Saya mohon tempoh 11 tahun itu dilanjutkan lagi, ya Allah.

Kalau nak bercerita tentang Kak Dina, doa, harapan dan kasih sayang saya padanya, tak cukup 1 malam.hehe

Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, walaupun ia sekadar lintasan di minda, walaupun ia sekadar bisikan di hati.

Mudah-mudahan segala yang saya gambarkan di kotak fikiran, yang saya doakan siang malam di mana jua tak kira masa, akan dimakbulkan. Ya Allah, perkenankanlah.


Visual semasa Majlis Anugerah Cemerlang 2012 (sek Kak Dina)





Majlis penuh gah dan berprestij di hotel.
Secara peribadi, saya masih prefer suasana Hari Penyampaian Hadiah di dewan sekolah yang penuh sederhana tapi meriah :)



Kak Dina & friends :D




Dina: Sedih la ma, tak dapat Top 10 seluruh darjah tahun ni...dapat hadiah Terbaik BM Pemahaman je..
Saya: (hanya tersenyum)

Tak apa, kak Dina. Yang penting usaha. Hasilnya biar Allah tentukan. Whatever happens, I'm proud of you!



Salam Maal Hijrah semua! 




*Selamat malam*

Nov 13, 2012

Isnin yang gembira!



Hari ini sudah hari Selasa. Semalam hari Isnin. 
Saya dan anak-anak dah agak lama tak ke playground



Semalam, di pagi yang cerah lagi panas, kami 'berjimba'. hehe
Macam biasa, yang paling GEMBIRA ialah, Nurhan Nabil! 
Cuba tengok gambar-gambar ni...


Yang paling hujung sebelah kanan, yang beraksi ala acrobat tu ialah Nurhan Nabil.
Amacam? hehe

Ok. Close-up.


Tak takut jatuh ke? Alhamdulillah, so far tak pernah jatuh dari swing.
Memang dilahirkan dengan tangan acrobat agaknya. haha *acrobat la sangattt*

Setiap kali Abil beraksi, dia diperhatikan, dari jauh mahupun dari dekat.
Sebolehnya, kami tak mahu bersikap 'melarang'. Biar anak-anak explore.
Dalam hati, DOA tak hingat. hehe
*Ya Allah ya Tuhanku, jauhilah anak-anakku dari sebarang bentuk kemalangan dan kecelakaan.Amiin.*



dari google


Ooo Rekativiti!

Salam,

Hai! Sihat? 
Hari ini, first time saya menonton rancangan ini, Rekativiti
Secara kebetulan saya dan anak-anak menonton waktu bersantai-santai depan TV. 



dari google

Pendapat saya? Sangat best rancangan Rekativiti ni!
Konsep rancangan lebih kurang begini. Ia rancangan 'pertandingan'.


Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan task untuk menghasilkan kraf berdasarkan tema-tema tertentu.

Kenapa saya suka Rekativiti? Ia sangat colourful! Kertas warna, gam, gunting, cat air, pen marker, krayon, pensil warna. Wahhh, heaven! hehe

Selalu kita dengar, anak-anak mudah terpengaruh dengan rancangan TV? Betul ke? Saya setuju. Nak tahu kenapa?Anak-anak saya, terutamanya kak Dina & Zarif cukup mudah 'terjebak'. Abil lebih banyak memerhati dari jauh.Contohnya, bila tengok rancangan Sains Comot, habis satu rumah 'huru-hara' dengan 'eksperimen-eksperimen' sains mereka.

Ya betul, kreatif. Tapi grrr tetap GRRR...hehe

Maka bila menonton Rekativiti, impaknya lebih kurang sama. Kita terus layan visual ok?



Dia kutip piring, mangkuk dan cawan polisterine. Lalu, dia buat dram (katanya).






Siap ada 'drumstick'  :)

Oleh kerana kami sedang bercuti di luar JB, bahan-bahan untuk membuat kraf tak cukup. So, kreativiti kak Dina pun setakat bahan yang ada sajalah.



Hmm, nampak gayanya kami boleh buat rancangan Rekativiti sendiri sepanjang cuti ni. Kedai buku & alatulis, here we come!



Salam Selasa! :D

Nov 12, 2012

Barbie Hair.Tastic Cut & Style: The Winner


dari google


Announcement!




The winner for Barbie Hair.Tastic Cut & Style Contest is......



Sabylla

Noraida Khamalrudin
SJ Tan

Each winner will receive a set of Barbie Hair.Tastic (picture below). Yeay!!


A BIG Congratulations to ALL winners!




Kindly email your NAME, CONTACT NUMBER and MAILING ADDRESS
to winx@gocomm.com.my for prizes delivery purposes.





Not forgotten,

Thank you very much to ALL participants. 



Take Care!







Happy Monday! :D

Nov 7, 2012

Kurma sedap!


Baru-baru ni saya beli kurma-kurma ini; kurma gajus, kurma badam dan kurma Wallnut.
Fuhh sedap! Lebih sedap daripada biasa (pada tekak saya lah hehe).

Khasiat kurma memang tak perlu diwar-warkan lagi.
Kurma juga antara makanan kegemaran Rasul s.a.w (makanan sunnah).
Ibu mengandung, ibu tak mengandung, atuk-nenek, mak ayah, kakak abang & adik-adik, semua boleh makan kurma (yang penting ada gigi hehe).

Ok. Saya kongsikan visualnya...







Kurma Gajus






Kurma Badam






Kurma Wallnut





Paling saya suka; kurma wallnut. Sangat rangup bila dikunyah. Yummy!

Ingat, a kurma a day, keeps u UP, up and awayyyy! hehe

Oh! Betto (episod 2)


Oh! Betto

Sedikit update tentang Betto yang kemalangan minggu lepas.
Alhamdulillah.
Dia selamat menjalani pembedahan (membetulkan otot-otot perut yang koyak).
Selesai pembedahan, poket kami pula 'rabak'. huhu
*mudah-mudahan Allah murahkan rezki kami & mudahkan urusan kami. Amiin*


Apa pun, Betto sekarang dalam proses
recovery.
Memang ala-ala ibu berpantang.hehe
Nasihat doktor, Betto mesti dikurung dalam cage selama seminggu dan hanya boleh berada di dalam rumah selama lebih kurang sebulan.
Hari ini, luka pembedahan semakin sembuh. Bengkak-bengkak juga sudah surut. #syukur
Selepas dua malam ditahan di vet, Betto dibenarkan balik rumah Ahad lepas.
Tengoklah tu, Betty pun sibuk nak tengok Betto. hehe


Betty: " Betto okay??"
*agaknya la kan...*

Kesian kena kurung. Tapi terpaksa.
Tak boleh biarkan Betto bergerak terlalu aktif dan agresif.


Sekali-sekala, kami letakkan Betto di luar cage.
Bagi peluang pada Betto untuk stretching dan tidur dengan lebih selesa.

Ok, sekian update.

Selamat hari Rabu. Ceria dan sihat selalu!

Nov 3, 2012

Oh! Betto


Orang kata, malang tak berbau...dan malang akhirnya menimpa Betto petang tadi. Dia dilanggar motosikal, betul-betul di depan mata Kak Dina. Perkara yang paling saya takuti akhirnya berlaku. Kami diuji Tuhan dengan kemalangan Betto hari ini.

"Betto!!!!..........." kuat & sayu jeritan kak Dina petang tadi. Walaupun lepas digilis motosikal bersaiz sederhana yang merempit laju, dia masih mampu berlari ke tepi dan kemudiannya, terus bersembunyi di celah  semak di depan rumah kami. Trauma. Itulah yang saya nampak pada matanya. Itu jugalah yang kak Dina rasakan sehingga ke saat ini. Suaranya mengiau tidak seperti biasa. Sakit. Sudah tentu, sakit!

Perlahan-lahan kami cuba memanggil Betto tapi dia tak boleh bergerak. Memang sakit. Dapat saya bayangkan. Kak Dina sudah teresak-esak. Panik dan terlalu sedih. Dia bercerita bagaimana Betto berguling-guling di celah tayar motosikal sewaktu digilis. Saya tak mampu berkata-kata, sekadar menahan air mata.

Selepas maghrib, kami bergegas membawa Betto ke klinik haiwan (vet). Sebelum itu, kami cuba menghubungi hampir semua klinik yang ada melalui telefon. Bad news, semua tutup.

Saya beritahu suami, Betto mesti dibawa ke klinik malam ini juga. Saya risau kalau kami tunggu hingga esok, semuanya sudah terlambat. Ya, memang tidak kelihatan sebarang luka pada mata kasar. Tapi, luka dalaman hanya Tuhan yang tahu. Daripada keadaan Betto, saya jangkakan sudah pasti ada luka dalaman.

"Doa...doa banyak-banyak. Cuma Allah saja yang boleh selamatkan Betto." saya beritahu Zarif apabila dia bertalu-talu bertanyakan samada Betto ok ataupun tidak.

Allah permudahkan urusan kami mencari vet yang masih beroperasi. Alhamdulillah.

Bagaimanapun, selepas sesi pemeriksaan, doktor memberitahu berita yang menyebabkan airmata kak Dina mengalir lagi. Saya sendiri sebak dan terkedu.

Betto ditahan. Diberikan ubat penahan sakit dan dimasukkan air. Esok, besar kemungkinan Betto akan dibedah untuk dijahit semula bahagian-bahagian yang koyak di bahagian perutnya. Ya, koyak.

Betto hanya seekor kucing. Tapi, dia sudah sebahagian daripada famili kami. Sakit dia, sakitlah kami. Menangis ia, menangislah kami.

Orang yang melanggar Betto memang tidak ada perasaan. Hati batu.

Saya faham ia kemalangan. Mungkin beliau tak sengaja. Tapi kenapa perlu merempit laju di jalan dalam kampung. Kalau bukan Betto yang dilanggar tadi, mungkin anak-anak saya yang jadi mangsanya. #mintakdijauhkan

"Berdosa", bak kata Zarif. "Tak minta maaf pun..."sambungnya lagi.

Saya harap semuanya akan dipermudahkan untuk Betto.

Sudah pasti kami mahu Betto pulih dan kembali sihat seperti dulu. Dia hanya seekor anak kucing, umurnya sekitar 7-8 bulan. Masih anak-anak, masih budak-budak. Melompat, menggigit, memanjat, berlari.

"Selamatkanlah Betto, Ya Allah."


Kawan-kawan,

Samada anda pencinta kucing ataupun tidak, atas dasar perikemanusiaan, 
tolonglah Amin-kan doa saya.

"Makbulkanlah Ya Rabb."

Sekian, terima kasih, :,(




A meow massages the heart. ~Stuart Macmillan



Updates!


dari google



Apa khabar semua? Sihat?

Terima kasih kepada semua yang join Barbie contest.


Thank you!!

Keputusan akan diumumkan tak lama lagi.
Harap bersabar.

Sementara itu, singgahlah lagi!
Stay tune :))