Dec 11, 2012

Bila Zarif berkata-kata (episod 4)






Lebih kurang 3 minggu lagi, si kenit ni akan masuk Darjah 1. Wahh..

Dia excited. Tak sabar. Setiap hari dia tengok kalendar. Menghitung hari, bak kata Kris Dayanti.hehe

Budak bijak si Ulat Buku ni sangat pemalu. Tapi kalau bercakap, ada aje yang jadi bahan ketawa kami.

Soalan-soalannya kalah soalan exam universiti. Kadang-kadang sampai kelu lidah nak menjawab. haha

Sejak kebelakangan ni, Zarif selalu mengeluarkan skrip begini;

"Bestnya kalau jadi pokok..."
"Bestnya kalau jadi haiwan.."

Saya dan Kak Dina pula akan membalas;

"Buat apa jadi pokok, nanti kena tebang dengan manusia."
"Buat apa jadi haiwan, kan lebih seronok jadi orang. Jadi haiwan nanti kena sembelih."

Zarif jawab pula;

"Takpe, pokok kalau kena tebang, dia mati, dia masuk syurga, kan mak?"
"Haiwan pun mati, terus masuk syurga, sebab dia takde dosa.."

Hmmm, bagus anak mak. Tapi bak kata ayah saya, "Agaknya adik ni takut jadi manusia (asyik nak jadi haiwan dan pokok) sebab takut kena sunat ni!" Hahahaha Almaklumlah, musim orang berkhatan ni, sana sini orang dok bertanya dia, "Bila adik pulak nak sunat ni?" hehe

Mungkihkah? Hanya Nurhan Zarif saja yang tahu.



Psstt..semua visual koleksi InstaGram saya. 

2 comments:

ibuhebat said...

ooo.. nak kena sunat cepat ni.. Along Farihin dah selamat masa dalam pantang hehehe..

syahida said...

hehe tu la yati,
asal ditanya bila nak sunat, makin lama..makin lambat dia umur yg dia tetapkan dia nak bersunat, kejap tahun depan..kejap kata, bila 10 tahun la pulak hehehe