Dec 2, 2013

Paling best di musim hujan!

 Zarif: "Ma, haiwan apa ialah fossil hidup?"
Saya: "Huh?" ( terpinga-pinga)
Zarif: "Ma, ma tau tak fossil tu apa?"
Saya: Huh? (masih terpinga-pinga) "Macam tau..macam tak tau.." haha kantoi!

--------------------------------------------
Zarif memang suka tanya saya soalan-soalan 'intelek'. Jenuh saya nak jawab. Kalau dia buat sesi teka-teki, boleh 'migrain' saya dibuatnya. haha


"Kumbang apa paling leper di dunia?" Kumbang biola Borneo.
"Apakah nama meteorit terbesar?" Hoba.

Simbiosis. Mutasi. Fungus ektomikoriza. Zaman Permian.Kumbang Hercules.
Kera Hantu. Hutan Dipterokarpa.

Fuhh! Terma-terma dan istilah yang bukan sekadar susah nak dieja. Nak sebut pun susah.

Tapi Zarif suka baca. Sangat berminat.
Kekadang, saya macam tak percaya dengan isi kandungan komik sains kegemaran Zarif ni.

"Boleh percaya ke? Betul ke? Memang wujud ke?" saya soal pada encik suami.
"Betul. Tak percaya pergi google." dia jawab. hehe

Bab minat pada Sains ni, memang 'warisan' dari ayahnya.



Oh ya, sains ada banyak cabang. So far, Zarif memang suka sangat bab-bab haiwan, serangga, alam sekitar,  tumbuhan, angkasa lepas, muka bumi, planet (fuhh banyak!).

Meh tunjuk sket komik sains yang Zarif dok baca berulang kali. Tak jemu-jemu.


Ini pulak koleksi penuh komik Ikhtiar Hidup Rimba Raya.
Ada banyak lagi komik sains lain. Tunjuk yang ni je cukuplah.hehe


Saya suka bila Zarif minat membaca.
Kakak pun suka juga membaca, tapi tak serajin Zarif.
Abil? Dulu-dulu dia rajin juga pegang buku. Sekarang, bila suruh pilih buku di kedai buku, "Tak nak!"
Sabar jelah.



Selain komik sains, kebelakangan ni Zarif dah mula membaca novel-novel pendek.
Contoh macam novel Sepupu Lego ni. 186 mukasurat.
Kisah Afiq dan kucing-kucingnya.

Dia paksa saya juga baca novel ni.
Setiap hari saya akan ditanya,
"Ma, dah sampai mukasurat berapa?"
"Pasal Asin (si kucing) kena culik dah baca ke belum?"
"Tahu tak kenapa Lego (si kucing) merajuk?"
Penat saya nak baca cepat-cepat dan jawab. haha
Saya pun suka membaca. Cuma sejak dah 'senior' ni, stamina membaca semakin menurun.
Bila membaca je, terus tertidur! haha

Bercakap tentang buku ni, baru-baru ni sempat kami ke Pesta Buku Popular di sini.
Pusing-pusing cari buku, saya jadi rambang mata.
Blur.

Teringin nak layan novel cinta. Tapi macam dah muak. 
Kebanyakan jalan cerita lebih kurang sama.
Tak tahu mana tajuk/karya penulis yang best. Dah lama tak folo..
Akhirnya, saya pilih buku ni, Misi Cikgu Baru!
Tulisan Nazry Salam.

Menarik jugak la. Sambil membaca, sambil tertidur, tapi proses membaca masih gigih diteruskan. hehe
Nak bagi review tapi belum khatam lagi. Lain kali jelah ye ;p




Hmm, kat luar tu masih hujan gerimis.
Apa aktiviti paling best di musim hujan? Membaca!
errr...tidur pun best jugak. hehe

Sekian :)

Nov 23, 2013

Dah seminggu cuti

Kejap je dah seminggu.
Kadang-kadang bosan. Ada masa rasa seronok. Sesekali rasa stres. Selalu juga rasa relaks.
Apa pun, cabaran paling utama semasa cuti ialah menyediakan aktiviti untuk anak-anak.

"Boring la ma..."
Hmm..bertubi-tubi saya diasak dengan skrip Zarif dan kak Dina ni.
Kalau Abil boleh bercakap sebagaimana budak berdua ni, confirm keluar skrip yang sama.

Ok. Saya beli scratch paper dari kedai kegemaran saya, Mr DIY.
Kalau ke Mr DIY, silalah jaga poket anda baik-baik.
Macam-macam ada kat sini. Semua menarik. Silap haribulan, $$$ keluar macam air. haha




Berbalik kisah scratch paper, sebelum ni pernah juga beli. Tapi versi lain sikit.
Baca kat --->SINI.



Sebungkus harganya RM2.90 (kalau tak silap saya).
Ada 4 keping scratch paper dalam setiap paket dan sebatang kayu (ala-ala pensel untuk menggores).



Bab kreativiti bukan 'makanan' Abil.
Melukis hanya apabila dipaksa. Juga perlu dibantu untuk berfikir apa yang patut dilukis.
Hasilnya seperti di atas. Lukisan yang agak 'tipikal'.
Rumah. Kereta. Awan. Matahari. Pokok. Bunga. Orang lidi.
Guided but not bad at all.

Saya puji Abil kerana bekerjasama dengan baik.
Sebetulnya, saya sendiri tak mampu nak menggores sebab rasa ngilu yang teramat.
Masalah sensori-kah? hehe



Kak Dina punya :)


Lukisan comel adik Zarif :)


Disuruh melukis sendiri, dia perlu dibantu.
Kemudian, saya sengaja minta dia meniru gambar dari buku.


Hasilnya. Boleh tahan :)
Selepas disuruh meniru gambar dari buku, 'bunga-bunga' tantrum sudah kelihatan.
Makanya, saya beri peluang Abil berhenti dulu sementara kakak dan adik terus melukis sesuka hati.


Anda bagaimana? Best ke cuti?
Sekian.
Salam hujung minggu :)


Nov 13, 2013

Lotus Desaru Yo!



Cuti-cuti ke Lotus Desaru Beach Resort, 2hari 1malam.

Short & brief but fun!


Saya buat tempahan melalui booking.com
Sangat senang dan dapat harga promosi.
Kami menginap di apartment 2 bilik,
sekaligus dapat free breakfast untuk 4 orang dan 4 wristband (waterpark).Kami berlima so, waktu breakfast cuma bayar RM15 dan RM5 untuk 1 lagi wristband.

Bilik 1.


Ruang dapur dan makan.
Ada microwave, kettle dan fridge.


Bilik 2.

LDBR ada waterpark dan kalau tak silap, dua pool (di lokasi yang berlainan).
Objektif utama saya memilih ke sini, waterpark-nya.
Saiznya tak besar mana, bukan tandingan Sunway Lagoon, Bukit Merah Laketown Resort mahupun Tiara Beach Resort. Tapi ok la, not bad.



Ada satu slide besar (sepanjang lebih kurang 100m, lanskapnya agak berbukit).
Nama slide, Lazy River(LR).
LR ni lebih kurang macam satu terusan yang panjang.
Sepanjang terusan ada  beberapa kolam (ala-ala station).



Di dalam kolam (LR), airnya berpusing-pusing walaupun cetek. Untuk keselamatan, pastikan anak-anak sentiasa memakai float dan seeloknya jangan biarkan mereka turun naik slide ini sendirianDengan float juga, perjalanan menuruni slide akan lebih laju dan lancar. hehe



Selain Lazy River, ada slide yang lebih kecil untuk anak-anak.



Abil memang puas main slide air di sini. Dia paling suka, Lazy River.
Entah berapa kali dia turun naik. *lost count*


Playground pun ada (imej google).
Mana-mana yang tak cukup umur & ketinggian tu, boleh main kat sini.hehe



Buah kelapa besar ni ala-ala trademark LDBR.
Kalau google LDBR, 'wajib' ada visual ni. hehe

Setelah cubaan berkali-kali untuk snap gambar air melimpah dari buah kelapa gagal mencapai piawai, kita pinjam imej google jelah. hehe



Oh ya, kawasan LDBR ni agak luas. Alhamdulillah kami dapat blok apartment yang betul-betul berdepan dengan waterpark. Tapi untuk ke reception, kawasan pantai dan kafe, boleh naik buggy (kalau malas berjalan).




Saya suka pantainya. Bersih!
Terhad untuk yang menginap di LDBR saja. Yes, private beach. I like!

Pakcik ni memang suka ombak. Tak takut langsung. hehe

Kemudahan paip dan shower di tepi pantai. Boleh bilas membilas dulu sebelum naik bilik. Saya suka :)

Secara keseluruhannya, saya beri
Bilik hotel/apartment: 7/10
Waterpark: 7/10
Hotel breakfast: 6/10
Pantai: 8/10

video

Yang penting, anak-anak saya seronok!
InsyaAllah, lain kali boleh datang lagi ke sini.

(Tips: Kalau nak ke LDBR, elakkan waktu cuti umum/cuti sekolah. 
Waterpark-nya comel saja. Kalau sesak, memang tak best.)


Salam Rabu :)

Nov 11, 2013

Saya mahu kek Secret Recipe!


gambar hiasan (ihsan encik google)


Beberapa hari kebelakangan ni, Abil adalah 'Mr Grumpy'.
Dugaan. Cabaran. Ujian.
Pantang silap sikit. Mood turun naik. Lebih banyak marah dari gembira.
Bak kata orang, sabo aje!

Tantrum. Meltdown. 'Mengamuk'.
Untuk anak-anak kecil, agak mudah untuk gunakan teknik ignore.
Tapi bila anak autisme pra remaja menunjukkan simptom-simptom di atas, memang kena kuatkan iman untuk terus bertahan.

Bila Abil 'marah', puncanya? Tak tahu.
He can speak, but in a very limited vocab.
Setakat ni, kalau angin moody datang, Abil cepat marah tapi cepat juga redanya.
Alhamdulillah
Waktu-waktu begini, saya perlukan 'ubat penenang'.hehe
Selain mengadu pada Tuhan, a slice of chocolate indulgence (Secret Recipe) would be nice!



imej google

There's always rainbow after the rain.
Allah bagi ujian. Allah juga bagi 1001 nikmat.
Saya baru saja dapat berita gembira dari Zarif tentang prestasi akademiknya hari ini. Syukur.

Apa pun, di saat diduga atau menghargai nikmat Allah, 
saya tetap mahukan kek chocolate indulgence saya! hehe


Kisah kami ke Lotus Desaru coming soon (insyaAllah)

Sementara tu, jom baca tulisan Dr Zubaidi Ahmad berkaitan autisme (klik link di bawah).

Mengenal tanda masalah autisme


Salam 7 Muharram :)

Mode: nervous menanti keputusan UPSR kak Dina pula khamis ini. *nak pengsan jap*

Nov 7, 2013

Oh! Cameron Highlands

Tragedi banjir yang melanda Ringlet, Cameron Highlands bebaru ni mengingatkan saya pada trip kami ke sana Aidiladha yang lepas. (eceh!)
Yang sebenarnya, memang dah niat nak share pun kisah getaway kami. hehe


Ok. Saya memang suka Cameron Highlands.
Sangatttt.

Kenapa? sebab saya gila stoberi coklat. Sangattt. hehe

Trip ke cameron aidiladha yang lepas ialah yang kedua untuk kami.

Seperti biasa, bila ke Cameron, wajibla main petik-petik stoberi kan? hehe
Geram tau tengok stoberi merah menyala. Fresh!


Kalau tak nak petik sendiri, nak jimat masa, tenaga dan poket, bolehla beli terus yang dah siap dibungkus.

Jangan lupa ke pasar malam Brinchang. Wajib!
Pasar malam yang sangat happening dengan souvenir, stoberi, jagung, 
sayur dan buah-buahan segar yang lain. Rasa nak beli semua. haha


Selain ke ladang stoberi, pasar malam, boleh la singgah-singgah nurseri bunga.
Rasa nak pengsan tengok bunga-bunga cantik, segar, lawa situ, sana, sini. Adehh..
Rasa nak tinggal kat Cameron forever! haha


Selain nurseri bunga, ada juga kebun kaktus.
Comel-comel belaka! *gerammm*



Oh ya, pastikan anda tak miss ke ladang teh.
Kami ke Bharat Tea Plantation.
Sempat la bersiar-siar celah-celah pokok teh & mendaki bukit kecil kat ladang teh tu. hehe


Glory 78 ni pulak, kalau tak silap saya, 
ia satu-satunya restoren Steamboat (halal) kat Tanah Rata.
Dua kali datang Cameron, dua kali singgah makan malam di sini.
Steamboat -nya ok. Tapi servis agak 'kureng'.



Nak tengok gambar lagi, klik SINI.

Info tentang destinasi menarik di Cameron Highlands, klik SINI.

Oh ya, fyi, kami menginap di homestay (Prima Villa Apartment).
Sangat banyak hotel dan homestay di Cameron Highlands.
Sila google dan jangan lupa baca review di Trip Advisor 
untuk membantu anda membuat pilihan. 



Alhamdulillah. Anak-anak pun enjoy bercuti di Cameron.
Paling mereka suka, cuaca yang sejuuuukkk dan nyaman.hehe
Bagaimanapun, mood Abil pula turun naik. Tapi masih terkawal.

Paling penting, Abil dapat peluang bersolat sunat hari raya di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata.
Terbaek!

Ada umur, ada rezeki, confirm saya nak ke Cameron lagi! hihi

Wassalam :)

Nov 5, 2013

Hujung minggu yang panjang!

Fuhh weekend yang panjang.
Cuti Deepavali sekaligus ke Awal Muharram.
Makin terasa panjang apabila sekadar bercuti di rumah sendiri. *huwaa*

Plan asal saya nak balik rumah mak terpaksa dibatalkan. sigh

Kenapa tak ke Legoland saja?
Bukan apa, bila ada long weekend, memang SESAK di mana-mana.

Kami memang sentiasa cuba mengelak dari ke Legoland pada waktu SESAK. Bila?
Setiap awal dan hujung bulan (bila dah gaji) dan cuti umum.
Cuti sekolah? Memang confirm padat juga tapi elakkan waktu-waktu yang tersebut di atas.

Seeloknya, pergi di pertengahan minggu (Selasa, Rabu, Khamis) dan tengah bulan.
Bagi kami yang ada annual pass dan tinggal berdekatan, biasanya kami datang ke Legoland sekitar lepas asar sebab waktu ni ramai dah mula balik/keluar dan cuaca dah mula redup.

Johor Bahru ni tak banyak tempat tarikan. sigh


ok. ini gambar lama (kunjungan ke Legoland kali pertama)

Baca kisah kami di Legoland di SINI, SINI dan SINI.

Oleh kerana saya tak suka bawa anak-anak bercuti waktu peak, maka petang ni baru kami nak pergi berjimba. hehe

Lokasinya tak jauh, 2D 1N je pun. Esok balik dah. hehe

imej google

Tunggu review-nya nanti ye, insyaAllah..


Ok. Sebelum saya berhenti 'mengomel', nak share teka-teki dari anak saya Sabtu lepas.
FYI, zarif ni memang 'hantu' teka-teki. 
(jawapan teka-teki banyak yang mengarut dari yang logik) haha

Banyak-banyak raja, raja mana suka makan burger? ;p



Takkan takleh jawab kot. Senang sangatttt haha

Ok. Jumpa lagi :)

Nov 2, 2013

Rindu Maryam

Rindu macam-macam.
Rindu blogging.
Rindu anak buah saya, Maryam!

Sebab rindu Maryam, maka entri #throwback untuk hari ini.

FYI, Maryam antara anak buah saya yang rapat dengan anak-anak saya.
"Kak ina...abang...abin.." yes, itulah panggilan dari Maryam untuk kak Dina, Zarif dan Abil.

"Mak..."
"Maknyahh.."
Ini pulak panggilan dia untuk saya. haha (sesuka hati dia)

Maryam suka ikut family saya pergi outing.
Well, mula-mula dia takut-takut.
Tapi sejak follow trip kami ke Aquaria, memang dia pantang tengok kami keluar rumah.
Sebenarnya, sesiapa pun keluar rumah, dia nak IKUT. haha

Anyway, dengan kami, memang semangat nak mengikut tu lebih kuat.
Untuk Maryam, outing with MakNgah means fun! (agaknya la haha)

The thing with Maryam is, she's Hyper.
Macam Abil dulu-dulu. Sekarang Abil dah slow sikit dan terkawal. Alhamdulillah

Oleh kerana saya ada pengalaman dengan Abil, 
makanya menjaga Maryam tak sesusah mana.
Yang susah part nak maintain stamina dan SABAR. haha

Ok. Ini trip kami ke KLIA buat kali ke berapa ntah. hehe
(hantar mak ayah mertua saya balik JB, sekembali dari umrah tempohari)
Layan gambar jom!



Kami parking di Putrajaya Sentral, kemudian naik tren ERL ke KLIA.
Parking yang murah & mudah. Saja seronok-seronok naik tren. hehe


5-10 min pertama dalam tren, Maryam sangat bersopan santun.
Mungkin sedikit takut.
Selepas 10minit, ajak duduk atas riba pun dia tak nak dah. haha


Maryam dan kak Dina memang bff :)


Orang paling seronok naik tren? Semestinya Abil! :)

Di KLIA, orang paling ligat dan hiper? Semestinya Maryam!
Saya dan suami sama-sama kena alert.
Kak Dina dan Zarif pun sama-sama jadi 'pengawas'. hehe

Maryam dan Abil. Dua-dua 'suspek utama' sepanjang outing kami. hehe

Muka-muka happy!

Sejak ke KLIA, Maryam dah kenal kapal terbang. Pandai! hehe


Memang best bawak bebudak ni berjalan. PENAT, tapi FUN!

7 TIPS for Dealing with Hyperactive Children

Setakat pergi KLIA je pun.
Setakat naik tren ERL je pun.
But they really enjoyed themselves.
Alhamdulillah!

Ok. Sekarang rasa nak 'terbang' ke KL jumpa Maryam :)

Happy weekend!