Jan 30, 2013

Tuisyen Oh! Tuisyen (episod 3)

Kelas tuisyen saya, sesi 2013 akan mula malam ini. Ya, kelas untuk Februari tapi bermula sedikit awal untuk beri laluan kepada cuti Tahun Baru Cina nanti.hehe #semangat1Malaysia

Tahun ini, saya kurangkan lagi jumlah pelajar dan hari mengajar dari tahun lepas. Memang itu niat saya. Permintaan tetap ada walaupun saya sudah berhenti mempromosi sejak 2-3tahun lalu. Oleh kerana saya dan suami sudah ada komitmen kerja lain dan agak susah memberi tumpuan kepada pelajar dan kelas yang banyak, kami ambil pelajar dan mengajar ikut kemampuan. Saya masih mengajar Matematik dan English untuk kelas sekolah rendah, manakala suami hanya akan mengajar Matematik dan Matematik Tambahan, kelas tingkatan 5(SPM). Tiada lagi pelajar upsr dan pmr tahun ini.

Semalam, waktu mengemas, saya terjumpa semula fail dan rekod murid-murid saya sejak 2009. Hmm, sedar tak sedar, dah masuk tahun kelima saya mengajar tuisyen dari rumah. Sememangnya ia 'kerjaya' yang selesa. Saya bebas menguruskan anak-anak dan rumahtangga serta mendapat pendapatan yang sederhana daripada kelas tuisyen berskala kecil saya. #Alhamdulillah

Oh ya, tahun ini, saya juga mahu fokus mengajar tuisyen pada anak-anak saya sendiri; Dina, Abil dan Zarif.

psst, saya rindukan anak-anak tuisyen saya yang sudah tidak bersama saya lagi.*haish

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.


dari Instagram


The Little Big Club

The Little Big Club.
Salah satu tarikan di Puteri Harbour Theme ParkIa setempat dengan Sanrio Hello Kitty Town dan Lat's Place.
Seperti Legoland, TLBC juga terletak di Nusajaya, tapi lain-lain lokasi.

TLBC tak sepopular LegoLand atau Sanrio Hello Kitty Town.
Ramai lagi yang belum tahu tentang TLBC.
Patutlah masa kami pergi Isnin lepas (cuti Thaipusam), tak ramai orang.
Bagaimanapun, musim cuti sekolah dengarnya agak ramai juga yang datang.

Ia satu kejutan pada anak-anak saya sebenarnya.
Mereka tak tahu plan saya sehinggalah saya print tiket yang saya beli online
malam Ahad yang lepas.

Saya beli tiket untuk 1 park iaitu ke TLBC sahaja.
FYI, anda boleh pilih untuk tiket 2 park (termasuk ke Sanrio Hello Kitty Town).
Info harga tiket ---> klik SINI.

Harga tiket kanak-kanak (3 tahun dan keatas) dan dewasa adalah sama.
Harga tiket juga adalah lebih murah untuk pemegang MyKad dan MyKid (warganegara).

Terlalu banyak yang saya nak ceritakan. Secara ringkasnya, TLBC ialah sebuah taman tema indoor, sangat mirip dengan Cosmo World Theme Park di Berjaya Time Square. Bezanya, di TLBC, semua rides dan permainan adalah khusus untuk kanak-kanak sahaja(personally, TLBC paling ideal untuk kanak-kanak berumur 4-11 tahun). Segala-galanya di TLBC berkonsepkan 5 karakter animasi di Disney channel ini; Barney, Thomas, Pingu, Bob The Builder, dan Angelina Ballerina. 

Saiz taman tema TLBC ni sederhana, not too big, not too small. Secara peribadi, saya rasa jumlah rides yang ada boleh ditambah lagi hehe. Kami berada di sini selama lebih kurang 3 jam setengah (10.30pagi-2 petang) dan kami naik hampir setiap rides 2x. Yup, bayar tiket dan semua di dalamnya 'percuma' (mainlah sepuas hati haha). Oh ya, ia lengkap dengan kafe, tandas dan surau.  Layanan dari staf TLBC sangat memuaskan. Profesional, sentiasa senyum dan tak lupa ucap terima kasih. *well-done TLBC team

Jom!




Di pintu masuk. Excited!

Pingu playroom.

Cer tengok pose-pose Abil.hehe
Regardless of Abil, our pictures are still perfect!
Oh ya, setiap kali kami bergambar dengan maskot di sini,
Abil bersemangat nak salam mereka. hehe


dengan Pingu :)

Kak Dina & Angelina Ballerina. My favourite photo :)



dengan Bob the builder & Wendy.


dengan (I-dont-know his name), karakter dari Thomas the Tank Engine & Friends :p


at the exit.
si Zarif (paling kanan) muncung sebab tak nak balik. haha

Paling saya suka tentang TLBC, ia ada playground yang awesome!
Banyak slide (Abil sangat suka) dan luas.

Don't worry, nanti saya share gambar lagi.

To be continued :)


dari facebook

Jan 29, 2013

Jalan-jalan sana sini (episod 2)

Jalan-jalan sana sini

Kota Iskandar, Nusajaya, JB.
Aktiviti kami semasa cuti Maulidur Rasul minggu lepas.
Nusajaya mengingatkan saya pada Putrajaya, macam adik-beradik. hehe

Jom ke visual!



Di pintu masuk Kota Iskandar.


Sakan anak-anak saya berlari :)


when angry birds meet Ben10. #kakishot
(gambar tak ada motif hehe)

Bangunan Sultan Ismail, dari kawasan dataran.


Di kawasan dataran, ada tembok yang dipenuhi dengan informasi sejarah.
Kak Dina khusyuk membaca.

Apsal skema sangat tu Abil? haha
Sambung baca lagi.
Macam-macam info ada, sejarah lagu Johor, sejarah Sultan, Menteri Besar,
sejarah Bendera dan banyak lagi.

TukAyah bersemangat nyanyi lagu Johor. Adik Zarif terpegun! haha

Antara yang dipamerkan di Galeri di dalam bangunan Sultan Ismail.

Kawasan sekitar bangunan. Cantik :)

Sebelum balik, satu lagi #kakishot. hehe

Seronok explore kawasan baru. Berpeluh juga anak-anak.
Sekian, t.a.m.a.t



dari positivelyinclined.com

p/s: Janji saya untuk kongsi kisah ke The Little Big Club tak dilupakan. Sabar ye!

Jan 28, 2013

Cerita hari Isnin

Salam,

Aktiviti saya dan anak-anak hari ini: The Little Big Club! 
*yeay* mode suka hati


Saya beli tiket secara online di sini.
Dah siap print pun malam tadi. *excited*
Nanti saya update ya :)



Rabbi Yassir wala tua'ssir.
(Ya Allah, Permudahkanlah. Janganlah kau susahkan.)
 Amiin.

dari Instagram

Jan 27, 2013

Jom membaca! (episod 4)



Mode mengemas bilik hari ini, terjumpa majalah Kuntum kak Dina. Dah lama dah majalah ni, sejak zaman saya kecik-kecik, to be exact, ia dah ada sejak tahun 1980 (nampak pada kulit majalah hehe). Alhamdulillah, ia bertahan walaupun dah banyak majalah baru muncul di pasaran. Satu lagi majalah zaman sekolah dulu yang saya masih ingat, Bujal hehe. Sayangnya majalah ni dah takde, ditelan zaman. huhu


Ini pulak majalah 'zaman' kak Dina, Muslim Teens. Majalahnya dalam bahasa melayu, tajuknya saja dalam English. Bagus juga majalah ni, not bad. Pengisiannya sangat islamik dan sangat sesuai untuk anak-anak pra-remaja macam kak Dina. Sesekali maknya yang (perasan) remaja ni, baca juga haha.

Kalau tak silap saya, majalah ni agak baru. Ia mula ada di pasaran sekitar awal tahun lepas rasanya. Kalau selama ini, cukup susah nak tarik anak-anak baca majalah islamik, dengan Muslim Teens, insyaAllah takde masalah. Ada komik, ada artikel, ada cerpen, ada tips, ruangan muamalat dan macam-macam lagi. Semuanya dalam visual dan warna yang up-to-date, tapi bertemakan Al-Quran dan sunnah. I like!

Eh, oklah, baru sedar yang kami belum lagi dapatkan majalah Kuntum dan Muslim Teens yang pertama untuk tahun ini.

Oraits, take care!



dari google

Jalan-jalan Cari Makan (episod 2)


Lokasi: Kedai Makan Rahmat, Kg Pasir Putih, JB.

Kami dah beberapa kali ke sini. Menunya masakan kampung, kedainya pun biasa saja, tak ada deko extravaganza dan sebagainya, cuma aura makan-makan tepi laut tu yang best! hehe

Sambil makan, sambil tengok laut, bot, awan dan layan bunyi ombak. Masa kami ke sana tempoh hari, bunyi ombaknya agak kuat, padahal ombak kecik aje. Anak-anak dah mula takut haha. Abil pulak bila tengok ombak, dia sebut, "Dah basah..basah!" haha

Berduyun-duyun orang datang makan ke sini, terutamanya orang Singapura. Waktu buka: 10 pagi-3 petang, sekejap saja. Kalau anda dah muak dengan fast food, indoor restaurant, air-cond dan rindukan masakan kampung, meh la ke kedai makan Rahmat ni. Highly recommended!
Baru lepas order, tunggu makanan sampai.
Berebut-rebut semua nak duduk tepi sebab nak tengok laut. hehe



Nampak objek-objek warna biru atas air tu?
Kata ayah mertua saya, itu tempat mereka ternak kupang & lala, betulkah?

Ada bot, kapal. Lari kejap dari hutan batu & 'lautan' kereta.

Gambar menu/juadah? Hehe. Bila makanan sampai, saya tak toleh kiri kanan dah. #mode lapo. Apapun, menu di sini agak standard. Kami makan nasi putih, lauk ikan siakap goreng (yang sangat fresh dan sedap, dihidangkan panas-panas) dan sambal kicap, kobis masak lemak, sambal goreng kacang dan tempe, rendang daging dan se-jag air sirap (favourite Abil). Lain kali kalau ke sini lagi, saya snap gambar makanannya ya :)

Dah hari Ahad. #Alhamdulillah!



dari facebook

Jan 26, 2013

Melarang TANPA berkata 'tidak'

dari google

Info sharing:

Kajian menunjukkan anak-anak yang selalu dilarang akan samada menjadi tidak berkeyakinan atau suka melawan. Bagaimanapun, kadang-kadang kita perlu melarang anak-anak daripada mengambil/memegang/melakukan sesuatu yang bahaya. Bagaimana kita boleh MELARANG TANPA BERKATA TIDAK?

1- Bila  anak-anak mahu mengambil benda yang bahaya, cepat-cepat letakkan benda (lain) yang tidak bahaya di depannya.Kemudian katakan, ya, yang ini selamat.

2- Rancang tempat anda meletak benda-benda yang bahaya dan mudah pecah. Seboleh-bolehnya, simpanlah benda-benda tersebut dan hanya letakkan semula di tempat asal apabila anak-anak sudah boleh faham arahan kita.

3-Anak akan uji kita to 'test the water'.  Ada yang jenis NAK juga dan selagi tak dapat, akan menangis sekuat hati (seolah-olah dipukul padahal tak diusik pun) dan hati kita pun dah mula panas,  cari strategi berkesan untuk menangani perkara ini. Maksud saya strategi ialah langkah-langkah yang diambil.

Contohnya;
1- Terangkan mengapa tidak boleh.
2- Bawa dia jauh dari situ dan beri yang lain.
3- Nyatakan dengan suara tegas (tapi tenang, cuba kontrol emosi) dan bukan menjerit. Ini akan menunjukkan kepada anak bahawa anda MAKSUDkan apa yang anda cakap. Bila anak mula menjerit-jerit, dia sedang memulakan POWER STRUGGLE. Oleh itu, anda perlu TENANG dan exercise your power sebagai penjaga amanah dengan tegas dan bermatlamat.
4- Tinggalkan dia buat seketika di tempat yang SELAMAT jika dia berterusan mengamuk. Jauhkan benda-benda merbahaya daripadanya. Sebelum pergi, katakan dengan tenang yang anda akan tinggalkan dia sendiri untuk dia berfikir akan perbuatannya dan bila dia sudah okay, dia boleh datang kembali kepada anda, dan anda boleh bermain dengannya.

Apa yang anda sedang lakukan ialah mengajar dia how to handle frustration dengan baik, without hurting others and without being a spoil child. Anak akan perlahan-lahan FAHAM bahawa  throwing  a tantrum BUKAN cara yang terbaik untuk dapat apa yang dihajati.

Apa pun strategi kita, lakukan dengan tegas (bukan garang) dan penuh kasih sayang  supaya anak itu faham perkara/objek yang dimahukannya, bahaya/tidak baik/tidak perlu untuknya.

Ingat, bukan semua kehendak anak perlu diikut. Namun, laranglah dengan penjelasan. Elakkan marah-marah dan menjerit yang mana akan menyebabkan gangguan emosi dan mematahkan semangat mereka.

Jika termarah dan terjerit dan kemudiannya tersedar yang anda sudah tersilap langkah, urut dada dan maafkan diri dan berazam untuk lebih baik selepas ini. Lama-lama anda akan berubah menjadi penyabar dengan anak, insyaAllah.

sumber: facebook Prof. Dr. Rozieta Shaary

**Pada pendapat saya, tips ini sesuai untuk SEMUA anak-anak (tipikal/autisme/istimewa). Jom praktis!

Salam hujung minggu! :)


Jan 25, 2013

Let's Paint! (episod 2)

Semalam, saya dan anak-anak buat poster. Temanya, Maulidur Rasul.  Sebenarnya, saya saja cari alasan untuk bagi anak-anak main water colour. Dah lama kami tak comot-comot main water colour.hehe

Saya sediakan template poster. Kemudian, anak-anak warnakan. Saya gunakan manila kad, bukan kertas lukisan. Sebab, saya tahu anak-anak, kalau main water colour, tak ingat dunia haha. Kertas lukisan agak nipis bagi saya. So, dengan manila kad, insyaAllah kalau pun sedikit over dengan warna air, tak jadi masalah.


Abil mula mewarna dengan krayon.

Bersemangat :)

Poster Abil, Rukun Iman ke4 Percaya Kepada Rasul.
Tengoklah tu, yang atas kemas, bila dah hujung-hujung, hancuss.hehe

Dah siap dengan krayon, mula dengan water colour.

Tekun.

Poster kak Dina, I Love Rasulullah saw.

Siap dengan poster, Abil tak berganjak, masih nak main water colour. So, saya terus capai sekeping lagi kad manila, lukis corak abstrak dan dia pun sambung lagi mewarna. Dia sangat suka!

Colourful! tapi comot. hehe

 Kak Dina punya :)

Abil's masterpiece :)

Ya habibi, Ya Rasulullah. Adik Zarif punya :)

Saya suka semua! Anda bagaimana?

Nanti saya sambung cerita tentang aktiviti kami semalam,
Jalan-jalan Cari Makan & Makan Angin.

Tunggu ya!