Jan 6, 2013

Darjah Satu (episod 2)

Darjah 1

Nurhan Zarif. Sekejap saja sudah Darjah 1.
Sangat comel orangnya. Itu yang buat saya risau banyak bila 2013 tiba dan dia sudah perlu ke Darjah 1.

Excited. Itulah yang dia rasa.
Dia liat bangun pagi. Unfortunately, Nurhan Zarif bukan  'morning' person.
Tapi, setakat ini nampaknya dia suka ke sekolah. Kalau boleh Sabtu dan Ahad pun nak ke sekolah. haha

Tup tap, Dip dap, dah 3 hari persekolahan berlalu. Nanti, sedar tak sedar, dah nak naik Darjah 2 pulak, betul tak?

Ok, kita terus ke visual.



1-1-2013. Hari pertama ke sekolah. Pendaftaran.

Selesai pendaftaran. Dengan seplastik baju sukan.
Saiz yang paling kecil pun 'gedoboh' untuk Zarif. Oh my hobbit! haha

 Name tag sementara.
Ejaan nama ayahnya sudah salah daaa. *frust
Mujurlah untuk name tag kekal nanti, tak letak nama ayahnya. *lega








Waktu rehat.
Bawa bekal sendiri sehinggalah sudah betul-betul cekap berbelanja sendiri di kantin.
Takpelah dik, bawa bekal lebih jimat. Lebih sihat insyaAllah..

Waktu rehat dah habis. Beratur untuk kembali ke kelas.
Perasan tak, mat hensem ni nampak agak kecil berbanding rakan sebaya. hehe

Sebahagian buku-buku Zarif. Banyak dan berat begnya.
Satu lagi faktor yang menyebabkan saya susah hati.
Beg sekolah berkali ganda lebih berat dari orangnya.
Nak buat macamana, terpaksalah juga membiasakan diri angkut beg berat kan?

Minggu depan, Nurhan Zarif sudah kena berdikari di sekolah. Sekarang ini, dia menahan diri dari ke tandas sepanjang berada di sekolah. Hmm, berbakul-bakul saya pesan setiap hari supaya ke tandas bila perlu. Katanya, malu nak beritahu cikgu. *haiya

Dulu, masa saya bersekolah, mak saya lepaskan saya belajar sendiri semua perkara. Sekarang, bila tiba giliran anak saya, saya risau (terlebih).hehe

Alah bisa tegal biasa. Untuk anak tipikal seperti Zarif, insyaAllah dia cepat adjust dan adapt. Kebetulan, Zarif sama sekolah dan sekelas pula dengan anak rakan blogger saya ini. So, tak perlu risaulah kan? hehe

Semoga semuanya terus dipermudahkan. Amiin!



dari instagram

Dah 6 hari berlalu, tapi saya nak wish juga. Selamat Tahun Baru!

No comments: