Jan 23, 2013

Darjah Satu (episod 4)

Salam.

Semalam, masa saya mengemas dan mencuci bekas-bekas makanan dan minuman anak-anak, saya agak terkejut bila melihat botol air Zarif hanya luak sikit saja (sangat sikit sebenarnya). Saya memang cukup risau kalau anak-anak tak minum secukupnya ketika di sekolah. Ya lah, mereka berada di sekolah sekurang-kurangnya 5-6 jam. Dah tentu kena minum untuk maintain energy, kan? Air kan ibarat 'petrol' untuk tubuh badan. Tak cukup minyak, macamana enjin otak nak bergerak betul tak? Hmm..

Saya pun terus tanya pada Zarif.

Saya: Adik tak minum air ke kat sekolah? Kenapa air macam tak luak?
Zarif: Minum la mak. Minum sikit.

Saya: Tak haus ke? ke adik ada minum air lain?
Zarif: Takdelah. Adik minum air bekal adik je. Ok je, tak haus.

Saya: Sikit sangat minum ni. Nanti kalau pengsan kat sekolah macamana?
Zarif: Adik tak nak minum banyak-banyak. Adik malas nak pegi toilet.

Hmmm, itu puncanya. Saya tanya lagi,

Saya: Kenapa tak nak pegi toilet? kan minggu lepas adik bagitau mak setiap hari adik pegi toilet?

Ya, setiap hari antara 'laporan' Zarif pada saya termasuklah samada dia ada ke tandas atau tidak. Saya cukup risau kalau dia 'menahan' terlalu lama. Nanti boleh jadi penyakit.

Zarif jawab: Memang la dulu adik pegi toilet selalu. Lepas tu adik dah malas. Toilet kotor la mak. Bau busuk. Budak-budak k*****g sepah-sepah. T**k pun banyak..

Erk! Saya memang sedia maklum, cukup susah nak jumpa tandas sekolah yang bersih. Kebanyakannya memang kotor. Kalau bersih pun, biasanya sekali sekala saja (lepas dicuci). Dari zaman saya sekolah dulu, sampai sekarang. Masih tak berubah. haishh..

Kak Dina pun selalu juga merungut perkara yang sama. Mujur Abil tak reti bercerita. Kalau tak, agaknya dia pun komplen juga. huhu

Saya terdiam sekejap. Tak tahu nak respon apa pada Zarif. Saya cuma beritahu dia, kalau haus, kena minum air. Jangan tahan-tahan. Nak ke tandas pun, jangan tahan-tahan. Orang lain tak jaga kebersihan, jangan ikut. Adik jangan lupa buang air kat tempat yang betul, flush toilet dan basuh tangan bila nak keluar dari tandas.

Zarif: Flush pun kadang-kadang rosak mak!

Hadoiii laa... 

Kesedaran sivik bermula dari rumah. Jom latih anak-anak dan keluarga kita untuk jaga kebersihan, terutamanya tandas. Mudah-mudahan kita semua akan belajar menjaga dan menghargai tandas awam dengan lebih baik selepas ini.


Kebersihan sebahagian daripada Iman. *dari facebook*

Salam Maulidur Rasul :)


No comments: