Jan 11, 2013

Homeschool? (episod 2)


Ada apa dengan Homeschool?

Begini, saya homeschool anak saya Zarif, untuk subjek-subjek Sekolah Agama. Pagi, dia ke Sekolah Kebangsaan seperti biasa. Sebelah petang, ketika kawan-kawannya ke sekolah agama, dia tidak. Dia belajar dengan saya.

Kenapa saya homeschool sekolah agama untuk Zarif? Banyak sebabnya.

Satu, saya perlukan rutin yang lebih fleksibel supaya saya boleh seimbangkan keperluan menghantar Abil ke terapi dan menguruskan Dina dan Zarif pada masa yang sama.

Kedua, saya sedikit cerewet. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya melihat kak Dina bersekolah agama (berhampiran rumah kami), terlalu banyak kekurangan dan saya tak begitu berpuas hati. Bagaimanapun, kak Dina masih bersekolah agama dan tahun ini sudah Tahun 6. Sayang kalau dia berhenti separuh jalan. So far, walaupun sistem di sekolah agama ada isu di sini sana, kak Dina masih boleh cope dengan baik. #Alhamdulillah

Ketiga, saya mahu ajar Zarif dan Abil serentak. Persekitaran dan sistem di sekolah agama tidak sesuai dengan keperluan Abil sebagai special needs child. So, saya ajar Zarif di rumah. saya ajar Abil juga. Masih one-to-one. Sukar untuk fokus pada kedua-duanya serentak. Sesekali saja saya gabungkan mereka untuk buat latihan bersama. 

Saya ikut silibus sekolah agama. Saya gunakan buku-buku teks kak Dina dulu. Untuk Abil, saya hanya ajar yang sesuai dengan tahapnya. Mengaji adalah 'wajib'. hehe


Akhlak, Sirah, Ibadat, Al-Quran, Tauhid, Jawi.

Buku-buku jawi semasa Zarif di Tadika yang saya gunakan sebagai ulangkaji. 
Zarif masih belum lancar membaca jawi.

Set mengaji Al-Furqan. Siap dengan flash cards.
Zarif di buku 3. Abil di buku 2. Semuanya ada 4 buah buku. Buku 4 adalah tahap tertinggi.
Target saya ialah untuk mulakan Zarif mengaji al-Quran tahun ini, insyAllah.
Abil akan menyusul perlahan-lahan. Slowly but surely.

Buku-buku untuk bacaan kami semasa sesi belajar secara santai.
Sangat menarik. 
Baca tentang kedua-dua buku ini di sini dan sini.

Setakat ini, kami masih belum ada jadual tetap. Saya rancang untuk susun jadual supaya rutin kami lebih tersusun dan anak-anak boleh belajar dengan lebih berkesan.

Adat mengajar anak-anak, memang mereka sedikit manja dan kadangkala manipulative. Tapi, saya masih percaya bahawa Mothers are the BEST teachers. Hanya perlu sedikit tegas. Alah bisa tegal biasa :)

Doakan kami berjaya! 


dari facebook

No comments: