Jan 9, 2013

Jom ke sekolah!

imej google


Masih mode #BacktoSchool.

Alhamdulillah. Anak-anak saya, terutamanya Nurhan Zarif sudah mula mendapat 'rentak' ke sekolah dan menyesuaikan diri dengan rutin baru.  Masih liat bangun pagi, tapi bila dikejut tak merengek lagi. Cuma, dia mandi sambil pejam mata.hehe

Paling best, setiap kali balik dari sekolah, Zarif dengan penuh semangat bagitau saya, "Adik suka sekolah!" *senang hati mak. Alhamdulillah

Syabas kepada semua ibu bapa yang berani 'meninggalkan' anak-anak untuk belajar berdikari dan berada di sekolah dengan kawan-kawan dan guru. Sebenarnya, bukan senang, betul tak? Terutamanya untuk anak-anak yang baru memasuki pra-sekolah, Darjah 1 dan lebih lagi untuk anak-anak istimewa yang baru masuk sekolah.

Risau. Was-was. Kusut. Susah hati. Macam-macam. 

Perasaan-perasaan ini normal. Tapi ingat, jangan over. hehe *self-reminder

Anak-anak kita BOLEH sebenarnya. Mungkin ada yang sedikit lambat menyesuaikan diri.  Tawakal pada Allah. Slowly but surely. Lama-lama oklah tu, kan?


7 Tip Bina Keyakinan & Tarik Minat anak ke Sekolah

(1) Gunakan pujukan dan pujian
Anak-anak sensitif terhadap setiap luahan perkataan. Oleh itu, jaga perkataan dan nada suara anda. Puji setiap USAHA anak, samada hasil kerjanya baik ataupun tidak.

(2) Ibu bapa jadi MODEL 
Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak. Jika anda negatif, pesimis dan tidak realistik pada diri anda, anak-anak juga akan berperasaan yang sama. Pupuk semangat positif dan jadikan diri anda contoh yang terbaik untuk anak-anak.

(3)Bantu anak menilai diri
Beri sokongan moral dan bantu anak-anak menjadi seorang yang berkeyakinan diri dan positif. 

(4)Kasih sayang secara spontan
Tindakan spontan seperti memeluk anak, memberi kejutan dengan memberikan nota pujian dan kata-kata perangsang boleh memberikan kegembiraan yang tidak terhingga kepada anak. Bagaimanapun, puji biar bertempat dan tidak berlebihan. Pendekata, be kind to your children.

(5)Maklum balas positif
Fokus, beri tumpuan, puji dan galakkan semua perlakuan positif, biar sekecil mana. Ignore perlakuan negatif. InsyaAllah, kesannya adalah, anak-anak belajar berkelakuan baik untuk mendapat perhatian ibu bapa. 

(6)Cipta suasana kasih sayang dan selamat
Kanak-kanak yang sering dimarahi dan dikelilingi persekitaran negatif (ibu bapa selalu bertengkar dan sebagainya) seringkali merasa tidak selamat, rendah diri dan suka menimbulkan masalah. Bina persekitaran kondusif di rumah atau ketika bersama keluarga. Galakkan anak-anak bercakap atau meluahkan perasaan mereka.

(7)Libatkan anak dengan aktiviti
Aktiviti membantu anak-anak belajar bersosial dan menyesuaikan diri dalam komuniti. Aktiviti yang baik memupuk semangat kerjasama dan melahirkan individu yang mempunyai harga diri dan personaliti yang mantop.hehe

(petikan dari: majalah Seri Dewi & Keluarga, Januari 2013)

Ok. Salam Rabu.
Positif selalu!




dari facebook

No comments: