Jan 27, 2013

Jom membaca! (episod 4)



Mode mengemas bilik hari ini, terjumpa majalah Kuntum kak Dina. Dah lama dah majalah ni, sejak zaman saya kecik-kecik, to be exact, ia dah ada sejak tahun 1980 (nampak pada kulit majalah hehe). Alhamdulillah, ia bertahan walaupun dah banyak majalah baru muncul di pasaran. Satu lagi majalah zaman sekolah dulu yang saya masih ingat, Bujal hehe. Sayangnya majalah ni dah takde, ditelan zaman. huhu


Ini pulak majalah 'zaman' kak Dina, Muslim Teens. Majalahnya dalam bahasa melayu, tajuknya saja dalam English. Bagus juga majalah ni, not bad. Pengisiannya sangat islamik dan sangat sesuai untuk anak-anak pra-remaja macam kak Dina. Sesekali maknya yang (perasan) remaja ni, baca juga haha.

Kalau tak silap saya, majalah ni agak baru. Ia mula ada di pasaran sekitar awal tahun lepas rasanya. Kalau selama ini, cukup susah nak tarik anak-anak baca majalah islamik, dengan Muslim Teens, insyaAllah takde masalah. Ada komik, ada artikel, ada cerpen, ada tips, ruangan muamalat dan macam-macam lagi. Semuanya dalam visual dan warna yang up-to-date, tapi bertemakan Al-Quran dan sunnah. I like!

Eh, oklah, baru sedar yang kami belum lagi dapatkan majalah Kuntum dan Muslim Teens yang pertama untuk tahun ini.

Oraits, take care!



dari google

No comments: