Jan 18, 2013

Obsesi pada movie (episod 2)


Cloudy with a chance of meatballs. Bukan filem baru, ia mula ditayangkan sekitar 2009. Info lanjut tentangnya di sini.

Ok. Anak-anak saya menonton ini di channel Astro Ahad lepas. Belum sampai tahap obsesi lagi, tapi mereka sangat SUKA tengok filem ni. Nak tahu kenapa? Filem ini ada semua elemen yang kanak-kanak suka. Food (or rather, junk food) and colours.

Ya, cerita tentang hujan makanan. Macam-macam jenis makanan (kebanyakannya junk food!) yang turun dari langit seperti hujan. Spageti, burger, aiskrim, jelly, gula-gula, ayam goreng, pizza, steak. Fuhh, macam-macam. Sampai naik rambang mata Zarif menonton. haha

Colours. Oh yes, filem animasi memang sangat colourful. Sesuai la dengan tema cerita tentang hujan makanan. Anda boleh tengok sebahagian visual dari filem ini di bawah (semua imej dari google).

Selain tengok untuk suka-suka dan bersantai bersama keluarga di rumah, filem ini juga sarat nilai moralnya. Orang putih memang pandai buat filem.hehe

Makan banyak junk food boleh jadi gemuk dan hiper.
Bila hujan makanan turun dengan lebat, berlaku pembaziran.
Makanan-makanan yang jatuh ke tanah, dibiarkan dan busuk, akhirnya jadi sampah. Kotor! *bak kata kak Dina.hehe
Orang tamak selalu rugi. Mesin hujan makanan dicipta, nafsu nak makan itu, ini semuanya mahu dipenuhi, manusia jadi tamak haloba, akhirnya mesin jadi 'gila' dan ribut taufan melanda bumi. Hmmm, patutlah Allah tak turunkan hujan makanan kan? hehehehe
Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. err betul kan?








Filem ini berjaya masuk wishlist filem yang patut di-download, kata Zarif. haha

Oh ya, untuk anak autisme yang sangat visual learner, anda boleh ambil kesempatan untuk memperkenalkan mereka kepada jenis-jenis makanan dan objek ketika menonton. Yang pastinya, Abil memang khusyuk menonton. 

Sekali lagi, orang putih memang pandai buat filem. haha

Ok kawan-kawan, sekian saja siaran tertunda dari semalam. Esok insyaAllah ada cerita lagi.

Salam Jumaat! Jangan lupa berselawat :)

dari Instagram

4 comments:

dak-eiza said...

Salam
our favourite movie also
tak terkire dah menengoknye
:)

syida said...

Salam,

O ye? budak2 mmg tak reti jemu..kan? :)

Amri dan Aishah said...

ada link utk download kartun ni x?

syida said...

aishah, cer cari kat isohunt.com.sy pun x brp pandai.hbby yg selalu jd tukang donlod :)