Jan 23, 2013

Progress! (episod 2)

Progress!

Dah hampir 10 tahun umur Abil. Walaupun perkembangannya tak sama dengan anak-anak tipikal lain sebayanya, saya harus juga beri kredit untuk kemajuan-kemajuan kecil di sana sini yang Abil sudah tunjukkan. Kadang-kadang, bila flashback semula progress Abil dari kecil hingga sekarang, rasa terharu+ sedih+gembira+syukur+risau+lega, semua ada.

Ok. Let's go straight to the point. Sejak tahun lepas, saya sudah mula confident untuk minta tolong Abil buka gate rumah kami. Biasanya saya yang turun dari kenderaan dan buka gate sendiri. Kalau ada Dina dan Zarif, mereka yang tolong buka. 

Bila Abil yang buat, saya tak dapat tahan diri daripada tersenyum sambil melihat dari dalam kereta. Anak ini, yang dulunya sangat HIPER, sesaat pun saya tak boleh lepaskan tangannya ketika berjalan (kerana risau dia lari bertempiaran dan terus hilang). Anak ini, yang dulunya tak pandai dengar arahan, yang tak respon bila namanya dipanggil dan apabila bercakap dengannya pun, dia tak pandang. Anak ini, yang saya selalu saya risau dan bimbang, samada nanti dia mampu mengurus diri dan berdikari. 

Tutup dan buka pintu gate hanyalah tugasan kecil. Tanggungjawab yang agak remeh bagi anak-anak tipikal. Tapi, bagi saya, ia satu permulaan dan petanda bahawa Abil boleh buat lebih lagi. I Like!





Sampai depan rumah, saya beritahu Abil, "Abil, buka gate. Sampai habis." 
Ringkas dan perlahan saja skrip saya, supaya dia faham. 
Dia turun, terus menuju ke pintu pagar dan buka satu persatu.



Dengan terburu-burunya, dia hanya tolak sedikit setiap pagar dan 
terus LARI masuk kereta. haiya! hahaha


Dia masuk kereta, saya pandang mukanya dan beritahu lagi, "Abil, tolak sampai habis. Go!" dan dia turun semula dan buat apa yang disuruh. Masuk kembali dalam kereta dan misi selesai! hehe


Walaupun selalunya lama juga masa yang diambil untuk Abil buka gate, kalau saya/kak dina/zarif buat lebih cepat, saya tetap juga bagi peluang pada dia. Kadang-kadang, tugas-tugas kecil begini (bila dia berjaya buat dan dipuji usahanya) akan buat Abil lebih confident, bersemangat dan gembira.

Selain buka gate rumah, Abil juga dah mula bantu beberapa lagi kerja-kerja rumah yang simple. Tak sabar nak tunggu dia pandai cuci pinggan (dengan sempurna), kurang sikit kerja mak. hehe


One step at a time, Abil. One step at a time...
(dari Instagram)

2 comments:

dak-eiza said...

yeay..mission completed kann
:)
kalau hadif (my autism son) dia akan cakap, "Ok sudah!" tiap kali selesai misi dia :D

syida said...

yup, mission accomplished!

cute je hadif..mesti mama pun sengih je bila dgr skrip tu :)