Jan 11, 2013

Tahun Baru 2013

Sudah 11 Januari 2013. Jumaat yang Gembira. #Alhamdulillah

Masih mode tahun baru? Tak juga. Cuma, pagi-pagi yang gembira ni, membaca status Prof Dr Muhaya buat saya berfikir..


dari facebook


Tahun baru, azam baru.  Hampir setiap tahun macam tu, kan? Tahun ni, saya buat keputusan untuk tidak memasang banyak azam. Cukuplah 1-2 yang realistik untuk dicapai. Selebihnya, tak perlu tunggu tahun baru untuk pasang azam. Just improve and DO as we go along, betul tak?

Hanya satu saja niat saya untuk membaiki diri sendiri yang ingin saya kongsi, azam untuk tidak lagi meninggikan suara dengan anak-anak. Saya sangat LEMAH bab ini. Dah lama juga saya sedar kelemahan saya ni. sigh 

Bila dalam keadaan tenang dan tiada isu/masalah melanda, memang tak susah untuk mengawal nada suara kita bersama anak-anak. Tapi dalam keadaan kusut dan tertekan, bila anak-anak 'buat hal', hilang semua sabar. Susah betul untuk 'kontrol waras'. huhu

Sejak anak-anak makin membesar, saya cuba perbaiki sikap buruk ni. Saya dapat rasakan perubahan, tapi masih belum cukup. Suara saya masih ala-ala Lion King bila anak-anak buat karenah yang menguji dan mencabar saya. sigh

Tak apa, kena istiqamah bukan? 

Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan, beristighfar dan berzikir selalu. Jangan lupa juga berdoa. #self-reminder

Ya Latiff. Yang Maha Lembut.

Mudah-mudahan hati kita (yang membacanya) jadi lembut. Semoga anak-anak kita juga lembut hatinya dan mudah dibentuk.



dari twitter


Jom sama-sama berazam untuk TIDAK meninggikan suara. Jom sama-sama latih diri bersopan santun dan lemah-lembut, terutamanya dengan anak-anak sendiri. Jom keluar dari statistik Ibu-ibu garang sedunia! hehe

Let's be kind to our children. Let's be kind to everyone. InsyaAllah :)

Oh ya, azam tahun baru saya juga untuk blogging setiap hari. Doakan saya berjaya! hehe

Stay tune! Happy Friday! Semoga diberkati.


dari facebook

No comments: