Jan 12, 2013

Tentang Umar Hasfizal (Episod 3)


Alhamdulillah, sempat juga saya menonton Umar Hasfizal, kak Marina dan encik Hasfizal di tv9 pagi ni.

Saya telah pun diberitahu oleh kak Marina beberapa hari lepas. Tapi, selepas kalut menghantar Abil ke sekolah untuk aktiviti ko-kurikulumnya pagi ini (gara-gara terlewat bangun), saya terus terlupa.

Bagaimanapun, sambil minum pagi bersama kak Dina dan Zarif, sambil saya menukar channel di TV. Kebetulan, saya terus 'melekat' dengan tv9, masih belum ingat lagi ketika ini.

Godek-godek instagram saya, ternampak foto kak Marina di set Nasi Lemak Kopi O. Baru teringat! haha Mungkin sudah rezeki saya, dapat juga melihat mereka on air pagi ini.

Sesi temubual bersama AG dan Farah.
Paling kanan; Umar. Di sebelahnya, kak Marina (ibu Umar) dan encik Hasfizal (ayah Umar, di tengah).

Umar membuat persembahan, I give the Best of Me.


Ini bukan kali pertama saya menonton mereka on air. Sudah banyak kali juga berjumpa dan melihat Umar  menyanyi secara live. Tapi, setiap kali saya mendengar Umar menyanyikan lirik lagu ini (seperti di bawah), confirm saya sebak. #modesedih

I GIVE THE BEST OF ME


I AM ON A JOURNEY
NO ONE UNDERSTANDS THE PAIN I BEAR
NO ONE KNOWS WHAT’S LIES AHEAD
MY FEARS AND TEARS WHOM CAN I SHARE


BUT I AM NOT ALONE
DEEP WITHIN MY HEART I BELIEVE
THE MIRACLES I SEEK ARE NOW WITHIN MY REACH


YOU HAVE COME TO ME
I WILL SPREAD MY WINGS AND FLY ACROSS THE OCEAN
I SEE MYSELF SOARING HIGHER AND HIGHER
I SEE THE RAINBOW’S END
THE COURAGE AND THE STRENGTH I GAIN I KNOW
I CAN ACHIEVE MY DREAMS
BEHOLD THE MOMENT IS HERE
I GIVE THE BEST OF ME


IF WE WOULD JUST BELIEVE
FAITH IN THE THINGS YET UNSEEN
NO MATTER WHERE WE ARE OR WHERE WE’RE GOING
LOVE THERE WILL BE
WE CAN BE WHERE OUR DREAMS MEET REALITY
BUT I AM NOT ALONE
DEEP WITHIN MY HEART I BELIEVE
THE MIRACLES I SEEK ARE NOW WITHIN MY REACH

THE STORMS WILL NOT STOP ME

THE FIRE WILL CEASE

I GOT TO KEEP FLYING

AS I SOAR TO GREATER HEIGHTS
A MILLION STARS NOW I SEE
THAT’S WHERE YOU’LL FIND ME


Kredit untuk Brian John Yim, penulis lirik dan komposer lagu ini.

Rupa-rupanya, bukan saya seorang saja yang sebak. Kak Dina dan Zarif pun emosi bila dengar lagu ni. Ya, hanya mereka yang 'memahami' akan feel lagu ini. 

We know how hard it is for Umar. Kami juga tahu Abil sedang melalui 'jalan' yang sama. Walaupun Abil dan Umar mempunyai keupayaan verbal yang berbeza (Umar lebih fasih bercakap dan berkomunikasi), kedua-dua mereka mempunyai ciri-ciri autisme yang hampir sama (secara amnya).

Potensi dan bakat Umar dalam bidang nyanyian sudah dicungkil dan sedang diterokai.
Abil? Setakat ini, belum lagi. 

Bakat, potensi dan minat anak autisme berbeza-beza, sebagaimana individu tipikal (bukan autisme). Saya harap suatu hari nanti Abil juga akan mendapat peluang dan pendedahan yang positif untuk apa juga bakat dan keupayaannya, seperti Umar. Amiin! 

*Psst, anda juga boleh search video nyanyian Umar di YouTube :))

Sudahkah anak peluk anak-anak anda pagi ini?

Salam Sabtu. Happy selalu!

dari facebook

2 comments:

Marina Ariff said...

Thanks Syida for this entry. Sama2 kita doakan semoga anak2 kita sentiasa mendapat yg terbaik di dunia dan di akhirat.....

syida said...

no problem kak :)