Feb 28, 2013

Segalanya tentang bayi (episod 2)




Alhamdulillah saya dimurahkan rezeki untuk menimang anak (buah) lagi. hehe
Anak sendiri ada 3. Campur tolak anak-anak buah, dah 10 orang semuanya.
InsyaAllah tengah tahun 2013, bakal bertambah seorang lagi anak (buah) :p

Baby gebus dalam gambar di atas nun, namanya Khadijah.

Khadijah binti Muhammad Nur.

Saya teringat pada perbualan saya dan Zarif semalam.

"Ma, siapa nama baby Makcik?"
"Khadijah." saya jawab.

"Khadijah? Macam pernah dengar je nama tu?" Zarif tanya dengan muka berkerut.
"Memang la. Ramai juga orang nama Khadijah." saya jawab lagi.

"Siapa ye Ma? Khadijah?" dia tanya lagi.
Saya hanya diam (antara layan dan tidak).

Beberapa saat kemudian,

"Haaaaa, adik dah tau. Khadijah isteri Nabi (s.a.w), kan?" jawab Zarif separuh menjerit.
"Hmmm betul la tu. Pandai." sambil pandang ayahnya dan sama-sama tersenyum.

Tak sangka dia ingat cerita-cerita tentang Rasulullah s.a.w yang kami baca bersama.
Rupa-rupanya 'Khadijah' yang Zarif maksudkan ialah Saidatina Khadijah r.a.

Lambat pulak saya 'pick up' semalam. Malu sendiri. hehe

Jom baca tentang Saidatina Khadijah r.a di SINI.


dari Instagram

Rutin hari Khamis

Sudah hari Khamis. I love Thursday!
Kenapa? sebab esok Friday! hehe

Setiap hari Khamis, Abil perlu hadir sesi OT-nya.
OT= Occupational Therapy= Terapi CaraKerja.
Apakah? Sila baca di SINI dan SINI.

Semasa Abil berterapi, Zarif jadi peneman setia.
Setiap sesi memakan masa lebih kurang sejam setengah.
Kadang-kadang, sejam setengah tu macam sekejap.
Kadang-kadang, terasa lama juga.

"Lama lagi ke Ma?" "Lama lagi ke?" "Dah pukul berapa ni Ma?"
Bertalu-talu soalan Zarif. Penat juga nak jawab.hehe

Nak tahu apa aktiviti Zarif semasa menunggu? Jom!


Abil di dalam bilik terapi



Di luar, Zarif busy buat homework. 





Dah habis buat homework, kadang-kadang Zarif main dengan kawan. hehe

Bosan bermain, Zarif baca buku...


dan membaca lagi.............


dan lagi...........


Mr. Bookworm ni memang SUKA baca buku. Alhamdulillah :)

Jemu membaca, dia jenguk abang Abil berterapi. Comel je. hehe



ok. dah habis..

*psst, gambar-gambar diambil pada sesi-sesi OT yang berlainan.hehe


Happy Thursday!
Jangan lupa SENYUM :))

Feb 27, 2013

Rabu Oh! Rabu


Salam semua,
Bacaan saya pagi ini :)

Klik SINI untuk info buku.

Sekian, jumpa lagi!

dari facebook

Feb 26, 2013

Cerita 26 Februari (episod 2)

Cerita 26 Februari

Sekejap saja sudah 2013.
Cepat saja melangkah ke bulan Februari.
Anak bujang saya cukup 10 tahun hari ini.

Sehingga ke hari ini, sudah dua kali dia tiup lilin kek harijadinya.
Mungkin juga hari ini dia tiup lilin lagi semasa sambutan di sekolahnya.

Bukan agenda tiup lilin yang saya pentingkan.
Tetapi, mood ceria dan senyuman gembira
setiap kali kami nyanyikan lagu harijadi untuknya,
Itulah rezeki, itulah NIKMAT.
Alhamdulillah :)

Minggu lepas, saya dengar dia menyanyi perlahan di dalam kereta.
"Happy Birthday to me...happy birthday to me.."
Suaranya seakan berbisik-bisik tapi saya dengar. Jelas.
Saya senyum dan pada masa yang sama, sebak.

Kak Dina kata, Abil mengulang skrip dalam filem animasi Shrek.
Tak kisahla, kebetulan memang sudah hampir harijadinya.

Kelmarin, semasa sesi makan beramai-ramai, saya tanya Abil.
"Abil berapa tahun?" "Sembilan tahun", dia jawab.
haha Kami ketawa.
"Bukan..Abil dah sepuluh tahun." "Se-pu-luh." Saya beritahunya perlahan.
Dia ulang jawapan saya, "Sepuluh!"
Kami ketawa lagi.

Syukur. Sudah 10 tahun.
Semoga Abil terus sihat, happy dan terus maju lagi dan lagi. :)

Yang terbaik buatmu Nurhan Nabil, dunia dan akhirat. Amiin.



Semasa sambutan bersama keluarga di USJ.



Khusyuk berdoa :)



semasa sambutan Ahad lepas.



dari Instagram

Cerita 26 Februari

Semalam.
Kami anak beranak menyiapkan party pack untuk kawan-kawan sekolah Abil.

Kalau dulu, saya dan suami lah yang biasanya sibuk membungkus.
Sekarang, tidak lagi. 

Saya dan suami jadi supervisor saja. Kami sediakan semua barang-barang dan beri arahan.
Selebihnya, 'askar-askar' saya siapkan. Alhamdulillah :)


Abil bertugas bahagian air kotak dan biskut.
Production starts here! hehe


Tekun.



Zarif bertugas bahagian gula-gula.
5 biji untuk setiap pack :)


Kak Dina di bahagian penamat.
Tukang masukkan mamee dan coklat.
Seal dan siap!



Seronok tengok anak-anak produktif.
Paling seronok tengok masing-masing bekerja dalam keadaan tenang dan terkawal.
Sesekali Zarif bersuara, "Berapa lagi Ma? Bila nak siap?"
haha

Abil pula, bila agak 'kepenatan', dia lari ke TV sekejap (lebih kurang 2-3 minit).
Kemudian, dia sambung semula. Macam-macam ragam.
Overall, semua ok.

Paling saya kagum, semua tekun membungkus (termasuk Abil).
Tak ada pun yang 'curi-curi' ambil tidbits yang ada di depan mata.

Mungkin sebab saya sudah janji mereka akan dapat bahagian mereka.
So, masing-masing bersabar dan buat sampai habis. Baru dapat reward masing-masing. hehe

Coklat kegemaran saya dan anak-anak, Cloud 9.
Yumms!


Party pack untuk 51 orang murid dan guru di sekolah Abil, siap!



Cerita 26 Februari (episod 2) akan menyusul. Tunggu ye :)

Feb 24, 2013

Si Kenit Tabby

Masih ingatkah pada entri ini? Kisah si kucing & kak Dina

So, apa khabar si kenit Tabby? Sihat, alhamdulillah. Dah hampir dua minggu dia bersama kami.

Pada kebanyakan masa, kami panggil ia 'Kenit'. Macam sedap dan sesuai je bila kami panggil kenit hehe. Berbanding dengan hari-hari awalnya bersama kami, sekarang dia sudah nampak selesa. Selesa dan happy. Si kenit makan biskut kucing yang biasanya kami rendam dengan sedikit susu (susu khas untuk kitten). Dua tiga hari lepas, susunya dah habis. Saya rendam pula biskutnya dengan sedikit wet food dan air.

Setakat ini, senang menjaganya. Beri cukup makan, bersihkan cage dan bekas najisnya, pastikan tempat tidurnya selesa (tidak sejuk dan tidak panas). Saya dan kak Dina bergilir-gilir buat. Apa yang penting, kerjasama. hehe


Oh ya, si kenit ni pandai buang air dalam bekas pasirnya. Saya sendiri terkejut bila tengok dia pandai sendiri 'membuang' di atas pasir. Tak perlu diajar pun. MasyaAllah :)

Selain makan dan tidur, kenit ni ligat bermain. Jadi, beberapa kali sehari, kami lepaskan dia (dari cage). Betto cukup setia melayan kenit. Tapi tak boleh leka sebab saiz Betto ni berkali ganda lebih besar dari kenit. Cara Betto bermain dengan kenit, agak kasar. Dilayannya kenit macam kucing dewasa. Risau bila sesekali si kenit digigit Betto ketika sama-sama berguling. 

Tengok keletah si kenit  adalah terapi untuk kami. Anak kucing serupa macam anak manusia juga hehe. Serupa je, tapi TAK sama. Menjaga kenit bantu saya hilangkan rasa bosan. Mudah-mudahan dapat pahala juga. Amiin.

Sejak minggu lepas, suami saya dah mula bising. Dia minta kami iklankan jika ada sesiapa yang nak bela kenit. Hmm, saya dan kak Dina terdiam. Makin lama jaga kenit, makin sayang. Samada kami nak bela kenit terus atau tidak, saya tak ada jawapannya buat masa ni. Just go with the flow.

So, kawan-kawan, nak bela ke tak ni, ada ke yang berminat nak jaga kenit? What say you?
















 Oh so comel!


Akan datang, kisah anak-anak ke Kiz Sports & Gym. 
Tunggu ye :)


Oh! Ahad

Salam Ahad.
Momentum blogging saya sudah 'lari'. haha

Sibuk? Entahlah.
Ya, mungkin. Tapi tidaklah sesibuk mana.
Sibuk hal-hal biasa.

Oh ya, Oh My English musim kedua akan muncul tak lama lagi.
Tak sabar!

Saya dan anak-anak memang SUKA menonton OME.
Watak-watak yang pleasant dan comel.
Skrip yang santai tapi ada pengisian dan ilmu (belajar English).

Dengarnya, untuk musim baru ini, lebih ramai lagi selebriti yang terlibat. 
Tiz Zaqyah, Pak Nil, Aaron Aziz dan ramai lagi. Yeayyy, meriah!

Saya kongsikan beberapa visual OME dari Instagram mereka.
*mode: memanaskan 'enjin'
Klik sini untuk lebih banyak koleksi visual OME yang menarik!








Ok kawan-kawan, 
Ingat Allah selalu. Be kind. Be good. Always.
Enjoy your Sunday!


dari Instagram

Feb 18, 2013

Cerita hari Isnin (episod 2)


Salam,

Entri yang ringkas saja pagi ini. Update tentang aktiviti Abil malam tadi.
Semalam, semuanya mode bersiap sedia ke sekolah lepas cuti seminggu (sempena CNY).
Kakak siapkan saki baki homework dan kemas beg.
Zarif baca buku teks agama di sebelah saya.
Untuk Abil, aktiviti cut & paste.


Saya cari template cut & paste di google. Pilih saja mana berkenan.
Mula-mula, warnakan template. Kemudian, gunting dan tampal.
Fokus Abil 'lari' sedikit semasa menggunting.
Sepatutnya aktiviti ini boleh selesai dalam masa 15-20 minit saja.
Tapi, dengan Abil yang termenung sana sini, bangun berdiri sana sini, 
lebih kurang 30-35 minit juga baru siap. *haishh


Abil suka dan boleh menggunting dengan baik. Alhamdulillah, tak ada masalah.
Menyapu gam dan melekatkan gambar, pun ok.
Ada kanak-kanak yang agak 'geli' dengan gam di jari-jari mereka
(jika keterlaluan, ia mungkin petanda masalah sensori).

Hasilnya, lihat di bawah.
Ayam belanda (turkey) Abil. hehe

Nampak tak kesan-kesan comot pada kertas tu?
Abil terlalu teliti menyapu gam pada kertas, setiap inci kertas disapu gam.
Akhirnya, gam pun terpalit sana sini. huhu



Tips beraktiviti bersama anak ADHD/autisme:
-sesi yang pendek dan ringkas.
-lakukan aktiviti yang digemari, menggunakan kemahiran yang sudah dikuasai.
-elakkan memarahi jika mereka hilang tumpuan, gunakan pujukan dan beri pujian/ganjaran.

ok. nanti saya sambung cerita lagi :)



dari Instagram

Feb 15, 2013

Kisah si kucing & kak Dina

Dua hari lepas, kak Dina selamatkan seekor anak kucing. Umurnya mungkin sekitar 6-8 minggu. Waktu itu, baru masuk waktu maghrib, saya sedang sibuk di dapur dan terngiang-ngiang suara anak kucing mengiau. Saya cuba abaikan. Sangka saya mungkin itu anak kepada ibu kucing yang sarat bunting (yang selalu saya lihat di kawasan rumah) sudah lapar dan menunggu disusukan ibunya.

Diam-diam, rupanya kak Dina sudah keluar rumah dan mencari suara anak kucing tersebut. Beria-ia dia memanggil saya supaya membantunya. Setelah dipujuk berkali-kali, akhirnya saya mengalah.

Memang anak kucing itu sendirian. Ibunya tak tahu entah kemana. Adik-beradiknya pun tak kelihatan. Aduhaiii.

Oleh kerana hari dah gelap dan hujan renyai-renyai, saya terus arahkan kak Dina masukkan anak kucing tersebut ke dalam kotak. 24 jam yang pertama, tak banyak yang kami dapat lakukan. Anak kucing yang kami gelar 'tabby' ini, tak mahu makan atau minum. Dipegang pun tak mahu. Sangat susah nak menangkapnya, tabby sangat garang. Mungkin dia terlalu takut dan rasa insecure.

Saya give-up tapi kak Dina masih berusaha memujuk si tabby. Akhirnya, tabby berjaya 'dijinakkan'. Alhamdulillah.


Saya kagum tengok kak Dina berusaha menyelamatkan si tabby ni. Seperti pengalaman-pengalaman kami menyelamatkan anak kucing terbuang sebelum ini (kalau tak silap, ini kali ketiga), menjaga mereka seperti menjaga baby yang baru lahir. Kali ini, saya dan ayahnya membiarkan kak Dina buat semuanya sendiri 100%. Sejujurnya, kami masih 'trauma' dengan kehilangan anak-anak kucing comel ini walaupun selepas berhempas pulas berusaha menyelamatkan mereka. Anak-anak kucing yang baru lahir, sangat fragile. Peluang untuk mereka hidup (tanpa ibunya) agak tipis. Baca kisahnya di sini ---> Hari Sedih Sedunia (episod 3)








Comel :)

Saya harap tabby akan terus hidup sihat. Tak sanggup tengok kak Dina menangis lagi.
Harap-harap semuanya dipermudahkan.
Kawan-kawan tolong doakan ye!


dari google

Bila Zarif berkata-kata (episod 5)

Bila Zarif berkata-kata (episod 4)

"Ma, adik jumpa siput!"
Teruja betul Zarif semalam, gara-gara jumpa siput di laman rumah kami.
Seingat saya, ini pertama kali dia tengok siput secara live. haha


Habis dibeleknya siput tu. Saya minta kak Dina ambil garam dan letakkan pada siput tu. Mereka berdua sibuk perhatikan apa yang berlaku.
Of course la siput tu mati lepas kena garam kan?

"Ma, tak berdosa ke 'bunuh' siput?"
Tu dia..killer question ;p
"Siput kan makhluk perosak." Saya jawab sambil tersenyum.

Tak sampai seminit, Zarif jumpa dan ambil seekor lagi siput.
Kebetulan, seharian hujan semalam.
Lepas hujan, memang berduyun-duyun siput keluar agaknya.
Tengoklah tu (di bawah)...


Kali ini, bila saya arahkan supaya siput ini digaramkan, Zarif bantah.

"Tak payahla Ma, kesiannn.." katanya. hehehe
"Adik nak bela siput ni." sambungnya lagi.

"Habis la Ma, adik nak simpan makhluk perosak dalam rumah kita." kak Dina menyampuk.
hahahahaha Saya hanya mampu gelak saja.



"Ma, siput makan apa?" tanya Zarif.
"Daun." saya jawab.

Sekelip mata dia petik beberapa helai daun dan masukkan ke dalam balang kaca.
Atas arahan ayahnya, dia masukkan sedikit air.
Kemudian, ayahnya tutupkan dengan plastik yang ditebuk.
Seronok betul si Zarif dapat bela siput. hehe

Setiap 5-10 minit, dia jenguk cik siput dalam balang.
Pada kebanyakan masa, cik siput duduk bergulung dalam cangkerangnya.

"Ma, adik rasa siput ni rindukan keluarga dia la."
hahahahaha (saya gelak dalam hati)
"Oh ye? Habis tu, nak lepaskan ke?" saya tanya.
"Taklah, esok adik nak cari siput lagi."
hahahaha jadi 'penternak' siput la pulak ;p

Sekian, salam Jumaat! :)

Feb 8, 2013

Belajar Menulis


Membelek-belek majalah lama, saya terjumpa satu artikel menarik tentang bagaimana kanak-kanak belajar menulis. Alhamdulillah, anak-anak saya boleh menulis dengan baik, termasuk Abil. Kualiti tulisan mereka, of course masih perlu dan boleh diperbaiki lagi (terutamanya Zarif).

Kak Dina dan Zarif banyak belajar menulis di sekolah. Saya tak banyak campur tangan. Mereka pandai sendiri. Untuk Abil pula, saya melalui sendiri proses mengajar dan belajar menulis dengannya. Alhamdulillah, sokongan dari pusat terapi dan intervensi, selain tadika dan sekolah juga sangat membantu. Abil tidak terlalu bermasalah bab menulis. Dia suka menulis. Disuruh pegang pensel dan menulis, dia jarang-jarang membantah. Cuma, cabaran melatih Abil menulis ialah kemahirannya untuk fokus juga masalah koordinasi tangan dan mata. Nak tengok cerita tentang Abil menulis? Boleh baca di sini, sini dan sini.

Dalam proses mereka belajar, memang biasalah kalau dinding, lantai (termasuk sofa dan cadar) jadi mangsa contengan. Kebanyakannya masterpiece dari Abil.hehe

Ok. Saya kongsikan sedikit petikan artikel: Jom conteng! (sumber: majalah Pa&Ma, Julai 2011)

  • Perkembangan motor halus- Kanak-kanak berusia 3-5 tahun, mula  menulis atau sekadar menconteng pada kertas. Mereka mahu meniru orang dewasa menulis.
  • Rangsang anak-anak menulis dengan bahan yang sesuai. Mulakan dengan mengikut garisan putus-putus. Biarkan mereka lakukan sendiri secara perlahan-lahan. Tidak perlu dipaksa.
  • Daripada garisan putus-putus, beralih pula kepada bentuk geometri seperti lingkaran, segi tiga, segi empat dan bentuk-bentuk lain. Di peringkat awal, anda boleh membimbing sambil memegang tangan anak.Kemudian, galakkan anak untuk meniru sendiri.
  • Kemudian, tingkatkan kemahirannya dengan menggambarkan bentuk-bentuk yang ada di sekitarnya;meja, bola, telur, pintu dan sebagainya.
  • Latih anak selalu. Biarkan jarinya memegang pensel dengan betul sehingga dia dapat menconteng dengan selesa.
  • Sambil menulis, sambil bercakap/bercerita. Ini boleh merangsang minda dan mengasah kemahiran komunikasi.
  • Jika mengajar menulis abjad, mulakan dengan huruf kecil dahulu kerana ia lebih mudah difahami dan lebih senang digunakan.
  • Latih anak menulis mengikut minat dan keperluannya.Belajar menulis namanya sendiri, makanan atau minuman kegemaran, menulis/melukis karakter kartun/animasi kegemaran sudah tentu menarik perhatian anak-anak.
  • Belajar menulis dimana saja. Lakukan sambil bermain. Contohnya, gunakan ranting pokok untuk menulis di atas pasir/tanah/pantai atau gunakan jari yang dicat finger paint dan 'menulis' di atas kertas.
  • Jangan paksa anak menulis jika dia masih belum bersedia. Cuba cari taktik/strategi yang bersesuaian dan pujuk perlahan-lahan. Kemahiran halus tidak semestinya dilatih dengan pen/pensel/kertas semata-mata. Anda boleh latih anak-anak mengutip objek di lantai/meja, mengoyakkan kertas/tisu, merenyukkan kertas dan bermain playdoh untuk menguatkan otot-otot jari dan tangan.
  • Untuk pengetahuan anda, menulis melibatkan kemahiran motor halus iaitu pergerakan otot-otot kecil seperti jari dan mata. Aktiviti-aktiviti seperti merangkak, mengutip objek merupakan asas dan persediaan kepada kemahiran menulis.

Semoga bermanfaat. Take care & be safe!




dari facebook