Feb 26, 2013

Cerita 26 Februari (episod 2)

Cerita 26 Februari

Sekejap saja sudah 2013.
Cepat saja melangkah ke bulan Februari.
Anak bujang saya cukup 10 tahun hari ini.

Sehingga ke hari ini, sudah dua kali dia tiup lilin kek harijadinya.
Mungkin juga hari ini dia tiup lilin lagi semasa sambutan di sekolahnya.

Bukan agenda tiup lilin yang saya pentingkan.
Tetapi, mood ceria dan senyuman gembira
setiap kali kami nyanyikan lagu harijadi untuknya,
Itulah rezeki, itulah NIKMAT.
Alhamdulillah :)

Minggu lepas, saya dengar dia menyanyi perlahan di dalam kereta.
"Happy Birthday to me...happy birthday to me.."
Suaranya seakan berbisik-bisik tapi saya dengar. Jelas.
Saya senyum dan pada masa yang sama, sebak.

Kak Dina kata, Abil mengulang skrip dalam filem animasi Shrek.
Tak kisahla, kebetulan memang sudah hampir harijadinya.

Kelmarin, semasa sesi makan beramai-ramai, saya tanya Abil.
"Abil berapa tahun?" "Sembilan tahun", dia jawab.
haha Kami ketawa.
"Bukan..Abil dah sepuluh tahun." "Se-pu-luh." Saya beritahunya perlahan.
Dia ulang jawapan saya, "Sepuluh!"
Kami ketawa lagi.

Syukur. Sudah 10 tahun.
Semoga Abil terus sihat, happy dan terus maju lagi dan lagi. :)

Yang terbaik buatmu Nurhan Nabil, dunia dan akhirat. Amiin.



Semasa sambutan bersama keluarga di USJ.



Khusyuk berdoa :)



semasa sambutan Ahad lepas.



dari Instagram

3 comments:

puJie said...

selamat hari lahir abil...tahniah buat mamanya...Alhamdulillah..moga semua sihat dan ceria sentiasa

Anonymous said...

Assalamualaikum Syida,

Allah Ya Rabb. Permudahkanlah urusan Nurhan Nabil dunia dan akhirat.

Allah Ya Rahman. Perelokanlah pekerti Nurhan Nabil dunia dan akhirat.

Allah Ya Rahim. Cergaskanlah fizikal, jasmani, mental dan rohani Nurhan Nabil.

Allah Ya Allah. Hidupkan nya dengan iman, matikan nya dengan iman, bangkitkan nya dengan iman.

Allah Ya Allah. Rahmatilah keluarga ini.

Selamat Hari Lahir Abil.

Salam,
acik zue

syida said...

tk acik pujie dan acik zue.

Amiin atas segala Doa.

Rahmat Allah untuk anda berdua juga. Amiin :)