Feb 18, 2013

Cerita hari Isnin (episod 2)


Salam,

Entri yang ringkas saja pagi ini. Update tentang aktiviti Abil malam tadi.
Semalam, semuanya mode bersiap sedia ke sekolah lepas cuti seminggu (sempena CNY).
Kakak siapkan saki baki homework dan kemas beg.
Zarif baca buku teks agama di sebelah saya.
Untuk Abil, aktiviti cut & paste.


Saya cari template cut & paste di google. Pilih saja mana berkenan.
Mula-mula, warnakan template. Kemudian, gunting dan tampal.
Fokus Abil 'lari' sedikit semasa menggunting.
Sepatutnya aktiviti ini boleh selesai dalam masa 15-20 minit saja.
Tapi, dengan Abil yang termenung sana sini, bangun berdiri sana sini, 
lebih kurang 30-35 minit juga baru siap. *haishh


Abil suka dan boleh menggunting dengan baik. Alhamdulillah, tak ada masalah.
Menyapu gam dan melekatkan gambar, pun ok.
Ada kanak-kanak yang agak 'geli' dengan gam di jari-jari mereka
(jika keterlaluan, ia mungkin petanda masalah sensori).

Hasilnya, lihat di bawah.
Ayam belanda (turkey) Abil. hehe

Nampak tak kesan-kesan comot pada kertas tu?
Abil terlalu teliti menyapu gam pada kertas, setiap inci kertas disapu gam.
Akhirnya, gam pun terpalit sana sini. huhu



Tips beraktiviti bersama anak ADHD/autisme:
-sesi yang pendek dan ringkas.
-lakukan aktiviti yang digemari, menggunakan kemahiran yang sudah dikuasai.
-elakkan memarahi jika mereka hilang tumpuan, gunakan pujukan dan beri pujian/ganjaran.

ok. nanti saya sambung cerita lagi :)



dari Instagram

3 comments:

SUwithlove said...

u r a SUPERmom!

syida said...

thx dear..the truth is, i am still struggling ..trying my best, insyaAllah :)

airis aries said...

Salam..itu lah hati seorang ibu..SUPERMOM.