Feb 7, 2013

Kisah si Nurhan (episod 4)


Sejak kelmarin, Zarif sibuk minta saya tolong dia buat topeng di rumah. Alkisahnya, dia belajar buat topeng di sekolah (gambar di atas). Seronok sangat agaknya buat di sekolah, nak sambung lagi di rumah.

"Ma, bila kita nak buat mask?"
"Ma, adik nak buat mask sekarang."
"Ma, adik nak buat mask lagi la.."

Setiap kali dia 'mengecek', setiap kali itulah saya tolak permintaannya. Bukan apa, saya minta dia siapkan kerja sekolahnya dulu. Bila dia sudah selesai, saya pula sibuk dengan urusan saya. Kadang-kadang dah lebih pukul 9 malam pun, dia sibuk nak buat topeng. Saya tak suka anak-anak tidur lewat sangat. Pukul 9.30-10.00 malam adalah curfew untuk anak-anak saya. Kalau tidak, nanti esok pagi liat nak bangun.

Pagi ini, saya terus google 'printable mask template' untuk Zarif. Hasilnya, saya jumpa banyak template menarik. Saya pilih gambar-gambar topeng dari sini ---> firstpalette.com


Spiderman. Mesti Zarif suka! :)







Ok. Maknya over-excited dan print sampai 3-4 keping. hehe
Takpelah kan, boleh bagi kak Dina dan Abil join the fun.

Tak sabar nak tunjuk Zarif semua template ni.
Biar dia buat topeng sampai lebam. haha

dari google


No comments: