Mar 13, 2013

Kisah rambut silver

"Wahh, ayah ada rambut silver!" Zarif separuh menjerit.

Huh? Rambut silver? Saya menjengah kepala suami saya.

"Oooo, uban rupanya. hehehe" Saya sentuh 'rambut silver' suami saya sambil tersengih-sengih.

FYI, suami saya ni memang dah ada beberapa helai rambut silver sejak dari tahun lepas. Umurnya baru pertengahan 30-an (and yes, kami sebaya). Walaupun sudah mula ada rambut silver, ramai masih menyangka dia 'bujang' awal 20-an. *grrr, sabo jelah*

Semalam, berbual-bual tentang rambut silver dan hari ulangtahun kelahiran ayah saya yang ke-66 esok, kami sama-sama 'tersedar' betapa cepatnya masa berlalu. Time flies!

"Once upon a time, I was 17 years old!" Saya beritahu suami sambil ketawa. Sekarang, sudah menginjak 36 tahun. Hmmm...

Makin umur bertambah, makin dekat dengan kematian. *muhasabah*

Kemudian, kami lihat anak-anak seorang demi seorang. "Dah besar dah budak-budak ni, bukan budak kenit lagi. hahaha" Kami ketawa lagi.

Dulu, masa anak-anak kecil berderet-deret, tak sabar nak tunggu dorang membesar. Sekarang, semua dah kurus panjang, rindu pulak pada budak-budak kenit bam-bam yang comel-comel dulu. huhuhu

Kemudian, kami terkenang pula pada mak ayah masing-masing. Usia mereka sudah mencecah angka 60-an semuanya. Sudah tua. Rasa sedih. Rasa kagum. Rasa BERSYUKUR.

Oh! rambut silver. Terima kasih atas peringatan. Syukur Ya Allah untuk semua kenangan.




Kongsi video: Suatu waktu dahulu, waktu Zarif baru belajar berlari :))))

Salam Rabu. Take care!




dari facebook

2 comments:

FrauMustaffa said...

alahai comelnya jar!!!skrg dah besar dah..tetiba sebak plak..haha :D

syahida said...

mmg comel..tu blum tgk vid kak dina & abil. pun comel gak..anak2 aku dah besar.huwaaa