Mar 8, 2013

Oh! Jumaat (episod 2)

Oh! Jumaat

Pagi ini, di dalam kereta..

Saya: Hari ni hari apa, Abil?
Abil: (diam untuk beberapa saat, kemudian menjawab perlahan-lahan) Hari Selasa..

Saya: Haishhh! (sambil tergelak kecil) hari Ju-ma-at..(saya sebut satu persatu). Hari apa?
Abil: Hari Jumaat.. (mengulang jawapan saya)

Abil cukup 'berkenan' dengan hari Selasa. Tak kiralah hari apa pun soalan ditanya, biasanya dia akan menjawab "Selasa'. Entah kenapa. Mungkin waktu pertama kali saya mengajarnya menjawab soalan tersebut, harinya adalah hari Selasa. Abil biasanya sangat ingat first lesson-nya.

Begitulah kami hampir setiap pagi di dalam kereta, dalam perjalanan ke sekolah. Soalan-soalan mudah seperti "Abil nak pergi mana?", "Abil pakai baju warna apa?", "Abil makan apa?" akan ditanya setiap hari untuk merangsang dan melatih Abil berkomunikasi. Pada kebanyakan masa, saya harus memberinya jawapan juga sebelum akhirnya dia pandai menjawab sendiri.

Sekarang, apabila ditanya "Abil nak pergi mana?" Pantas saja dia menjawab, "Nak pergi sekolah!" Intonasinya saja bertanda seruan (!) tapi suaranya perlahan saja, cukup untuk saya seorang mendengar di dalam kereta. Setiap kali Abil menjawab, saya senyum. Penuh makna. Alhamdulillah..

Mengajar Abil tentang konsep hari, bulan, tarikh dan kalendar, bukan senang. Ini kerana perkara-perkara ini bukanlah individu, haiwan, objek, benda atau perbuatan yang boleh dipegang, dibelek, ditunjuk dan didemonstrasikan.

Jadi, setiap hari memang berulang-ulang kami menunjukkan kalendar dan juga carta hari (dalam seminggu) untuk membantu Abil faham. Dia perlu tahu bahawa masa berlalu, hari dan tarikh berubah. 

Saya kongsikan sedikit ulangkaji yang Abil buat tempoh hari. Tak perlu pen dan pensil. Saya hanya gunakan kertas stiker berwarna.







Memadankan hari dalam seminggu (Bahasa Melayu-English).
Minimum guidance. 



Kemudian, menyusun bulan-bulan dalam kalendar.
Juga perlu dibantu sedikit.
90% Abil buat sendiri.




Dah siap!

Ok. Habis cerita.
Bersambung lagi nanti, insyaAllah :)

Salam Jumaat. Happy weekend!


Autism. Different, NOT less.
dari Instagram

2 comments:

Amri dan Aishah said...

Saya suka baca tentang prestasi Abil.

*ada sayu sedikit dalam hati*
*tears*

syida said...

Aishah, baca komen awak ni buat akak rasa sebak juga..

Sama2lah kita doakan Abil terus progress lagi dan lagi ye..Amiin