Apr 10, 2013

April datang lagi!


April. Bulan Kesedaran Autisme.

Autisme adalah masalah kecelaruan saraf otak yang kompleks.
Ia tidak boleh dikesan melalui kelainan fizikal,
sebaliknya dilihat melalui kelainan tingkahlaku.
Semakin awal dikesan, semakin tinggi peluang untuk 'dirawat'.

Saya kerap bercerita tentang autisme.
Sehingga hari ini, ada 285 entri tentang autisme.
Klik sini untuk BACA.
Tak baca semua, baca sikit-sikit pun jadilah :)
Agak sukar mendapatkan diagnosis Autisme.
Bila baca simptom-simptomnya, kadang-kadang rasa macam ya, rasa macam bukan.
Sebab tu kena ada ilmu, kena ada awareness. Ya, kesedaran.
Tak tahu banyak, tahu yang asas pun jadilah :)


Perkembangan seorang kanak-kanak (individu) autisme memerlukan SOKONGAN
setiap ahli masyarakat.

Ibubapa paling utama, diikuti keluarga/para guru dan therapist.

You are none of these?

Tak apa, ambil tahu juga. Tak rugi.

Info yang anda tahu tentang autisme (banyak atau sikit) boleh membantu anda/orang lain suatu hari nanti.







Klik pada logo AUTISME MALAYSIA di atas untuk info lanjut tentang autisme & perkara berkaitan.




Oh ya, warna BIRU adalah warna tema bulan kesedaran Autisme.
Saya nak kumpulkan baju-baju biru dan pakai selalu sepanjang bulan April ini, insyaAllah :)
Jom berbaju biru tanda sokongan!


**kredit: google (untuk semua visual)


4 comments:

Amri dan Aishah said...

saya kenal perkataan autisme dari blog kak syahida ini =)

syida said...

aishah, tk banyak atas sokongan. Teruskan membaca warkah ye :)

Anonymous said...

salam sis, ini adalah pertama kali saya baca blog sis, secara kebetulan saya tgh search tentang khasiat omega 3 untuk anak austis, sy jugak ada seorang anak austism berusia 6 taun.. sejujurnya saya kdg2 give up dlm membimbing anak istimewa hadiah dari Allah, dan sampai saya jadi tegar membiarkan dia khayal dlm 'dunia' nya sendiri.. jujurnya sis, sy tade pengetahuan khusus mnjaga anak autisme ini.. dan kurg dpt sokongan dari org lain.. tapi sy gagahkan diri cari penyelesaian utk dia jalani hidup yg normal mcm anak2 lain. terima kasih sis, byk semangat baru, kaedah baru yg sy jumpa dlm blog sis.. terima kasih juga menyedarkan saya tngungjawab sy menjaga amanah Allah yg istimewa ini.. :) semoga sis sekeluarga di rahmati selalu. salam. :)

syida said...

salam,

jgn putus asa melatih anak autism anda (maaf x tau nama). Jangan jemu berusaha dan berdoa. InsyaAllah, semuanya akan berhasil juga nanti :)