Apr 5, 2013

Autisme: Tahukah Anda? (episod 2)



kredit foto: facebook



Dalam entri yang lepas, saya bercerita tentang ciri-ciri Autisme; Benci perubahan.
Hari ini, saya nak ulas sedikit tentang
karakter Autisme; Hanya menyertai kumpulan jika dibantu.
(rujuk visual di bawah)



foto dari Kalendar usahasama Guardian (M) dan Nasom.


Individu autisme (khususnya kanak-kanak) sangat memerlukan 'bantuan' untuk bersosial dan bercampur gaul dengan orang lain. Bersosial dan berkomunikasi adalah kelemahan ketara bagi mereka, apatah lagi jika mereka mempunyai kemampuan verbal (kebolehan bercakap) yang agak terhad.

Di sinilah masyarakat dan orang-orang di sekeliling, memainkan peranan. Bayangkan, tanpa ilmu dan kesedaran tentang autisme, anda (termasuklah saya) akan dengan cepat dan senangnya menganggap bahawa mereka (individu autisme) ini sebagai 'sombong' atau 'anti-sosial'.

Hakikatnya, mereka juga ada keinginan untuk berkawan dan berada di dalam kelompok rakan-rakan sebaya.  Cuma, mereka tidak pandai 'membaca' memek muka, tidak berupaya memberikan eye contact dan kebanyakannya mempunyai masalah memahami 'bahasa badan' orang lain. Mereka juga tidak tahu bagaimana dan apa yang perlu dilakukan ketika bersama kelompok individu lain. Oleh itu, mereka biasanya lebih suka menyendiri.

FYI, individu Autisme memerlukan bimbingan dari A-Z tentang cara-cara bergaul dan berada bersama individu lain, walaupun sekadar bermain, berjabat tangan, memberi salam atau bertanya khabar.

Dengan latihan dan pendedahan yang berterusan, kekurangan ini boleh diatasi, insyaAllah. Mereka biasanya memerlukan MASA dan PELUANG. Tugas kita adalah memberikan mereka kedua-dua aspek berkenaan supaya mereka tidak merasa rendah diri dan tersisih.

Pengalaman saya dan Abil:  Di sekolah/di rumah atau ketika menziarah keluarga/saudara mara, memang biasanya Abil lebih suka menyendiri.  Saya selalu 'kerah' kak Dina dan Zarif untuk ajak Abil bermain atau sekurang-kurangnya duduk sama-sama, walaupun masing-masing buat aktiviti yang berlainan. (Tengok Abil bersosial dengan kakak dan adik di sini, sini dan sini.)

Untuk aktiviti di sekolah pula, memang selalunya cikgu-cikgu kena 'tarik' Abil untuk ambil bahagian. Kalau tunggu inisiatifnya sendiri, idok le jawabnya. hehe

Bab bersosial dan berkomunikasi masih satu cabaran untuk Abil. Kami sedang sama-sama cuba untuk membantu Abil memperbaiki aspek ini, insyaAllah. Doakan Abil ye!


Sekejap je dah Jumaat kan? Happy Weekend & Take Care!

psst, jangan lupa tengok video menarik tentang Autisme di MHI tv3 (2/4/13 yang lepas): KLIK 
http://www.youtube.com/watch?v=PBywoRXN2KI


dari facebook

No comments: