Apr 11, 2013

Cerita Adam Zahra


Cerita Adam Zahra.
Kak Dina pinjam buku ini dari library sekolahnya.
"Ma, buku ni ada cerita pasal Autisme tau.." kak Dina beritahu saya tempoh hari.
Lantas saya pun belek-belek dan baca. Tapi belum habis.



Kisah tentang autisme hanya lebih kurang 2-3 halaman saja. Ceritanya tentang Adam Zahra (seorang remaja perempuan) yang berkawan dengan Ari di kampung ibu saudaranya. Shahrul, adik Ari, adalah seorang kanak-kanak autisme yang sukakan ikan laga.  Ari tidak pernah menyebut tentang adiknya kepada Adam Zahra. Ciri-ciri autisme Shahrul yang tidak menyahut panggilan dan tidak menjawab sapaan dan pertanyaan Adam Zahra ketika berkunjung ke rumah Ari, memberikan satu pengalaman baru (tentang Autisme) kepada Adam Zahra.

Di mukasurat terakhir buku ini, diselitkan pengenalan ringkas tentang Autisme. Hanya satu yang saya kurang bersetuju, perkataan 'penyakit' yang digunakan. Untuk pengetahuan anda, Autisme bukanlah satu penyakit. Ia adalah satu 'keadaan' dimana individu yang berkenaan mengalami kecelaruan saraf otak.  Antara cabaran utama individu autisme ialah masalah komunikasi, sosial dan emosi. Bak kata orang putih, it is a condition, NOT a disease.



Walaupun autisme hanya disebut secara sepintas lalu dan sekadar penerangan ringkas, syabas saya ucapkan kepada penulisnya, Iqa Ashman dan penerbit, Fajar Pakeer atas usaha murni ini.


Take care!


dari facebook

No comments: