May 18, 2013

Kisah seorang hobbit (bersambung)

Well, kali ni kisah tiga orang hobbit. hehe

Gambar-gambar di bawah semasa anak-anak 'berjimba' sempena birthday Zarif.
Priceless :)))




Lihat bagaimana Abil, gambar atas-paling kanan, gambar bawah-paling kiri, cuba untuk pose sepertimana kakak dan adik. Anda boleh lihat yang dia betul-betul sedang 'mencuba' :)

Eye contact, posing for the camera, comes naturally for the typical children, for children with autism, it may be a struggle.
So, apa birthday treat untuk Zarif?

Kami ke M-suites, JB.
Dekat saja dengan rumah tapi ada 'sesuatu' yang menyebabkan saya memilih lokasi ini.

Full story? 
Bersambung minggu depan, insyaAllah :)




imej google

Jangan lupa singgah-singgah baca lagi! 


dari Instagram



May 17, 2013

Imam Muda Zarif


Bukan Imam Muda Asyraf, Hassan atau Jabar, tapi Imam Muda Zarif. hehe

Alhamdulillah. Sudah pun Jumaat. Tak sabar nak tunggu Jumaat (25/5) sebenarnya. Kenapa? sebab Jumaat depan, cuti sekolah dah pun bermula. *rasa nak fast forward je.hehe*

So, apa cerita Imam Muda saya ni?

Alkisahnya, setiap hari Jumaat, dia akan mengeluh sebab 'wajib' ke masjid untuk solat Jumaat. Setiap kali dia mengeluh, saya akan tanya, apa agaknya yang 'berat' sangat baginya untuk ke masjid tu? Daripada perbualan kami, fahamlah saya yang dia rasa mendengar khutbah itu agak 'berat' baginya. 

"Ngantukkkk.." itulah jawapan Zarif bila saya tanya kenapa tak suka dengar khutbah. haha

Alkisahnya juga, setiap kali khutbah Jumaat, Imam Muda kenit ni akan terlentok dan tersengguk-sengguk hingga akhirnya dia terbaring di atas tikar sejadah atau tersandar di dinding sebab terlalu mengantuk (sumber: ayahnya) hehe

Solat Jumaat tak jadi masalah untuk Zarif. Dia juga teruja ke masjid setiap Jumaat sebab seronok dapat masukkan duit sedekah (yang dibekalkan) ke dalam tabung masjid.  Satu saja cabaran untuk Zarif    ->khutbah.

Anyway, Jumaat tetap Jumaat. Pergi ke masjid tetap pergi.  Dalam mengeluh, Zarif pergi juga solat Jumaat dengan ayahnya. Alhamdulillah. Alah bisa tegal biasa, insyaAllah.

Selalu juga saya ditanya soalan ini;

Zarif: Ma, kenapa abang tak payah pergi masjid hari Jumaat, macam adik?
Saya: Kalau boleh mak pun nak abang pergi masjid solat Jumaat. Tapi mak rasa abang belum ready.
Zarif: Kenapa?
Saya: Abang kan 'special'. Solat Jumaat tu mak rasa abang ok, tak ada masalah. Tapi kena dengar khutbah tu mak risau sikit.

FYI, Abil pernah ke masjid beberapa kali sebelum ini, juga ada pengalaman solat berjemaah di Masjid, cuma ia bukan ketika solat Jumaat. Pada kebanyakan masa, kami bawa Abil ke masjid waktu off-peak.

Seterusnya,
Zarif: Ooo..mak risau sebab abang kena duduk lama-lama dengar imam tu bercakap ye mak? Takut nanti abang 'mengamuk' sebab ramai orang, tak selesa, panas.. takut abang tak duduk diam sebab boring..ye mak?
Saya: (tersenyum) Ha-ah..betul la tu...pandai pun adik..
Zarif: (Diam. Mungkin sedang cuba untuk 'digest' statement-nya sendiri.)

Saya tahu, Zarif adalah seorang anak tipikal yang sedang berusaha memahami keperluan abangnya. Kak Dina sudah lebih dulu melalui pengalaman yang sama dan masih lagi melalui proses itu.

Dia diwajibkan ke masjid setiap Jumaat, sedangkan abangnya hanya solat zuhur di rumah. Dah tentulah ada sikit elemen 'tak puas hati' kan? But at least, dia bertanya pada saya dan tidak diam-diam buat assumption sendiri. Alhamdulillah.

Ya, buat masa ini saya rasakan Abil masih belum betul-betul bersedia untuk solat Jumaat di masjid. Belum lagi. One fine day, insyaAllah! 



Sekian.

Selamat berhujung minggu!



imej google

May 16, 2013

Terima Kasih Cikgu!

Khamis. 16 Mei.
Gembira!

Syukur Alhamdulillah. Berjumpa lagi dengan Khamis. Esok dah Jumaat. Suka!

Ada apa dengan Khamis, 16 Mei? 
Hari menghargai jasa guru-guru kita, yang rasmi dan 'tak rasmi'. hehe

Saya teringat pada perbualan saya dengan Zarif kelmarin...

Zarif: Ma, tadi kat sekolah cikgu panggil kitorang 'anak-anak' dalam kelas..
Saya: Oh ya? cikgu cakap macamana?
Zarif: Cikgu kata, 'anak-anak cikgu'..kenapa cikgu panggil anak-anak, cikgu tu bukan orang yang beranakkan adik.. (dengan muka hairan. haha)
Saya: (Tergelak besar) hahahahaha... Memang la dia tak beranakkan adik. Yang mengandung, lahirkan adik ialah mak.
Zarif: Habis tu? Boleh ke?
Saya: Boleh laa..apa salahnya..Bagus la kalau cikgu tu panggil adik anak-anak. Anak murid dia kan? macam anak sendiri jugak lah (tersenyum).
Zarif: Ooooo anak murid. Baru adik faham (muka puas hati.hehe)

Sekian.

Terima Kasih cikgu.

Selamat Hari Guru!

imej google

Megakidz Yeayy! (episod 2)

Yaaa ampun, saya berjanji untuk kongsi cerita ke Megakidz sejak weekend lepas.
Hanya hari ini berjaya buat entri. sigh

Janji dicapati. haha

Anyway, better late than never, right?

Here goes.



Kami ke Megakidz Funland & Edutainment, Mid Valley 
lebih kurang 2 minggu lepas.
Maryam  (kakak kenit baju merah yang comel dalam gambar) dan mamanya follow sekali.

Kami sampai. Bayar di entrance.
Kemudian, setiap anak-anak yang masuk diberi stiker nama.




Ibu bapa/penjaga pula (maks. dua orang setiap kanak-kanak) masuk percuma 
dan diberi 'gelang kertas' yang cantik.  (abaikan model di belakang tu ye. hehe)
Anak-anak yang masuk pun kena pakai gelang juga.

Selain itu, jangan lupa bawa stokin 
dan pakai sepanjang masa berada di dalam kawasan bermain.
Peraturan yang sama macam di Kizsports & Gym.

Play area yang agak luas dan cantik.




Paling penting, ada slide! hehe


Yang ini, slide setinggi lebih kurang bangunan 3-4 tingkat. Fuhh..



Abil memang suka sangattttlah :)



Zarif: Oh! peningggnyaa...
hehe



Ada bouncing inflatable juga untuk sesi melompat sakan.
Yang peliknya, sebaik sampai, bila disuruh melompat, Abil duduk diam saja. 
Tak macam biasa.

Akhirnya, saya ajak semua anak-anak makan dulu di kafetaria Megakidz.
Ya, ada kafe. Tapi hanya jual light meal & snacks saja.
Oh ya, tandas juga ada di sini.



Selepas beberapa dos mash potato, fries dan nuggets, mereka main semula.
Baru nampak Abil cergas dan melompat macam biasa.hehe
Kena 'isi minyak' dulu rupanya. 



Maryam yang 'malu-malu kucing' nak join kak Dina melompat.
Dia teruja tengok kak Dina, tapi sekadar melompat di lantai. adoyaii :p

Ada tempat mainan khusus untuk kanak-kanak 2 tahun ke bawah 
tapi hanya lebih kurang 5-10% dari keluasan seluruh kawasan Megakidz.

Kesimpulannya, Megakidz lebih berbaloi untuk kanak-kanak 4-5 tahun ke atas.
*pendapat peribadi*

Berlari, melompat, memanjat, merangkak, melungsur.
Pakej lengkap senaman otak. hehe





Anak-anak sakan bermain selama lebih kurang 2 jam. Berpeluh-peluh.


Oh ya, ini info harga semasa sesi lawatan kami (di bawah).
Untuk info lanjut, boleh jenguk di fb Megakidz Funland & Edutainment.


Sebelum balik, kami singgah Daiso. hehe




So, berapa bintang untuk Megakidz Funland?
Saya bagi 3/5 :)))

Salam Khamis!

May 10, 2013

Kisah seorang hobbit

Kelmarin,

Zarif: Ma, adik nak mengundi esok...
Saya: Huh? (terkejut)
Zarif: adik nak mengundilah..
Saya: Bila? esok? Mana boleh, hari mengundi dah lepas dah..lagi 5 tahun baru ada pilihanraya lagi sekali (sambil senyum)
Zarif: Oooo..
Saya: Kenapa adik nak sibuk-sibuk nak mengundi ni?
Zarif: Saja je.adik nak tau seronok ke tak..
Saya: (Dalam hati: kena tempias demam pru13 juga rupanya anak saya sorang ni. hehe)

Saya: Adik kecik lagi, tunggu umur adik 21 tahun baru boleh mengundi..
Zarif: Wahhh lamanya (sambil dia 'kalut' mengira berapa tahun lagi umurnya akan cukup 21 tahun. haha)
Ini komen pasca PRU 13, belum cerita soalan-soalan dan komen-komen bijak daripada zarif dan kak dina sebelum pilihanraya berlangsung. Apa pun, saya cuba jawab setiap soalan dan komen se-positif mungkin. Tanpa buruk sangka. Tanpa prejudis. Akal, fikiran dan hati anak-anak terlalu bersih, sayang kalau kita 'kotori' dengan perkara-perkara negatif, kan?

Oh ya, esok (11/5) harijadi Nurhan Zarif  Saya dan ayahnya sudah ada suprise untuk dia, kakak dan Abil. Well, takdelah suprise sangatttt sebenarnya. Nak tahu? Tunggu minggu depan eh :)




imej google 


One of my favourite picture of Zarif :)




Dia selalu tanya saya,

Zarif: Ma, kenapa gambar adik tak banyak dalam album? Banyak gambar kakak dengan abang je..(dengan muka sedih)
Saya: Alaaa..zaman adik lahir, mak ayah dah pakai kamera digital. Gambarnya banyak cuma tak rajin nak hantar kedai gambar untuk cuci dan masuk dalam album. Sori eh..ada masa nanti mak buat.

Well, a mother may not always have her children's picture in the album or her purse but believe me, she always cherish them in her prayers and her heart. 

Dearest mak/ibu/mama/mami/ummi (all over the world) ---> Happy Mothers' Day!

*Zarif suka search namanya sendiri di google. Kemudian, dia akan sengih-sengih senyum kambing baca  blog saya sorang-sorang. hehe
**Zarif, if u found this page, everyone loves you adik!
Sekian, salam Jumaat! 

May 8, 2013

Megakidz Yeayy!

dari google

Alhamdulillah. Sudah Rabu :)
Saya teringin sekali nak update tentang outing anak-anak ke
Megakidz Funland & Edutainment.

Entri esok?
Lusa, insyaAllah.
Paling lewat pun, weekend ini ya.
Stay tuned!


Yang terbaik untuk anda hari ini, esok dan hari-hari seterusnya. Amiin!

Happy Wednesday!


May 7, 2013

Kisah adik beradik

Semalam, di suatu petang yang indah (eceh),

Zarif: Ma, dulu-dulu ma ada berapa orang adik beradik?
Saya: Dulu?? Sampai sekarang ma ada 6 orang adik beradik..(sambil tersenyum)
Zarif: Enam?! (dengan nada separuh menjerit)
Saya: (Tercengang dan hairan kerana Zarif terkejut. Dia selalu jumpa pakcik makciknya yang seramai 5 orang lagi itu, mungkin dia tak pernah kira haha).

Zarif: Ramainya! (dengan muka excited + terkejut)
Saya: Ye la ramai. 6 orang. Ada orang lain lagi ramai adik beradik dia..
Zarif: Best-nya! (masih muka terkejut)
Saya: a-ah..memang best. hehe (sambil senyum sengih)

Tiba-tiba kak Dina menyampuk,

Dina: Habis tu ramai-ramai semua tidur dengan MakTuk ke?
Saya: Haishhh! mana muat semua nak tidur dengan MakTuk. Mak tido dengan mokde, makcik... (tak sempat saya habiskan ayat)
Dina: Best-nya! Boleh borak-borak..
Saya: Ye...boleh borak-borak..kadang-kadang sampai pagi. hehe (sambil terkenang zaman kecik-kecik dulu)
Dina: Mak, mokde dengan makcik memang kuat borak...cerita tak pernah habis!

Saya hanya tersenyum. Memang betul pun apa yang kak dina cakap tu. Kami 3 beradik perempuan memang tak pernah 'kering' cerita. Dengan adik beradik lelaki saya yang lain pun, saya rapat juga. Cuma, dengan adik-adik perempuan, bonding-nya lebih sikit. hehe


Zarif: Adik pun nak enam!
Saya: hahaha

Saya hanya gelak saja bila mendengar permintaan Zarif. As of now, saya wajib bersyukur dengan tiga yang ada. Kalau Allah nak beri lebih, saya terima dengan hati sekembang bunga rafflesia! haha

I don't have six children. But at least, I already have three. Alhamdulillah :)))





Conversation saya dan anak-anak tidak habis di sini. Kalau nak taip semua, tak cukup 10 entri haha. Ini baru berbual dengan kak Dina dan Zarif. Kalau Abil pun pandai berbual, sure 'gempak'.haha

Ok. see you later! 




dari facebook

May 2, 2013

Sambil Belajar, Sambil Gelak :D


imej google


Saya mengajar tuisyen English dan Matematik untuk pelajar sekolah rendah. Tahun ini, saya hanya ambil dua murid sahaja. Less income, less stress, more focus for my own children (insyaAllah).

Walaupun hanya dua orang murid, kelas saya sentiasa meriah. Campur tolak anak-anak saya sendiri, anak murid saya sejumlah 5 orang semuanya. I'm a happy teacher. hehe

Kelas saya santai-santai sahaja. Tapi itu tak bermakna mereka boleh belajar sambil bermain. Of course not. Santai-santai bermaksud, saya dan anak murid saya sama-sama fleksibel. Serius belajar tapi fleksibel. 

ok. Dalam kelas yang lalu, semasa membuat soalan pemahaman English;

Saya: Ok, what is the meaning of 'butcher'?
Murid M: tukang gunting rambut teacher!
Saya: Hah?! saya tersenyum kelat (menahan gelak dalam hati hehe) 

Soalan seterusnya;;;

Saya: Do you what 'down to earth' means?
Murid M: Yes teacher, jatuh ke bumi!
Saya: Haha (tak mampu tahan gelak lagi)

Gelak-gelak juga, tapi tidaklah sampai mematahkan semangat anak murid saya untuk menjawab. Gelak geli hati, bukan gelak mengejek. Yang best-nya, bila saya gelak, anak-anak murid gelak sekali haha. Dah puas gelak, harus la saya bagitahu jawapan. hehe

Oh ya, nak tahu makna perkataan atau frasa di atas, klik sini ---> thefreedictionary.com
Nak tahu cara menyebut perkataan (English pronounciation) ---> howjsay.com


Salam Khamis :)


dari Instagram

Say Alhamdulillah always.

May 1, 2013

Simpan buat Kenangan

Seminggu tak bersiaran.

Sedar-sedar, April habis sudaa.
Hari ini 1 Mei.
C.u.t.i!

Saja nak kongsi, semalam saya mengemas bilik, terjumpa set flash cards Abil.
Saya tengok satu persatu. Mulanya saya macam nak get rid kad-kad ni.
Tapi saya belek lagi dan lagi.

Kadnya masih elok, walaupun ada yang hampir 'lunyai'.
Cuma, ia penuh contengan dan lakaran. Scribble sana sini.
Semuanya hasil tangan Abil.

(flashback)
Dulu, Abil selalu duduk membelek kad-kad ini berjam-jam.
Sambil belek, sambil menyebut huruf dan perkataan sorang-sorang.
Sambil dia menconteng dan melukis sesuka hati dengan sebatang pen di tangan. 

Hmm, kad ini sudah sekurang-kurangnya 5 tahun dalam simpanan saya.
Tahun ini, Abil sudah 10 tahun. 
Kad-kad ini menjadi 'mainan'nya semasa berumur 3-4 tahun.
Dengan kad-kad ini, dia belajar kenal huruf dan perkataan.
Waktu itu juga, dia belajar menyebut perkataannya yang pertama.
Belajar pegang pen/pensil, belajar conteng, belajar tulis.

Sentimental. haha
Buang? Of course NOT!
Saya senyum dan simpan semula di tempatnya.
10 tahun lagi, kad-kad ini akan saya belek lagi dan lagi, 
sambil teringat, sambil senyum-senyum :))





Tiba-tiba dengar suara kak Dina,
Dina: Ma, kan best kalau setiap Rabu kita cuti?
Saya: A ah..memang best. Tunggulah nanti mak jadi Perdana Menteri (konon).
hahahaha

**Selamat Mengundi 5/5 ini! hehe


dari facebook


Be positive. Be thankful. Be happy!