May 17, 2013

Imam Muda Zarif


Bukan Imam Muda Asyraf, Hassan atau Jabar, tapi Imam Muda Zarif. hehe

Alhamdulillah. Sudah pun Jumaat. Tak sabar nak tunggu Jumaat (25/5) sebenarnya. Kenapa? sebab Jumaat depan, cuti sekolah dah pun bermula. *rasa nak fast forward je.hehe*

So, apa cerita Imam Muda saya ni?

Alkisahnya, setiap hari Jumaat, dia akan mengeluh sebab 'wajib' ke masjid untuk solat Jumaat. Setiap kali dia mengeluh, saya akan tanya, apa agaknya yang 'berat' sangat baginya untuk ke masjid tu? Daripada perbualan kami, fahamlah saya yang dia rasa mendengar khutbah itu agak 'berat' baginya. 

"Ngantukkkk.." itulah jawapan Zarif bila saya tanya kenapa tak suka dengar khutbah. haha

Alkisahnya juga, setiap kali khutbah Jumaat, Imam Muda kenit ni akan terlentok dan tersengguk-sengguk hingga akhirnya dia terbaring di atas tikar sejadah atau tersandar di dinding sebab terlalu mengantuk (sumber: ayahnya) hehe

Solat Jumaat tak jadi masalah untuk Zarif. Dia juga teruja ke masjid setiap Jumaat sebab seronok dapat masukkan duit sedekah (yang dibekalkan) ke dalam tabung masjid.  Satu saja cabaran untuk Zarif    ->khutbah.

Anyway, Jumaat tetap Jumaat. Pergi ke masjid tetap pergi.  Dalam mengeluh, Zarif pergi juga solat Jumaat dengan ayahnya. Alhamdulillah. Alah bisa tegal biasa, insyaAllah.

Selalu juga saya ditanya soalan ini;

Zarif: Ma, kenapa abang tak payah pergi masjid hari Jumaat, macam adik?
Saya: Kalau boleh mak pun nak abang pergi masjid solat Jumaat. Tapi mak rasa abang belum ready.
Zarif: Kenapa?
Saya: Abang kan 'special'. Solat Jumaat tu mak rasa abang ok, tak ada masalah. Tapi kena dengar khutbah tu mak risau sikit.

FYI, Abil pernah ke masjid beberapa kali sebelum ini, juga ada pengalaman solat berjemaah di Masjid, cuma ia bukan ketika solat Jumaat. Pada kebanyakan masa, kami bawa Abil ke masjid waktu off-peak.

Seterusnya,
Zarif: Ooo..mak risau sebab abang kena duduk lama-lama dengar imam tu bercakap ye mak? Takut nanti abang 'mengamuk' sebab ramai orang, tak selesa, panas.. takut abang tak duduk diam sebab boring..ye mak?
Saya: (tersenyum) Ha-ah..betul la tu...pandai pun adik..
Zarif: (Diam. Mungkin sedang cuba untuk 'digest' statement-nya sendiri.)

Saya tahu, Zarif adalah seorang anak tipikal yang sedang berusaha memahami keperluan abangnya. Kak Dina sudah lebih dulu melalui pengalaman yang sama dan masih lagi melalui proses itu.

Dia diwajibkan ke masjid setiap Jumaat, sedangkan abangnya hanya solat zuhur di rumah. Dah tentulah ada sikit elemen 'tak puas hati' kan? But at least, dia bertanya pada saya dan tidak diam-diam buat assumption sendiri. Alhamdulillah.

Ya, buat masa ini saya rasakan Abil masih belum betul-betul bersedia untuk solat Jumaat di masjid. Belum lagi. One fine day, insyaAllah! 



Sekian.

Selamat berhujung minggu!



imej google

No comments: