Jul 30, 2013

Berjimba petang Ramadhan


Flashback. 19 Ramadhan.
Sepanjang berpuasa, waktu petang adalah waktu 'lemau'.

Ahad lepas, kami jenjalan ke Legoland.
Alang-alang dah ada annual pass*, encik suami kata kena pergi at least sebulan sekali. 
Baru berbaloi.
(*annual pass--> beli/bayar sekali sahaja, masuk berkali-kali dalam tempoh setahun)

Oleh kerana berpuasa, saya tak benarkan anak-anak naik rollercoaster yang besar-besar.
Kenapa? sebab setiap kali turun dari rollercoaster, mereka haus.
Penangan adrenaline rush kot (entah)..
So, mereka hanya naik 1 rollercoaster yang tak berapa besar dan kemudian, kami naik bot! hehe


Saya biarkan anak dara saya 'memandu'.
Gaya macam bawak bot laju, sebenarnya bot lambat. haha


Khusyuk 200% sampai tak sempat posing. hehe
Amik 'feel' driving, katanya ;p


Handsome boy senyum lapar :)




Abil yang berkerut lapar dengan ayahnya yang 'over' happy sebab berjaya 'hentam' bot saya berkali-kali. Grrrr....
Alhamdulillah. Seronok juga walaupun 'lemau' sikit-sikit. haha

Sedikit tips untuk anda yang berminat ke Legoland;
---> Elakkan berkunjung semasa peak period: cuti sekolah, hujung minggu
(di awal & hujung bulan-selepas gaji).

Kenapa? Nanti penat beratur. Buang masa. Stres.



Dina: "Ma, nanti kita pegi naik bot lagi eh..."
Okay! (insyaAllah)

Salam Ramadhan ke-21 :)
Jumpa lagi.

Jul 25, 2013

Oh! MiniLand

Dah janji, kena tepati.
So, ini gambar-gambar di Miniland. 
Banyak. Kalau boleh nak snap gambar semua bangunan/objek comel kat sini.
Yup, semuanya dibina daripada Lego.

Ok. silalah tengok & cubalah teka/baca signboard kecil pada setiap model bangunan :)























Ok. To be continued :)

Jom folo :)

Salam 16 Ramadhan.

Saja nak kongsi, khususnya untuk mak ayah, mama baba, abi ummi sekalian di luar sana.
Para babysitter, pakcik makcik, cikgu cikgi, tuk nenek pun boleh juga.
kakak abang, adik-adik yang masih single pun apa salahnya :)

Doktorbudak.com

Banyak ilmu kat situ. Nak tanya sebarang masalah perubatan/kesihatan anak pun boleh.

Oh ya, hari ni ada soalan dan berkaitan speech delay dan autisme di doktorbudak.com.

Baca sini : My child has speech delay. Is he autistic?
imej google


dari Instagram

Jul 24, 2013

L.e.g.o.l.a.n.d lagi

Salam semua :)

..... sambung cerita Legoland.


Rezeki Abil. Sekitar 2-3bulan lepas, pusat terapinya (Happyland) dapat tajaan daripada Maybank. Mereka sponsor tiket masuk untuk special child & seorang parent.

To be fair, suami pun teruslah beli annual pass untuk kami semua supaya kak Dina & Zarif boleh ke Legoland juga. Butir-butir tentang tiket dan sebagainya ---> Klik SINI.

Ini kisah trip kami bersama Happyland ye. Bab-bab seterusnya, trip sendirian berhad ;p




Abil dan saya naik bas. Kejap je, lebih kurang 40min dah sampai.
Abang ni memang suka naik bas. hehe



Ok. Entrance Legoland yang cukup 'glamer'.
Tak sah kalo gi Legoland, takde gambar entrance ni. hehe



Oleh sebab kami masuk dengan tiket sponsored by Maybank, kena tampal stiker je kat baju.

Alhamdulillah, selain tiket masuk free, banyak juga free gift lain.
Dapat 2 backpack, 2 topi, 2 T-shirt, baucer makan bernilai RM50.
Tq Maybank!


 Sejam yang pertama, kami join majlis perasmian replika menara Maybank di Miniland.
Selepas itu,  free and easy. Yeayy!




Orang lain berebut nak ambil gambar dengan clown.
Abil: ada aku kisah? huhu

Ok. Cukup la 'membebel' untuk hari ini. Esok sambung lagi insyaAllah :)

Kami di Miniland. Coming up NEXT!



Jumpa lagi!

Jul 23, 2013

L.e.g.o.l.a.n.d

Salam 14Ramadhan.

Selasa yang sunyi (untuk saya).
Cerita kami ke Legoland memang dah lama saya nak kongsi.
Tapi, tak sampai-sampai 'serunya'. hehe

Tunggu. Sabar.

Coming soon! 

Sementara menunggu, boleh explore --> Legoland Malaysia





Have a nice day. Jumpa lagi :)

Jul 22, 2013

Monday No Blues!

Semalam,

"Ish..kakak ni dah besar rupanya.." kak Dina bersembang dengan Zarif.
"Laaa..memang la kakak dah besar, baru tau ke?" sambung Zarif.
"Ye la..dah nak upsr rupanya.." skrip kak Dina lagi.

Terbeliak sekejap biji mata saya bila dengar statement kak Dina yang terakhir tu. "Dah nak upsr? Baru sedar?" haiyo (saya bisik dalam hati je) hehe

Hari ni sehingga Rabu, kak Dina ada trial upsr. Rupanya, bila dah trial baru nak 'sedar' yang dia bakal ambil upsr lebih kurang sebulan lebih saja lagi. Haishh..

Anyways,
saya doakan semuanya dipermudahkan untuk kak Dina, trial dan exam sebenar bulan September nanti. Semoga cemerlang. Amiin!




Dina dengan Betty(kiri) dan Betto(kanan)

Eid 2012


Sebelum tidur malam tadi, sempat kak Dina print sekeping gambar Betty. Belum sempat saya bertanya, dia dah jawab "Nak bawak gi sekolah, nak letak atas meja. Inspirasi." katanya. Saya tahu, dia SANGAT rindukan Betty.

Ok, Monday No Blues!

Salam 13Ramadhan :)


Jul 20, 2013

Belum Syawal lagi

 Yup. Belum Syawal lagi. Baru 11 Ramadhan. 
11 Ramadhan? Tinggal lebih kurang 18-19 hari saja lagi. 
Oh! Ramadhan, please go slow.


Ok. Sila jenguk kalendar comot kat bawah tu.
Comot bukan sebarang comot. Comot  banyak jasa. hehe

Kalendar ni macam 'nyawa' saya.
Saya countdown hari-hari sehingga next cuti sekolah.
Saya countdown next trip ke rumah mak.
Saya countdown macam-macam! (takkan nak citer semua kot ;p)

Kalendar ni juga yang bagi motibasi motivasi untuk anak-anak saya berpuasa.
Nampak tulisan-tulisan ala doktor tu?

Saya tulis 'adik-abang-kakak'. Kemudian, saya bulatkan.
Itu bermakna ketiga-ketiga mereka berpuasa dengan jayanya pada tarikh/hari tu.

Kalau buat poster Ramadhan cantik-cantik sebenarnya anak-anak akan lebih bersemangat.

Tapi, faktor 'kerajinan'saya menyebabkan saya hanya guna kalendar comot ni.
Yang penting, setiap hari Zarif jenguk kalendar untuk tengok namanya. hehe


Untuk hari-hari yang tak ada bulatan tu, bermakna Abil hanya berpuasa sekerat hari.
Kakak dan adik masih maintain cemerlang setakat ini. Alhamdulillah.

Abil puasa sekerat hari? Apa cer?
Setiap Selasa, Abil akan berbuka selepas zuhur sebab dia ada sesi terapi mingguannya.
Kalau dah kena exercise (dalam sesi terapi) dan biasanya sampai berpeluh-peluh,
sian pulak kan?
Selain alasan terapi, Abil tak sihat 2 hari awal Ramadhan hari tu, so sudah MC puasa di situ.
Lagi? Abil gagal puasa penuh gara-gara kantoi makan biskut oreo! (adoyaii)
Abil cukup 'pantang' kalau terjumpa balang biskut, lebih-lebih lagi kalau ianya biskut oreo. grrrr~
Saya sorokkan celah mana pun, dia boleh jumpa. Ada 'radar' oreo agaknya.
(idea bagus untuk klip iklan oreo. haha)

Apa pun, projek kunyah oreo berlaku senyap-senyap ketika saya dan yang lelain leka.
Tau-tau dah nak habis sebalang. haiya

Bagaimanapun, puasa tetap diteruskan.
Kengkonon 'terlupa' lahhh haha
Tapi puasa tu tak 'diiktiraf' untuk masuk kalendar comot. Sori Abil.
Good try but not good enough. Kita cuba lagi hokay?
(sambil sorok segala mak nenek biskut oreo & yang sewaktu dengannya, jauh-jauhhhh)




Ok. Belum Syawal, tapi saya dah beli baju raya anak-anak siang-siang lagi.
Baju raya Abil saya beli sehari sebelum 1Ramadhan.
Baju raya kakak saya beli pada 1Ramadhan.
Baju raya Zarif? recycle je baju abangnya dulu. (jimat hehe)

Kenapa beli awal?
Saya kurang gemar nak bawak anak-anak shopping time Ramadhan.
Sesak. Lapar. Letih. ---> Not good.

Oh ya, baju melayu teluk belanga untuk Abil. No cekak musang.
Abil boleh je pakai baju melayu cekak musang. Tapi nanti dia tak selesa.
Tak selesa. Moody. ---> Not good also.
Mujurlah dia ok je pakai samping & songkok/kopiah.
Ambil masa juga untuk dia familiar dengan baju raya lengkap.
Baca kisah raya yang lepas di SINI.

Haishh. Panjang dah saya 'membebel'.
Kengkonon nak buat entri Wordless Weekend. 
Fail. haha

Ok.
Belum Syawal lagi.
Jangan excited sangat nak raya.
Jom redah Ramadhan dengan cemerlang, insyaAllah.


*Baca tentang Epsom Salt dan manfaatnya di SINI.*
(takde kena mengena dengan raya.hehe)

Jul 17, 2013

Cerita pendek hari Rabu

Semalam, saya hantar Abil ke pusat terapinya, rutin setiap Selasa. Macam biasa, bila sudah sampai, saya akan bukakan pintu kereta dan hantar Abil hingga ke depan pintu.

Semalam, waktu saya buka pintu kereta, tiba-tiba dia peluk saya, ketat. Saya terkejut, tapi saya balas balik pelukannya. Saya peluk Abil ketat-ketat juga. Kejap je pun, lebih kurang 10-15 saat. 

Ini bukan first time dia peluk saya macam tu. Cuma, ia biasanya berlaku secara spontan dan tak dijangka. FIY, anak autisme seperti Abil biasanya tak pandai express feeling mereka, especially mereka yang mempunyai keupayaan verbal yang agak terhad. So, sesekali dipeluk, memang 'makan dalam'. haha



dari twitter


Sekian.


dari facebook


Puasa biar produktif  :)
*peringatan untuk diri sendiri juga*

Jul 16, 2013

Oh My Ramadhan! (lagi)

Oh My Ramadhan!

Rasa macam baru semalam mula puasa.
Tup tup dah hari ketujuh. Kejap je kan?

Ok. Nak citer pendek je ni.

Abil dan anak-anak yang lain semua masih gigih berpuasa.
Alhamdulillah.

Yang menariknya bila kami sebut tentang menu berbuka, ini skrip 'wajib' Abil, "Jeli sirap."
So, setiap harilah saya kena buat jeli sirap super sempoi macam dalam gambar tu.
Yup, tiap-tiap hari (setakat ni).

Kalau tukar jeli spesis lain, Abil 'bolayan'. Tak mau makan.

Apa pun, jeli sirap untuk Abil gerenti kurang manis.
Kalau ikut hati, memang tak mahu bagi dia makan selalu.

Sirap. Pewarna Merah. Oh tidaaakkkkk. Tak bagus.

Tapi sebab nak reward Abil yang gigih berpuasa penuh,
saya pejam mata ajelah buat masa ni.




Tadi saya kata nak citer pendek aje kan?

The End.

Salam 7Ramadhan! 

Masih mencari Betty


Hari-hari awal kami jaga Betty, saya tanya pada Abil. Abil, ni siapa? "Cat." pendek jawapannya.  Saya beritahu Abil, "Ya, betul cat. Tapi nama cat ni Betty."

"Siapa ni?" saya tanya lagi. "Betty." sedap betul dia menyebut, ada slang mat Salleh di situ. hehe

Bila tengok gambar-gambar di bawah, saya rasa kosong. Dah 14 hari Betty 'pergi'.

"Betty pergi macam tu aje..." bisik kak Dina pada saya kelmarin. Saya diam. Tak tahu dan tak mampu nak cakap apa-apa.

"Kita doa ajelah.." jawab saya. Sedih.

Kehilangan Betty cuma ujian kecil. Sangat kecil. Di sebalik kehilangan Betty, masih banyak lagi nikmat yang Allah bagi pada saya. Alhamdulillah.

Tapi sedih tetap sedih.
Terbayang-bayang kelibat Betty di tempat-tempat yang dia biasa melepak.
Terdengar-dengar suara dia mengiau lembut.
Terasa-rasa tubuh comel gebus yang sakan kami peluk setiap hari, berkali-kali.

Tak dapat saya bayangkan mereka yang kehilangan ibu ayah, adik beradik, suami/isteri, anak-anak, atuk/nenek. Sedihnya ya Allah.

Saya bertuah, orang-orang yang saya sayang semuanya masih ada di sekeliling saya. Semua sihat. Alhamdulillah.

Bila Betty hilang, rasa sedihnya hampir sama macam kehilangan orang tersayang.

Dalam setiap kes kucing hilang, ada yang selamat pulang, ada yang terus hilang.
Yang selamat pulang, ada yang sihat, ada yang sakit. Sekurang-kurangnya mereka selamat.
Ada yang pulang cepat, ada yang lambat (yang saya dengar, ada yang balik selepas dua tahun). Fuhh..

Yang terus hilang? Hidupkah? Matikah? wallahualam.

Fikir positif. Sabar. Doa.
Ini sajalah pilihan yang kami ada.
Terlalu banyak risau dan banyak fikir menyebabkan rasa 'sakit'.
Sakit yang amat. 
Mujurlah ada gambar-gambar dan video Betty. Rindu.

Sesungguhnya semua yang kita ada, pinjaman Allah semata-mata. Bila-bila masa boleh 'hilang'. #muhasabah

Saya harap masih ada rezeki kami bersama Betty. Amiin.






Keep Calm and Make Du'a

Jul 15, 2013

Bomba-boy!




Salam. Dah janji Jumaat lepas kan?

So, here goes..

Lawatan sekolah Abil ke Bomba sekitar dua minggu lepas.
Bila saja saya 'ditawarkan' untuk join trip ini, saya terima dengan hati terbuka.

FYI, bukan semua ibubapa dibenarkan turut serta.
Biasanya, ibubapa murid yang memerlukan 'lebih pemerhatian dan kawalan' digalakkan untuk pergi bersama.
Bagus juga sebenarnya, peluang untuk bekerjasama, berkenal-kenalan dengan cikgu dan juga bonding time antara ibubapa dan anak.

Personally, saya ambil peluang ini untuk melihat Bomba secara up, close & personal! haha
Umur dah 30-an, inilah pengalaman pertama saya melihat Bomba secara dekat.
Kalau tak, dok dengar bunyi siren jelah. hehe

Menariknya pada lawatan ini, mood Abil sangat baik.
Walaupun dia diam saja dan tak 'berbunyi', nampak dia peka dan berminat.
Saya juga seronok tengok dia tenang, terkawal dan cuba mengambil bahagian.
Paling seronok bila lihat kawan-kawannya sibuk 'menjaga' Abil.
Nama Abil dipanggil, tangan Abil dipimpin dan ditarik bila perlu.
(Untuk pengetahuan anda, mereka semua adalah murid-murid istimewa dari kelas Pendidikan Khas)

Jom tengok Abil in action.






Mendengar taklimat.


Sempat lagi pose walaupun zero eye contact :)




Lebih kurang dua minit pakai uniform, dahi dah mula berkerut. hehe
Helmet, baju & hose tu berat sebenarnya :)


Bila nampak yang ini, Abil mula sebut "Rollercoaster! rollercoaster!"
Dia sibuk nak naik tapi hanya cikgu-cikgu yang dibenarkan mencuba.
Anak murid tak boleh la Abil (atas faktor keselamatan). Melepasss...



Sempat juga naik trak bomba. Saya hanya dapat tengok dari luar. Dia naik dengan kawan-kawannya.


Berebut-rebut nak cuba semua.
Abil sabar menunggu giliran. Alhamdulillah, dapat akhirnya.






Yang ini paling mereka suka!



Sebelum balik, ada sesi bergambar ramai-ramai.
Candid!


Aktiviti terakhir, sambil berpiknik, sambil makan.


Alhamdulillah, semuanya ok :)
*thumbs up!*

Oh ya, nak selit juga doodle Ramadhan ini sebab comel. hehe
Selamat meneruskan ibadah puasa!


dari google