Jul 30, 2013

Berjimba petang Ramadhan


Flashback. 19 Ramadhan.
Sepanjang berpuasa, waktu petang adalah waktu 'lemau'.

Ahad lepas, kami jenjalan ke Legoland.
Alang-alang dah ada annual pass*, encik suami kata kena pergi at least sebulan sekali. 
Baru berbaloi.
(*annual pass--> beli/bayar sekali sahaja, masuk berkali-kali dalam tempoh setahun)

Oleh kerana berpuasa, saya tak benarkan anak-anak naik rollercoaster yang besar-besar.
Kenapa? sebab setiap kali turun dari rollercoaster, mereka haus.
Penangan adrenaline rush kot (entah)..
So, mereka hanya naik 1 rollercoaster yang tak berapa besar dan kemudian, kami naik bot! hehe


Saya biarkan anak dara saya 'memandu'.
Gaya macam bawak bot laju, sebenarnya bot lambat. haha


Khusyuk 200% sampai tak sempat posing. hehe
Amik 'feel' driving, katanya ;p


Handsome boy senyum lapar :)




Abil yang berkerut lapar dengan ayahnya yang 'over' happy sebab berjaya 'hentam' bot saya berkali-kali. Grrrr....
Alhamdulillah. Seronok juga walaupun 'lemau' sikit-sikit. haha

Sedikit tips untuk anda yang berminat ke Legoland;
---> Elakkan berkunjung semasa peak period: cuti sekolah, hujung minggu
(di awal & hujung bulan-selepas gaji).

Kenapa? Nanti penat beratur. Buang masa. Stres.



Dina: "Ma, nanti kita pegi naik bot lagi eh..."
Okay! (insyaAllah)

Salam Ramadhan ke-21 :)
Jumpa lagi.

6 comments:

dak-eiza said...

wahh sempat pi legoland lagi
dekat katakan yekk
ada bot2 rupenye, ingat kan display lego2 jek

syida said...

dak-eiza, legoland ni ala2 theme park. tp semua deko, interior, exterior berasaskan lego. tggu nnti sy share psl rollercoaster pulaks hehe

mama_ka0ri said...

As salam..

salam kenal dari mama kaori..

puasa2 pon jalan2 kat legoland lagi ek..anak2 tak penat ke? hihi..

berbaloi la beli utk annual pass sbb duk dekat kan..kita yg duk jauh ni mmg tak berbaloi la..haha.

syida said...

salam mama kaori, kami pi sejam je belah petang..x sempat penat kami dah balik hehe.
mmg annual pass tu sesuai utk org2 jb & kaw berdekatan je sbb kalo jarang2 pgi mmg rugi bayo memahal.
kat jb ni bukannya ada bnyk tempat rekreasi pun, itu psl kami pejam mata melabur ke legoland ni. weekend je mmg ke sini...x payah pening2 :)

shaza said...

best nye... ni yg rasa nak pindah dok jb je ni... blh pegi legoland tiap2 petang... hahahaha...

syida said...

haha shaza..doa la legoland bukak kat sh alam pulak.senang aku nk pi kalo balik usj ;p

bila dah pgi selalu sgt, anak aku lak bising "dah boring".. sabo jelah..