Aug 22, 2013

Muntah?

Gambar hiasan dari google.

 Siapa muntah?

Abil muntah-muntah malam tadi.
Habis keluar semua isi perut.
Saya beri dia sebiji pisang dan air kosong selepas dia muntah dengan banyaknya, 
Keluar semula.
Kesian.

Dia tak boleh tidur. Saya  tak boleh tidur. Kak Dina pun kena 'tempias' juga.

The thing with Abil bila dia sakit ialah, dia tak tahu bagaimana untuk respon/bertindak.
Contoh bila dia kena muntah-muntah ni, dia hanya akan duduk diam, batuk dan muntah di mana dia berada.
Walaupun saya sudah sediakan gayung/bekas untuk muntah di sebelahnya dan walaupun saya sudah memberitahu dan membawanya ke tandas untuk muntah beberapa kali.

Ya, autisme.
Maklumat/info yang saya diberitahu masih belum 'diproses' dan di-register dalam kepalanya.
Mungkin juga dia tak faham 100% apa yang saya cuba beritahu/ajar.
Mereka berfikir secara 'visual' .Hmm, kalau tunjuk video/gambar mungkin dia lebih jelas.
Malangnya, saya tak sempat lagi nak tunjuk gambar bagai.
Setakat me-modelkan diri sendiri aje haha. Saya demo aje apa nak buat bila terasa nak muntah (terus capai bekas atau berlari ke tandas). Dia senyum sengih je tengok saya haha.


So, memang saya kena ada sebelah dia setiap saat, especially bila dah nampak tanda-tanda macam nak muntah lagi dan lagi. huhu

Ok. Kejap je dah Khamis.
Saya nak cerita lain pagi ni. Tup tup masuk topik muntah. haha
Kita merancang, Allah tentukan. hehe

Nak tahu punca kanak-kanak muntah? Boleh baca SINI.

Ok.Sekarang saya nak breakfast dan ambil daily dosage vitamin saya.
Jumpa lagi :)

No comments: