Dec 31, 2014

Awak Kat Mana?

Kat Legoland? Taklahh, kat rumah je. hehe

Ini sebenarnya entri throwback. Dah setahun lebih tertangguh haha.  Sambungan dari entri L.e.g.o.l.a.n.d lagi (bertarikh 24-7-2013). huahuahua (tutup muka)

Inilah namanya 'janji dicapati'.  Saya memang terlupa habis untuk kongsi tentang MiniLand (seperti yang dijanjikan).  Kebetulan, masa buat spring cleaning lappy saya, terjumpa dengan folder gambar-gambar Legoland yang dah siap di-watermark. Bila saya search pada senarai blogpost saya, memang gambar-gambar ni belum disiarkan lagi. huhu

Malu dengan posting yang tertangguh ni sebenarnya. Annual pass kami pun dah hampir setahun expired haha. Tapi takpelah kan, ramai lagi yang belum pernah sampai ke Legoland. Mungkin ini boleh jadi pemangkin dan penyuntik semangat, supaya cepat-cepat datang berkunjung ke sini. hehe

Visual please!






















Memang cantik MiniLand ni.  Kagum tengok bagaimana lego-lego ini dipasang. Mesti memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi, kan?

Ini antara binaan dan model-model bangunan yang ada semasa kami berkunjung sekitar pertengahan tahun lepas. Sekarang, mungkin sudah ada binaan-binaan baru.  Kalau nak tahu, kenalah pergi tengok sendiri :)

Ok. Ada satu lagi entri tentang Legoland tak lama lagi (harapnya takdelah tertangguh sampai bertahun haha)

Terima kasih sudi baca blog saya :)




Barang Wajib di Tahun Baru

Apakah? Diari a.k.a Planner :)

Saya memang spesis kena ada planner setiap tahun. Hari-hari mesti mahu catit berapa belanja, senaraikan things-to-do, things-to-buy, wishlist percutian dan segala mak nenek butiran peribadi yang kalau tak dicatit, memang akan lupus dari ingatan. haha

Saya pun tak pasti sejak bila saya mula ada tabiat ber-planner ni. Yang saya tahu, habit ni sedikit sebanyak dipengaruhi oleh mak ayah saya. Mereka berdua memang penyimpan planner tegar, terutamanya ayah saya. hehe

Suami saya pernah juga cadangkan saya gunakan smartphone sebagai planner. Tapi saya ni jenis old school. Mesti nak tulis-tulis, conteng-conteng, nak selak-selak mukasuratnya. hehe

Memang kemana-mana saya pergi, planner saya ikut juga.  Setakat ni, planner lama yang tersimpan dah dekat 10 buah. Kekadang tu rasa macam nak get rid aje, tapi sayanggg. Ada banyak sentimental value. Ayah saya pun spesis macam ni jugak, simpan planner yang lama-lama.  Tak tahula sampai bila nak simpan ni. Aje kena bukak arkib nak simpan semua nanti. haha

Saya pernah terbaca, pilih planner biarlah yang colourful, yang meriah, yang happening, life will be colourful as well (katanya). Ada betulnya juga kot, sebab what you 'see' is what you get. Bagi saya, apapun warna planner kita, yang penting hati kena bersih, fikiran kena positif, insyaAllah hidup pun aman makmur dan ceria selalu. (ini ayat orang yang tak kisah warna planner, biasanya pilih yang kaler gelap. *boringgg* hehe)





Hari ni dah 31hb. Esok dah 2015! Alhamdulillah

Saya tutup tahun 2014 dengan 122 catatan entri blog. Rekod tahun 2013 ialah 129 entri (hanya kurang 7 saja tahun ini. Kira okayy dah tu, sebab saya dah sia-siakan penggal pertama tahun ini dengan hanya beberapa entri saja. Permulaan tahun yang agak kurang produktif huhu).

A special thank you untuk adik ipar yang hadiahkan saya planner kat atas tu :)

Sekejap saja 2014 dah berakhir.

Tak sabar nak mula merekod dalam planner baru. Anda?

Selamat datang 2015.  

Dec 30, 2014

Cerita Superhero

kredit foto: sini

Anak-anak saya terutamanya Zarif, sangat suka menonton cerita-cerita superhero.  Yang animasi, yang bukan animasi, semuanya ditonton.

Boboiboy, X-men, Iron Man, Captain America, Spiderman. Transformers. Big Hero 6. Macam-macam :p

Kemudian, suka pula berangan-angan menjadi seorang superhero. Ada kuasa sakti, ada superpower.  Bila angan-angan mula kelihatan seperti di luar kawalan, saya ingatkan Zarif berkali-kali, "Manusia tak ada superpower macam dalam cerita-cerita TV, movie tu. Tapi Allah bagi manusia otak. Allah bagi akal. Itulah superpower manusia..."

Saya sambung lagi, "Sehebat mana pun manusia, Allah yang lebih hebat. Allah yang PALING hebat. Allah maha hebat..." Dia diam saja, mungkin sedang cuba digest apa yang saya beritahu dia.

Sebenarnya, bukan Zarif saja yang suka berimaginasi menjadi seorang superhero. Saya pun sesekali layan imaginasi juga. (penangan menonton movie hehe)

Berangan itu free. Tak salah asalkan sentiasa sedar diri, berpijak di bumi. hehe

Anyway, sejak kebelakangan ini, saya berpeluang mengenali, membaca dan mengikuti perkembangan individu-individu ini; Maria Zain, Syed Azmi, Raja Shamri dan Muhamad Razeef Che Shamah.

Siapa mereka? Go google. Search di facebook. InsyaAllah jumpa :)

Pada saya, mereka antara 'superhero' yang wujud di kalangan kita. Individu biasa, berjiwa besar, berhati mulia.

Saya tahu ada ramai lagi superhero, superheroin di luar sana.  Buat charity tanpa publisiti,  memberi seikhlas hati, mencari redha Ilahi.

Moga jadi inspirasi untuk kita semua :)

Tambah Lagi Seminggu

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu. (sumber: Berita Harian)

Alhamdulillah. Berita baik untuk mangsa banjir dan kawasan-kawasan yang terlibat. Semoga dalam tempoh dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula ini, banjir akan terus surut dan persiapan kembali ke sekolah akan berjalan lancar. Amiin!

Rezeki juga untuk mereka yang tidak terjejas oleh banjir. Syukur :)

Saya adalah antara yang paling lega kerana, baju sekolah anak belum diseterika lagiiiiii...

Banyak pulak tu yang nak diseterikaaaaaa..

Tengok aje pun dah rasa nak nangisssss....

Kalau ikutkan hati, memang nak guna khidmat kedai dobi aje. Tapi memikirkan keperluan untuk berjimat cermat, selain peluang untuk 'sauna' percuma (bagus untuk mengeluarkan peluh dan segala toksin dalam badan), maka saya pejamkan mata dan redho. huhu

So, misi iron baju sekolah bermula hari ini! (insyaAllah)

Sehari 2-3 pasang. Cukup seminggu, patutnya misi tercapai. Kita tunggu dan lihat :)

Sementara itu, sempat juga saya kerah Nurhan Zarif menyiapkan buku-buku sekolahnya. Beg dah dibasuh bersih. Saya minta dia cop nama pada semua buku teks dan buku tulis. Saya pula membalut buku-bukunya. Mujur kak Dina dah boleh balut buku sendiri. Jimat sikit masa dan tenaga mak.hehe

Baru siap beberapa buah buku, fokus Zarif dah mula lari. Dia bangun, tengok tv, ke meja komputernya, sesekali bermain dengan kucing atau sakat menyakat dengan kak Dina. Bila saya jerit panggil namanya untuk menyambung tugasnya, cepat saja dia menjawab, "Tangan adik dah biru!"

Alahaiiiii..tangan mak pun dah lebam mengecop nak oiii..nak patah dah pinggang ni duduk bersila sejam dua. erk~

Ok. Tak boleh banyak complain. Kena kurangkan merungut. Kesian dengan mangsa-mangsa banjir. Keadaan mereka lebih malang lagi. (insaf)

Apapun, Nurhan Zarif hanya bertahan lebih kurang 30-40min. Selebihnya, mak lah yang siapkan. (sabo jelah)


Kak Dina: "Dina dah bosan duduk rumah, tak sabar nak pegi sekolah. Tapi tak nak balik asramaaaaa..."

hahahahaha dilema budak hostel ;p

Dah dapat cuti tambahan ni, kita gunakanlah sebaik-baiknya ya :)

Siapkan apa yang patut. Jangan tunggu last minute!


Ok kengkawan. Keep Calm & Solat On Time.


Dec 29, 2014

Cerita Doktor Comel

imej google


Doc McStuffins adalah obsesi terbaru anak-anak saya. Kak Dina suka, Zarif suka, Abil pun suka :)

Siapa Doc McStuffins? Seorang budak perempuan comel yang boleh 'merawat' dan 'mengubati' mainan-mainannya, dengan bantuan rakan-rakan stuffed animal-nya. 

Macamana boleh 'terjebak' dengan Doc McStuffins? Sebelum ini, anak-anak saya (terutamanya Abil dan Zarif) suka menonton channel Disney XD (617). Kartun-kartun animasinya lebih 'dewasa'. Bagaimanapun, oleh kerana Abil terlalu rigid dan obses (ciri-ciri autisme) dengan channel Disney XD, suami saya terus block siaran 617 ini.


Bila Disney XD di-block, mereka bertukar kepada channel Disney (615) pula. Sekali lagi, masing-masing 'melekat' dengan channel ini. Tak mahu mengalah kalau orang lain nak menonton channel lain. Grrr...

Akhirnya, siaran 615 juga di-block. haha


Kali ini, Abil bertukar pula kepada channel Disney Junior (613). Bila dua channel sudah di-block, Abil sudah jadi sedikit flexible, boleh beri ruang pada orang lain untuk menonton siaran lain, kecuali ketika Doc McStuffins sedang disiarkan. haha 

Oleh kerana anak-anak pegang kuasa 'majoriti' ketika menonton Doc McStuffins, maka saya dan suami mengalah. Lagipun, budak kecik comel (dalam gambar di atas tu) beraksi ala-ala doktor (kak Dina dan Zarif pula memang suka berangan jadi doktor, selain mereka juga animal lover). Memang masing-masing khusyuk depan skrin TV kalau menonton Doc McStuffins ni. hehe

FIY, kak Dina dah 13 tahun. Abil pula dah 11 tahun. Tapi boleh lagi layan cerita animasi untuk kanak-kanak prasekolah ni. (Zarif baru 8 tahun, so 'dimaafkan') hehe


dari YouTube


Di rumah, memang selalu juga dorang 'karok' lagu tema Doc McStuffins ni. Comel lagunya. Patutla Abil suka sangat ;p Oh ya, dalam setiap episod, Doc McStuffins selalu bagi tips kesihatan untuk kanak-kanak.

Doc McStuffins mak boleh layan lagi. Bila keluar Hi-5, harusss la mak tukar channel. hahaha

Ok. Saya doakan semoga semua urusan anda dipermudahkan hari ini. Jumpa lagi :)



Dec 28, 2014

Masih Tajuk Popular

Banjir. Banjir. Banjir. Masih cerita hangat minggu ini.

Dengarnya, keadaan masih tidak banyak berubah, khususnya di Pantai Timur. Bagaimanapun, khabarnya, bantuan barang-barang keperluan yang dikumpul sebahagiannya sudah selamat diagih-agihkan. Namun, masih ada mangsa di kawasan-kawasan terpencil yang masih belum mendapat bantuan. Semoga hari ini semuanya dipermudahkan. Amiin.

Allah sedang mengajar kita, kata seorang teman.

Saya sangat setuju. 

Peringatan dan pengajaran dari Allah ini, bukan saja untuk mangsa banjir, malah untuk semua, yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, termasuklah yang tidak terlibat langsung.

Jom bermuhasabah.

Menjengah di facebook, saya melihat usaha seorang sahabat membawa anak autisme-nya membeli barang-barang keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir. Allahu, usaha yang sangat murni. Ya, anak-anak autisme sukar memahami dan menyelami isu-isu 'subjektif' sebegini. Melibatkan mereka secara positif dalam apa saja aktiviti berkaitan banjir atau menolong mangsa banjir, adalah sangat bagus. Jangan ajak/ajar anak-anak main air banjir sudahlah ye :p

Untuk Abil, saya mulakan dengan menunjukkan gambar-gambar mangsa banjir dan bercerita dengan ayat-ayat yang ringkas.

Waktu -waktu sebegini adalah waktu yang sesuai untuk mengajar anak-anak (tipikal mahupun yang berkeperluan khas) mengenal Allah dan menyemai sikap empati dan pelbagai nilai murni dalam diri mereka.

Mendidik Anak Sempena Peristiwa Banjir

Oh ya, kisah tragis korban banjir, Puan Norhayati Sulung dan suami, adalah satu peringatan 'keras' untuk diri saya. Sebaya dengan saya, beliau meninggalkan enam orang anak yang masih kecil (khabarnya sudah diambil menjadi anak angkat MB Terengganu. Alhamdulillah. Saya harap ia berita sahih). sumber: fb Saiful Nang

Saya tak mahu mengomel panjang lagi tentang banjir. Sebenarnya banyak cerita yang saya nak kongsikan di sini. Tapi, atas dasar solidariti untuk mangsa banjir, saya tangguhkan dulu. Sabar ya :)

Jangan jemu berdoa. 
Moga semuanya selamat dan dipermudahkan. Amiin



dari google


Dec 27, 2014

Kisah Hujan


kredit: fb Astro Awani 


Pagi tadi, cuaca mendung-mendung kelam, gloomy bak kata omputih, memang sedap kalau minum secawan Neslo panas.  

Saya bancuh Neslo untuk diri sendiri dan sediakan Vico untuk anak-anak, sama-sama kami bersarapan di depan TV.

Nikmat menghirup Neslo panas, terganggu seketika bila teringat pada mangsa-mangsa banjir (di mana saja, khususnya di pantai timur).

"Allah.." Adakah mereka juga sudah makan? minum? Dapatkah mereka tidur lena? Sihatkah mereka? Selamatkah mereka?

Sebak bila teringat bayi dan anak-anak kecil yang sedang kelaparan, ibu-ibu yang mungkin hendak melahirkan atau sedang berpantang, orang-orang tua, pesakit kronik dan anak-anak oku, haiwan-haiwan peliharaan dan jalanan yang sedang berenang kesejukan dan berusaha untuk terapung demi menyelamatkan diri. Sejujurnya, naik bulu roma setiap kali membaca berita tentang banjir di sana sini.

Berkali-kali saya beritahu anak-anak, "untungnya kita, bertuahnya kita..."

"Ma, rumah kita ni boleh banjir tak? Kalau banjir macamana?"

Saya terdiam sekejap. "Setakat ni, rumah kita tak pernah banjir. Tapi dalam keadaan sekarang, mana-mana tempat sekalipun berpotensi untuk banjir. Kita doa ok? minta hujan reda, minta banjir surut, minta dijauhkan dari banjir (bagi kawasan yang masih selamat setakat ini)."

"Rumah MakTuk macamana?" tanya anak saya lagi. 

Jawapan saya lebih kurang sama.  Belum banjir setakat ini, tapi esok lusa, belum tahu lagi. Mudah-mudahan selamat. 

Sepanjang siang tadi, sekejap hujan, sekejap tidak.  Tapi matahari memang segan-segan nak memancarkan diri. 

Malam ini, hujan agak lebat. Mengimbas kembali, pengalaman banjir saya sangatlah sedikit. Sekali dua semasa bersekolah asrama di Kuantan. Itupun banjir setakat betis. Kemudian, ketika berhari raya di Perlis beberapa tahun yang lalu, waktu itu anak-anak saya masih kecil, air bah naik separas betis juga.  

Waktu banjir, tak ada yang senang. Nak masak/makan susah, nak buang air susah, nak tidur pun tak senang. Melihatkan gambar-gambar banjir di media sosial dan akhbar, hari ini, banjir bukan lagi setakat menyulitkan, bahkan ia sudah sampai ke tahap meragut nyawa. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un :(

Apapun, semangat dan perikemanusiaan setiap rakyat Malaysia yang tampil membantu misi-misi menyelamat mangsa banjir sangat membanggakan.  Bukan sedikit yang menderma dan menyumbang, ramai juga yang menawarkan diri menjadi sukarelawan, pihak berkuasa dan NGO bertungkus lumus memainkan peranan masing-masing. Saya harapkan semangat dan kesedaran untuk bantu membantu ini terus meningkat dan berkekalan, bukan hanya ketika bencana melanda.

Saya juga mendoakan, setiap bantuan dihulurkan dan berjaya disampaikan secara telus dan berkesan pada setiap yang memerlukan.  Jangan ada yang terpinggir, jangan ada yang tertinggal, jangan ada yang menindas dan tertindas. Bantuan yang diberi biarlah ikhlas, tiada diskriminasi mahupun kontroversi.

Kawan-kawan, jom #tamakpahala. Menyumbanglah walau sekecil mana. Berdoalah.


No act of kindness is ever wasted. 



gambar google

Dec 18, 2014

Rezeki Jumaat

Pakcik makcik, kakak-kakak, adik, abang;

Saya nak berkongsi rasa gembira..

Esok insyaAllah anak-anak kucing comel ini, akan dihantar ke rumah tuan baru mereka. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya setelah beberapa minggu saya menahan rasa sedih dan simpati pada anak-anak kucing jalanan ini (gambar bawah). Pak mertua saya dan kadangkala saya sendiri, beri mereka makan. Mereka berteduh di atas kotak sampah di belakang restoren.  Berpanas dan berhujan sehari-hari.  Daripada sejumlah 5 ekor, akhirnya tinggal 4. Entah apa nasib yang seekor lagi.

Saya tak mampu nak bawa balik ke rumah kerana kuota anak bulus di rumah sudah lebih dari cukup, 8 ekor semuanya. Selain itu, saya perlu hormat permintaan ahli keluarga yang lain (walaupun dengan hati yang berat).


Mencari dan menyerahkan kucing-kucing jalanan ke rumah baru dan tuan baru, bukanlah satu perkara mudah.  Kadang-kadang, ada yang menawarkan diri. Selalunya, ramai yang tak berani.

Saya faham. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membela atau mengambil kucing-kucing jalanan ini.  Apa pun, saya percaya pada rezeki Allah. Niat yang baik, insyaAllah akan dipermudahkan. Bagaimanapun, ada masanya timbul juga rasa takut dan was-was setiap kali saya berusaha menyelamat dan mencari 'keluarga' baru untuk kucing-kucing jalanan.  Saya hanya mampu berdoa dan berdoa.

Setiap kali menyerahkan kucing jalanan yang saya bantu kepada tuan baru mereka, saya pastikan saya memilih calon yang betul.  Memang setiap mereka yang berminat akan 'ditapis' dan di-interview sewajarnya. hehe *mengalahkan nak pilih calon menantu haha*

Setakat ini, Allah jumpakan saya dengan calon yang sesuai. Alhamdulillah...Allahuakbar.

Tak ada perkara mudah dalam dunia ni. Nak buat baik pun, banyak cabarannya. Pernah juga kucing yang saya serahkan pada adopter, dipulangkan semula. Bila kucing jalanan yang diselamatkan tidak ada yang sanggup membela, rumah sayalah rumah baru mereka. Sejumlah 8 ekor (yang saya kutip) ini pun dah macam-macam ragam, karenah dan masalah yang timbul.  Saya kagum dengan rescuer tegar haiwan jalanan yang sanggup berkorban apa saja.

Bak kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi,  daripada bersusah-susah membuat kejahatan, lebih baik bersusah-susah membuat kebaikan kerana walaupun susah berbuat baik, Allah naikkan darjat kita. Sebaliknya kalau bersusah-susah berbuat jahat, orang tak suka, Allah lagi murka. 

Mudah-mudahan urusan kali ini berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.  Semoga berbahagia comel-comelku.

Salam Jumaat. Jom Al-Kahfi :)

#pesanankhidmatmasyarakat
#janganbuangkucingdipasar
#janganbuangkucingdikedaimakan
#marahtuankucingjanganbuangkucing
#kembirilebihbaik
#kembiriuntukkemaslahatanummah



Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat


Sekadar berkongsi info dari buku yang saya baca malam tadi. Tulisan oleh encik Zaid Mohamad. Bagus buku ni :)

Kasih Sayang Tanpa Syarat (sedikit ringkasan dari Bab 1, halaman 36).

Dua aspek berkasih sayang tanpa syarat.

Pertama, membanding-bandingkan prestasi anak-anak dengan diri mereka sendiri, bukannya orang lain.

Saya fikir, kita sebagai ibubapa cenderung membandingkan anak-anak dengan orang lain, bukan diri mereka sendiri. Bak kata penulis, ia tidak adil untuk anak-anak. Bayangkan apabila kita sendiri dibandingkan dengan orang lain, sudah tentu ia memedihkan, menyakitkan hati dan menimbulkan kemarahan dan kebencian. Anak-anak tidak terkecuali.

Menurut ZM, jika perlu membuat perbandingan, bandingkan pencapaian terkini anak-anak dengan pencapaian mereka yang lalu.  Bukan saja ia perbandingan yang adil, malah ia boleh memberi motivasi untuk mereka melakukan yang lebih baik lagi.

Kedua, mengiktiraf, menerima, menghormati dan memasukkan segala kekuatan dan kelemahan anak-anak dalam membuat pelan tindakan bersama anda.

Melibatkan anak-anak dalam membuat perancangan keluarga secara tidak langsung boleh memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli keluarga. Anak-anak juga akan rasa lebih dihargai.


dari facebook




Dec 17, 2014

Koleksi Peribadi


Saya kongsikan dua buah buku (berkaitan autisme) 
berbahasa melayu.
(atas) Aku Bersyukur Anakku Autisme 
(bawah) Genius Dari Syurga

Pengisian kedua-dua buku ini sangat menarik kerana ia ditulis daripada perspektif seorang Muslim. Yang ada anak autisme 'wajib' baca, yang tiada anak autisme pun bagus juga baca. Tambah ilmu, tambah kefahaman, tingkatkan kesedaran, insyaAllah.

Susah nak jumpa buku-buku genre sebegini. Buku berkaitan autisme kebanyakannya berbahasa inggeris (ada beberapa buah di dalam koleksi saya, ada juga yang dipinjam/dibaca daripada kawan-kawan seangkatan),

InsyaAllah bila ada kelapangan nanti, saya kongsi review untuk kedua-dua buku di atas ya :)

Sekarang, harus bersiap untuk menghantar Abil ke kelas terapi mingguannya.

Alhamdulillah untuk Rabu yang tenang lagi menyenangkan.

Jumpa lagi *melambai* :)


Program Untuk Surirumah


Dah lama saya nak kongsikan tentang program H.E.A.R.T.S yang saya sertai baru-baru ini.  Tapi, nantilah ya. Panjanggg ceritanya. hehe

HEARTS? Housewives Enhancement And Reactivate Talent

Kalau tak silap saya, program HEARTS ini mula dilancarkan pada tahun 2013.

Boleh baca pengalaman seorang blogger  tentang program HEARTS di SINI.

I have become a housewife and there is no better job. -Celine Dion

Wassalam :)


Dec 16, 2014

Aktiviti Stimulasi Otak

Aktiviti apakah? Baking. hehe

Untuk pengetahuan, baking mem-baking ni memang bukan 'bidang' saya. Bak kata omputih, not my cup of tea.hehe

Maka dengan itu, bila saya ke kelas baking, saya rasa sel-sel otak semua bekerja keras dan berhempas pulas untuk berhubung antara satu sama lain. haha

Bagaimana dan mengapa saya join baking class ini ? Semuanya kerana adik saya :)

Well, yuran baking class ni bukannya murah. Majoriti peserta pula memang 'kaki' baking, bak kata orang sekarang, otai-otai belaka! Mereka join untuk dapatkan resepi dan teknik-teknik baru, supaya boleh diaplikasikan untuk biz kek mereka.

Saya pula, join untuk suka suki. huahuahua

Entah kenapa, hati saya terbuka untuk berkata 'ya' pada pelawaan adik saya.  Selalunya, kalau bukan 'bidang' saya, memang cukup susah untuk saya berminat menggali ilmunya.

Saya beritahu mak saya, for the first time ever, saya berada di dalam kelas untuk belajar dan saya rasa sangattttttttt kecil dan begitu 'kosong'. Pegang spatula kek pun salah cara, peralatan deko kek pun saya tak kenal. Memang betul-betul zero! ;p

Ok.cukup-cukuplah saya 'membebel'. Jom tengok visual :)




(Gambar di bawah) adik saya, Meem
pastry chef in the making, insyaAllah



Ini yang saya belajar;
Belgian Choc cake & cupcake dan Coconut Lemon Curd cupcake.






Alhamdulillah, selain dapat ilmu baru, dapat bawa balik kek & cupcake juga.




Ada 6 peserta, termasuk saya. Inilah hasil kerja tangan kami :)



Close-up kek yang dihias oleh adik saya :)


(Gambar di bawah) Ini pula hasil 'keras tangan' saya ;p
Memang rasa macam bermimpi
Anak-anak pun tak percaya saya yang buat. hahaha




Untuk yang berminat belajar baking atau menempah kek-kek yang super yummy 
dari puan Jue,
sila jengah fb Aneka Rasa Food
(area KL, Selangor sahaja)

Oh ya, silakan juga menempah dari adik saya, Meem.
Jom beri sokongan pada beliau, sambil-sambil makan kek sodappp.hehe
Kaff Modest Edition


Saya? Baking kan bukan 'bidang' saya.
Cuma, saya bersyukur dengan peluang belajar yang Allah beri pada saya tempohari.
Sekurang-kurangnya baking knowledge saya bukan 'zero' lagi, cuma belum cukup berani untuk menjadi seorang 'hero'. hehe

Anda, bagaimana?






Hari Menjahit Sedunia


Seminggu dua ini, mesti ramai ibu-ibu yang sibuk dengan persiapan "kembali ke sekolah". Samada sibuk membeli belah baju sekolah, buku, kasut, beg dan alatulis atau sibuk membasuh, melipat, menggantung dan menggosok baju-baju sekolah atau menjahit lencana, tanda nama dan alter mana-mana yang longgar dan labuh atau sibuk menghantar pada tukang dobi/tailor untuk tugas-tugas tersebut. Mana pun pilihan ibu-ibu, pastinya untuk beri yang terbaik untuk anak-anak, betul tak?

Tahun-tahun sudah, tugas menjahit lencana dan tanda nama serta alter seluar sekolah memang selalunya saya sub-con pada mana-mana tailor berdekatan. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, saya sangat terasa dengan layanan kurang mesra daripada tokey tailor, mahupun pekerja-pekerjanya. Sudahlah kos upah sudah semakin mahal, selalunya cukup susah nak dapat senyuman balas dan ucapan terima kasih daripada mereka. Kualiti kerja memang memuaskan, tapi setiap kali hantar dan ambil tempahan, stres tengok layanan yang diberi. Maka dengan itu, saya boikot terus haha

Dengan gigihnya tahun ini, saya buat sendiri semua kerja-kerja menjahit lencana/tanda nama/alter seluar bagai. Siang tadi, saya 'bertapa' hampir tiga jam juga untuk tugasan ini. Maklum sajalah, anak yang bersekolah ada tiga orang, jumlah lencana/tanda nama yang nak dijahit, minima 3 helai seorang.

Itu belum masuk masa yang habis untuk saya menjahit semula butang-butang pada kemeja sekolah. Ya, saya memang gigih menjahit semua butang sebelum ia-nya tertanggal haha. Saya cukup rimas kalau time anak saya sarung kemeja sekolah pagi-pagi dan waktu itu, baru sedar yang butangnya hampir-hampir nak tercabut. Tak ke kalut nanti...jadi lebih baik saya ketatkan semua jahitan butang sebelum ia-nya dipakai sehari-hari.  Baru rasa tenang ;p

Pengalaman dari tahun-tahun lepas, kalau sudah dijahit semua butang pada awal tahun, memang ia kekal 'tahan lasak' sehingga akhir tahun. Tak ada masalah butang longgar sana sini insyaAllah

Nampaknya butang sudah jadi masalah negara pulak sekarang ni. hahaha

Tadi dah 'bertapa' tiga jam, esok bersambung lagi. Tudung-tudung kak Dina dan kemeja Abil belum selesai 'dikerjakan'. Dah selesai jahit, nak kena basuh dan iron pulak. *nangessss*

#sindrommakmak
#thingsmothersdo

Dina: "Pandainyaaa mak jahit..." dengan penuh kagum.
Saya: "Pandai mendenya nak oiiii, jahit butang, lencana dengan kaki seluar je punnn..." hahahahaha

So, bagaimana persiapan sekolah anak-anak anda? Ok?

Dec 15, 2014

Tak lama lagi...

"Tinggal dua Ahad je lagi, ma.." keluh kak Dina semalam.
"Kita tak jalan-jalan pergi bercuti mana-mana lagi ke, ma?" soal Zarif pula bertubi-tubi.

Agaknya kalau Abil pun pandai susun skrip, dia pun akan tanya soalan-soalan yang lebih kurang sama. Pokoknya, cuti dah nak habis, berbaki lebih kurang dua minggu saja lagi dan anak-anak pula masih mahu ke mana-mana destinasi. Alahaiii...

"Kita pergi Angry Bird Park la ma.." kak Dina beri cadangan.
Taman Tema (indoor) ini baru dibuka tahun ini di Komtar JBCC.  Saya pernah juga google tentang tempat ini. Ada review bagus, ada review yang tak berapa nak bagus. 

imej google


Legoland Water Park.  
Yang ini pula memang dah dalam wishlist anak-anak sejak ia mula dibuka tahun lepas.  Kebetulan, annual pass kami untuk ke Legoland Theme Park sudah tamat sejak awal tahun ini. Kemudian, kak Dina pula masuk sekolah asrama. Langsung annual pass itu tak diperbaharui. Sejak awal tahun, memang kami tak ke Legoland lagi.
imej google

Di hujung-hujung cuti ni, kalau nak bawa anak-anak berjalan, rasanya memang kami akan ke lokasi-lokasi berdekatan saja. Maka, kedua-dua lokasi ini sedang saya pertimbangkan dengan teliti. Almaklumlah, hujung cuti, waktu peak untuk semua orang berjimba di mana-mana saja lokasi percutian. Saya pula, kalau boleh, tak mahu ke tempat yang terlalu sesak dan padat. Faktor keselamatan, keselesaan dan keseronokan anak-anak, terutama anak autisme saya, Abil, mesti diutamakan.

Kalau ada di kalangan anda yang dah pernah pergi ke mana-mana dua lokasi ini, what say you?

Sementara itu, enjoy your day dan ingat Allah selalu :)


Bila Migrain


 Sudah dua tiga hari saya sakit kepala.
Semalam dan kelmarin, cubaan saya untuk tidur pun tak berjaya.
Bila kesan ubat pain killer hilang, rasa nak 'pecah kepala' (astaghfirullahaladzim).


Apapun, sempat saya mencuba buat muffin haha.
Zarif berkali-kali bertanya, "Ma dah sihat ke? Ma dah ok ke?"
"Hmm, bolehh laa..." saya jawab ringkas.

Dipendekkan cerita, saya ambil resepi dari sini;

Kongsi Resepi: Kenny Rogers Roasters Vanilla Muffin


dengan bersemangatnya saya menyediakan bahan-bahannya; tepung naik sendiri, butter, gula kastor, whipping cream, susu segar, telur, esen vanilla, muffin papercup dan chocolate chip (yang ini saya tambah).

Untuk sukatan dan cara-cara membuatnya, silalah klik link di atas tu ye :)





Dah siap masuk ke dalam cup, saya pun susun dalam tray untuk dimasukkan ke dalam oven (yang dah sedia dipanaskan).

Saya ganda duakan sukatan dalam resepi dan saya dapat bancuhan untuk 14 cup (saiz sederhana, maaf saya tak dapat saiz sebenar cup, puas baca pada label tapi tak jumpa).

Tengoklah tu (gambar bawah), comel betul muffin-nya (SEBELUM masuk oven).



..siap close-up lagi haha



Gambar SELEPAS keluar oven?

haha nak nanges saya tengok 'kecomelan' muffin saya.

Itulah kan, dah sakit buat cara sakit, sibuk nak baking bagai.
Makin bertambah migrain ;p


"saya pandai baking. saya suka baking.saya berbakat baking. saya hebat baking" cubaan memPOSITIFkan diri supaya terus mencuba lagi dan lagi haha

Sekian, terima kasih :)