Apr 30, 2014

Oh! Wishlist

Tarikh kejadian: sekitar November 2013.
Ya, lama betul saya 'peram' gambar-gambar ni.

Lokasi kejadian: Grand Lexis, Port Dickson.
Lama juga GL ni 'terperuk' dalam wishlist percutian saya.
Akhirnya, sampai juga. Alhamdulillah.

Masa nak booking, saya confused.
Di Grand Lexis ni, memang semua jenis bilik ada private pool.
Tapi saiz pool berbeza ikut saiz bilik dan harganya.
Setelah penat google dan baca review sana sini, akhirnya saya pilih bilik jenis Sky Pool Villa.

Waktu booking, saya masih agak kabur dengan saiz pool.
Cadangnya, biarlah saiznya tak terlalu kecil untuk anak-anak saya 'berkubang'. hehe
Saya pilih Sky Pool Villa pun sebab ia sesuai dengan bajet kami.
Bila dah tengok sendiri bilik dan pool secara live, kami puas hati. Syukur.









Alang-alang dah ada pool yang sangat privasi, kami memang pulun main air puas-puas.
Sampai kecut. haha








3 hari 2 malam.
Entah berapa ratus kali anak-anak saya lompat, terjun, gimnastik bagai dalam pool. hehe
Mood Abil pun bagusss je sepanjang percutian.
Memang berbaloi.

Tapi, anak-anak masih tak puas. Nak datang lagi.
Ok. Kita masukkan semula dalam wishlist ya :)



Mode cuti hari buruh sudah ON.

Sekian.

Apr 25, 2014

Semangat Jumaat

Hari Jumaat. Sayyidul Ayyam.
Alhamdulillah.

Sengaja saya kongsikan gambar-gambar saya sefamili hari ini.
Kasi boost sket semangat nak meng-update blog. hehe

Acara makan besar hujung 2013. Setakat ini, memang acara tahunan. Syukur.
Lokasi: Restoren Aroma Hijrah, TTDI Jaya, Shah Alam.

Sedap. Selesa. Puas hati.
*thumbs up*

Next, enjoy the photos.






Tu dia, siap baring haha.
Anak autisme macam Abil memang kena makan-makan kat lokasi begini.
Ada ruang yang cukup untuk berlunjur, baring, bergerak bagai.









Sorry takde gambar menu.
When we get together, nothing else matters :)






Mencari fesyen muslimah patuh syariah? jom Kaff ME




Apr 23, 2014

Dah ada cerita?


pinjam google

Ok. Assalamualaikum :)

Lama tak sembang sini. hehe

Akhirnya, siap juga make over warkah ni.
Saja tukar-tukar angin.
Kurangkan warna. Buang label-label entri yang panjang berjela. Tukar font.
Edit 600++ cerita. Sekarang tinggal 500++ saja.

Berpeluh-peluh. Mual. Loya. Pening.
Hah..sampai macam tu sekali. haha

Enjin baru nak panas ni.
Cerita dah ada. Tapi later insyaAllah :)

Wassalam.