May 29, 2014

Hello Zoo Taiping!

Once upon a school holiday, dari utara ke Kuala Lumpur, kami singgah di Taiping. Kalau ke Taiping, memang tak sah kalau tak singgah zoo-nya, kan? hehe

Tarikh kejadian adalah sekitar Mac tahun ini.

Yang sebetulnya, ini kali ketiga kami ke Zoo Taiping. Kali terakhir kami ke sini, Abil masih kecil dan Zarif masih belum lahir. So kiranya, ini first time untuk Zariflah. hehe

Zoo Taiping. Oklah, not bad. Since ini kali ketiga buat kami, saya rasakan zoo ini sudah agak hambar berbanding dulu. Lawatan kami ke Zoo Negara tahun lepas macam lebih menarik....erk~

Apapun, anak-anak tetap enjoy tengok haiwan-haiwan yang ada. Mereka tetap teruja naik tren keliling zoo, walaupun tren-nya biasa-biasa aje. Mereka tetap seronok makan aiskrim bawah gazebo di tengah cuaca panas berdenting. Alhamdulillah :)

Tunggu apalagi, jom tengok gambar!




































Ok. Tunggu review saya tentang Sentosa Villa, Taiping.
Coming soon....


Esok Jumaat. Jangan lupa surah AlKahfi :)



May 23, 2014

bukan Buku Sekerap...

Memang bukan buku sekerapp..scrap book lahh ;p
Dah lama berangan nak buat buku skrap dengan Abil. Tapi, asyik bertangguh.
Idea nak buat scrap book ni simple je sebenarnya. Saya tau Abil insyaAllah akan enjoy sesi scrapbook-ing kami sebab...

Dia suka menggunting.
Dia suka menampal.
Dia suka gambar-gambar 'hidup'!

Yang menangguhkan rancangan saya ialah, masa yang perlu untuk dihabiskan mencari dan mengumpul gambar-gambar. Memang banyak gambar kat sekeliling, dalam buku-buku terpakai, majalah, katalog. Tapi satu hal nak selak satu-satu dan cari gambar-gambar yang menepati tema. Cari paling 'cepat' ialah google saja dan print (walaupun tak berapa nak cepat juga sebab kena copy, paste, adjust saiz gambar bagai).
Saya rasa aktiviti ini sangat sesuai untuk peringkat umur dan kemahiran Abil.
Peringkat awal ni, kami buat scrapbook yang simple-simple dulu. Maybe lepas ni boleh print out gambar-gambar percutian keluarga atau apa saja aktiviti yang menarik perhatian Abil.

Bagus untuk tambah vocabulary.
Bagus untuk rangsang Abil membaca/menulis.
Bagus juga untuk mengisi masa lapangnya (daripada dok main iPad/komputer je kannn).

Konsentrasi 100% dari awal sampai habis aktiviti. Well done Abil!
Kena la maknya google dan print lebih banyak gambar. huhuhu






Baru siap 3.
Nanti saya nak bind-kan atau masuk fail cantik-cantik.

Salam Jumaat!



May 16, 2014

Bila tenang, bila moody



Assalamualaikum :)


Sejak beberapa hari ni, Abil agak kerap buat word search puzzle

Buat dengan rileks dan happy.
FYI, dia baru saja pandai cari sendiri perkataan-perkataan dalam puzzle box tu.
Sebelum ni, Abil selalu stres kalau diajak buat aktiviti word search
Susah. Mungkin itu tanggapan Abil.
Sukar nak fokus, banyak sangat abjad, bercelaru, pening.

Anak saya bermasalah pembelajaran. Saya faham.
Persepsi Abil tak sama dengan persepsi saya.
Senang untuk saya, tak semudah itu  untuk dia.

Puas juga saya pujuk Abil buat word search yang saya print dari internet.
Dia hanya akan buat kalau saya beri hint kedudukan perkataan.
No guide, Abil tak nak buat.

Penat 'memaksa', saya hentikan sekejap aktiviti ni.
Hampir dua, tiga bulan juga aktiviti ni di-KIV-kan.
Akhirnya, saya cuba pula buat word search puzzle sendiri.
Tulisan tangan. Cari perkataan-perkataan yang familiar untuk Abil.
Apa?
Nama-nama 25 Rasul (dia suka sangat lagu nasyid Raihan yang ini).
 Nama-nama karakter Disney movie, game Ipad, ,nama ahli  keluarga dan banyak lagi.

Surprisingly, dia terus boleh fokus dan cari sendiri setiap perkataan. Wahh :)
So sekarang, sudah boleh cari perkataan-perkataan lain; 
haiwan, serangga, nama negeri dan macam-macam lagi. Alhamdulillah

Word search puzzle yang saya beri Abil, masih yang  agak senang.
Perkataan yang tersembunyi secara melintang dan menegak, insyaAllah takde masalah.
Perkataan yang menyerong (diagonal), masih agak susah untuk Abil cari.
Tahap kesabaran dan fokusnya masih perlu diperbaiki.

 Tak apalah, sekurang-kurangnya sekarang dia sudah boleh buat aktiviti ini dengan tenang.
Goodbye tantrum. hehe




Oh ya, bercakap pasal tantrum ni, ia datang dan pergi.

Contohnya, cuba anda bezakan keadaan dua tulisan di dalam gambar-gambar ini 
(atas dan bawah).

Mesti boleh teka keadaan Abil semasa menulis kan? hehe



Tengok tulisan aje pun dah boleh agak, 
tak payahlah tengok keadaan penulisnya time moody tu. 
Pengsan! hehe


May 13, 2014

Besut Oh! besut

Dari Selatan ke Pantai Timur (bersambung)

Nak cerita tentang homestay kami di Besut.
Besar, bersih, berbaloi! hehe

Ia banglo seunit yang dipisahkan dengan pintu kayu di tengah-tengah 
(rujuk gambar di bawah).
Unit hadapan ada ruang tamu, 3 bilik tidur (2 bilik dengan attached bathroom).
1 tandas (sharing). 1 dapur 
(lengkap dengan meja makan, perkakas memasak dan dapur gas, mesin basuh).
Perfect!

Unit di belakang pula sama seperti di atas, kecuali ia ada tambahan 1 bilik
(so total 4 bilik tidur, 2 daripadanya dengan attached bathroom).
Memang selesa.







Saya hanya sempat snap salah 1 daripada sejumlah 7 bilik tidur yang ada.
Ada bilik besar, ada bilik kecil.
Paling minima ada 2 katil single
Bilik paling besar ada 2 katil queen atau 1 katil queen dan 1 double decker 
(single & twin, seperti dalam gambar).


Ada apa di Besut? Macam-macam.
Keropok, sata, nasi dagang, pantai dan BANYAK lagi. hehe

Berapa rate penginapan?
Silalah contact owner-nya seperti di atas ye :)


Oh ya, budak hensem (dalam gambar ni) dah sambut birthday yang ke-8 
pada 11/5/14 yang lepas.

Alhamdulillah, sihat badannya. Cerdas akalnya. Cantik akhlaknya.
Setiap anak dikurniakan dengan kekuatan dan kelebihan masing-masing.
Syukur ya Allah atas segala kemudahan yang telah Kau berikan pada Nurhan Zarif.
Semoga terus membesar menjadi anak yang soleh. Amiin!

(psst, itu gambar Zarif semasa kami bercuti di Sentosa Villa Taiping, sekitar 3 bulan lepas,
tunggu review-nya ya!)

Jumpa lagi :)

May 6, 2014

Dari selatan ke Pantai Timur

Selamat sudah trip kami ke Besut.
700++km.
10 jam perjalanan (sehala).
Letih.

Buat apa ke Besut?
Majlis pernikahan adik lelaki saya.

Nyaris-nyaris kami tak dapat pergi.
Macam-macam sebab. Akhirnya, kami gagahkan juga.
Saya tak mahu terlepas peluang bersama famili saya pada hari bersejarah ni.
Nanti menyesal tak sudahhh.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Walaupun dapat jejak bumi Terengganu sekejap saja, itu pun dah syukur.

Nasi dagang, nasi kerabu, sata. Fuhh
Cuma terkilan sikit sebab tak sempat bawa anak-anak ke pantai.
 Tak sempat juga jalan-jalan di Kota Bharu.
Masa suntuk sangat.
Kena datang lagi nampaknya. hehe



Tengoklah Abil, siap berjalan bawah payung pengantin dengan Pokyu-nya.
Selamba.

Mood Abil ok sepanjang majlis.
Sesekali hiper semasa upacara nikah di masjid. Tapi masih terkawal.
Alhamdulillah.

Nanti saya sambung kisah ke Besut. Nak kongsi pasal homestay yang super selesa.



Ok. Saya tak puas makan sata. *nanges*
(gambar google)