May 6, 2014

Dari selatan ke Pantai Timur

Selamat sudah trip kami ke Besut.
700++km.
10 jam perjalanan (sehala).
Letih.

Buat apa ke Besut?
Majlis pernikahan adik lelaki saya.

Nyaris-nyaris kami tak dapat pergi.
Macam-macam sebab. Akhirnya, kami gagahkan juga.
Saya tak mahu terlepas peluang bersama famili saya pada hari bersejarah ni.
Nanti menyesal tak sudahhh.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Walaupun dapat jejak bumi Terengganu sekejap saja, itu pun dah syukur.

Nasi dagang, nasi kerabu, sata. Fuhh
Cuma terkilan sikit sebab tak sempat bawa anak-anak ke pantai.
 Tak sempat juga jalan-jalan di Kota Bharu.
Masa suntuk sangat.
Kena datang lagi nampaknya. hehe



Tengoklah Abil, siap berjalan bawah payung pengantin dengan Pokyu-nya.
Selamba.

Mood Abil ok sepanjang majlis.
Sesekali hiper semasa upacara nikah di masjid. Tapi masih terkawal.
Alhamdulillah.

Nanti saya sambung kisah ke Besut. Nak kongsi pasal homestay yang super selesa.



Ok. Saya tak puas makan sata. *nanges*
(gambar google)

No comments: