Jun 30, 2014

Yang bagus di bulan Ramadhan

 sharing dari google


Ramadhan. Penghulu segala bulan.
Masa yang terbaik untuk kita mulakan habit yang baik-baik dan berusaha untuk terus istiqamah selepas Ramadhan berakhir.

So, how's Ramadhan so far?
Anak-anak ok?

Oleh kerana ini adalah scheduled post, cerita tentang anak-anak saya (terutamanya Abil) berpuasa akan menyusul nanti, insyaAllah :)


Ramadhan saya? Saya mahu cuba 'khatamkan' buku ini; "Aku Bersyukur Anakku Autisme". Tulisan Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah dan Encik Hisham bin Ahmad.

Dah hampir setahun saya beli buku ni, tapi baru berjaya selak-selak dan baca 'tebuk-tebuk'. sigh


Buku ini pada saya, sangat istimewa sebab pengisiannya yang islamik. Isu Autisme dikupas dari perspektif Islam, lengkap dengan petikan dari Al-Quran dan hadis, dibekalkan juga doa-doa untuk panduan pembaca. Dah khatam nanti, baru boleh bagi full review. hehe

Harap-harap saya mampu untuk 'bersengkang mata'. Almaklumlah, kebelakangan ni, semua bahan bacaan adalah 'ubat tidur' yang terbaik untuk saya. huhu

Ok. Sebelum saya berhenti menaip, ada banyak tips-tips menarik untuk melatih anak-anak berpuasa di SINI dan SINI.

Happy fasting. Semoga diberkati :)


Demam Transformers?

Transformers 4, sedang HOT di panggung sekarang.

Zarif sibuk nak pergi tengok (gara-gara terpesona dengan trailer movie ni haha).
Omputih memang pandai buat trailer. Sesekali, saya pun ternganga terkagum gak tengok. hehe

Saya membesar dengan kartun Transformers. Masa kecik-kecik dulu, adik-adik lelaki saya memang ada seketul robot Optimus Prime, dorang main sampai lunyai. hehe


Movie animasi Transformers pun kami 'layan' berkali-kali, lagi dan lagi. Well, saya 'terpaksa' tengok sebenarnya sebab adik-adik takmo tengok cerita lain, asyik nak pasang tape movie tu saja, sampai hafal dialog. sigh


Berbalik kisah Zarif tadi, cubaannya utk ajak kami ke panggung untuk cerita ini, gagal. hehe
Tak payahlah dik, kita download jelah nanti. Takpun tunggu keluar kat Astro ;p

Rata-rata ramai yang kata movie ni tak berapa best pun. Nak baca review, klik SINI.

imej google




Ini peminat tegar robot-robot Transformers. Siap ada 4 ketul dalam koleksi.
Dua dalam gambar tu, koleksi terkini (hadiah dari pak sedaranya, alhamdulillah).

Sebab tak dapat tengok movie, dia sakan main 'berangan' dengan robot-robotnya.

"Ma, amik gambar robot ni cepat!"
"yolahhh.." dan saya menurut perintah :)




Bab main robot ni, saya paling suka tengok Zarif TEKUN pasang setiap parts. Bukan senang.
Saya tengok aje pun dah penat. hehe

Anak-anak anda suka robot tak?


Sekian :)




Jun 29, 2014

Sesedap Pulut Kuning

Pulut kuning. Apa cer?

Beberapa hari yang lepas, kami sekeluarga makan pulut kuning. Bukan saya yang masak, tapi air tangan pak mertua & mak mertua. Sedap, alhamdulillah.

Yang sedikit  'luar biasa' kali ini ialah, Abil pun sama-sama makan. Yes, it was his first taste of pulut kuning. Sebelum ni, kalau kami makan pulut kuning ramai-ramai, dia seorang je tak nak makan. Puas saya suap, tak nak juga. So, kalau masak pulut kuning di rumah, memang kena masak nasi dan lauk lain untuk Abil.

Kali ni, disebabkan saya tak berapa nak rajin memasak menu lain untuk Abil, saya pun tawakal ajelah cuba untuk suap Abil makan pulut kuning. Dia 'ngap' tanpa banyak soal. Fuhh..lega mak. hehe

bukan gambar sebenar, ini gambar dari google :)


(untuk resepi pulut kuning, sila ke SINI)

Kalau anda nak tahu, antara sebab Abil tak suka/tak nak makan pulut kuning kerana masalah sensori. Mulut dan lidahnya tak boleh tolerate dengan makanan yang bertekstur lembut dan melekat-lekat seperti bubur, yoghurt, puding, termasuklah pulut.

Untuk pengetahuan anda, lain individu, lain masalah sensorinya. Contohnya, Abil mungkin kurang gemar makanan seperti di atas, tapi individu autisme lain pula mungkin sukakan bubur tapi tak suka/tak boleh bertoleransi dengan makanan-makanan yang keras dan rangup. Ada pula yang sukakan makanan yang pedas-pedas dan berempah serta tak suka makanan yang agak tawar/tak begitu berperisa, ada pula yang sebaliknya.

Ini baru cerita tentang sensori merasa (organ yang terlibat; lidah dan mulut). Kita ada beberapa lagi organ sensori iaitu antaranya mata, telinga, kulit dan hidung. Bagi individu autisme/masalah pembelajaran lain, hampir setiap organ ada 'isu'-nya sendiri.

Anyway, nampaknya Abil sudah boleh 'menerima' tekstur dan rasa pulut kuning. Mungkin juga faktor ayam rendang (Abil suka makan ayam) membantu membuka selera Abil. 

Abil makan tak berapa banyak. Cukuplah untuk alas perut. Mungkin sebab baru 'kenal' pulut kuning. hehe

More pulut kuning to come? InsyaAllah :)

Selamat menjalani ibadah puasa!

Rindu kakak?

"Asrama..."
"Nak asrama..asrama.."

Hari Khamis lepas (semasa Johor dapat cuti umum percuma sempena kemenangan pasukan JDT), itulah dialog Abil sewaktu kami santai-santai di waktu pagi.

Saya pernah bercerita tentang autisme dan rutin sebelum ini.

Tak ingat/Tak pernah baca? boleh baca di SINI dan SINI.

Kenapa Abil nak ke asrama?
(fyi, bila dia request 'asrama', maknanya mahu pergi jengah kakaknya di sana :))
Biasanya kami melawat kak Dina di asrama setiap kali hujung minggu (jumaat/sabtu).
Bila tiba-tiba Khamis diisytiharkan cuti, Abil terus ingat rutin hujung minggu/cuti, mahu ke asrama kakak.

So, apa respon saya pada permintaannya itu?

"Belum Abil.."
"Kita pergi asrama esok. Kita jumpa kakak hari Jumaat."
"Today, no asrama."

Dia diam. Mujur tak marah. Alhamdulillah tak mengamuk.hehe

Mendengar dialog di atas sesungguhnya adalah satu Nikmat.

Lalu nikmat Tuhan yang manakah lagi hendak ku-dustakan? *insaf*


Gambar throwback sewaktu kakak mendaftar di asrama.




Best friends forever :)



dari facebook


Jaga diri. Jumpa lagi :)



Jun 28, 2014

Komik Sains Adik

 Masih ingat lagi pada entri INI?

Ya, kisah anak bujang kenit saya yang suka membaca.
Ini antara koleksi komik sainsnya.

Sains Adik.
Harganya RM3.50 saja.
Banyak tips-tips, idea, info dan eksplorasi sains dalam komik nipis ni.
Berbaloi beli.

Saya tak baca. Zarif yang suka baca.
Pastu mula la dia bagi saya soalan-soalan teka-teki yang confirm maknya tak tahu nak jawab. haha

"Ma, arang boleh guna untuk apa?"
"errr, sebagai bahan bakar la, untuk hidupkan api."
"Ya betul, lagi?"
"hmmm...entah!"
"Arang boleh hilangkan bau busuk tau, dia bunuh bakteria yang tak baik, boleh bersihkan udara.."

Gituuu ;p

Lalu saya pun tumpang baca info lengkap tentang fungsi arang sebagai penghilang bau ni..

Arang boleh menukar objek yang bersifat asid kepada alkali. Ini kerana arang terdiri daripada 60% alkali yang boleh mengaktifkan dan membersihkan udara dengan membunuh bakteria jahat.
(sumber: Sains Adik No 110)


Tahukah Anda, duit syiling tembaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk.

So, boleh la letak duit syiling atau sedikit serpihan arang di dalam rak kasut dan peti sejuk untuk menghilangkan bau :)

Kotak plastik tempat simpanan komiknya. Setakat ni, baru ada 10-15naskhah.
Saya rasa by the time umurnya masuk sekolah menengah, dia sudah boleh buka mini library-nya sendiri.



Khusyuk!

Kalau dipanggil, memang tak jawab punya.huhu



repost (dari Instagram)



Siapa suka timun?


imej google
So, siapa suka timun? Abil!

Ya, timun memang his favourite, lebih-lebih lagi timun jepun. Paling Abil suka kalau diberi timun yang fresh, yang baru di-slice. Kalau hirisan timun yang dah lama dipotong tu, biasanya Abil tak berapa nak lalu. Kebelakangan ni, Abil kurang sikit dengan timun. Mungkin dia muak. Tapi sesekali jumpa timun segar, dia makan juga.

Saya makan juga timun ni. Tapi idok le peminat tegar. Terserempak dengan satu info tentang timun di facebook Food Matters pagi ni. 

"Cucumbers are 95% water, keeping the body hydrated while helping the body eliminate toxins. Cucumbers have most of the vitamins the body needs in a single day.


Haa...nampak tu, timun mengandungi 95% air. Kalau nak detoks, memang timun antara yang terbaik sebab insyaAllah badan takkan dehydrated.

Saya pernah gak terbaca tips, selepas makan sate, kena pastikan makan timun. Korang pernah dengar/baca?

Alkisahnya timun ni banyak KHASIAT. Seronok saya baca. Bukan apa, timun ni tak susah nak cari. Memang antara sayur-sayuran yang 'fofular', betul tak?

Antara faedah timun; melawaskan air kencing, menghilangkan jerawat, merawat cirit-birit/ulser mulut, bagus juga untuk diet (menguruskan badan), boleh juga diminum/dimakan untuk mengawal/mengurangkan tekanan darah tinggi.

Nak tahu lebih lagi? Jom ke sini, sini dan sini.

Katanya, kalau beli timun organik, makanlah dengan kulitnya sekali sebab tang kulit tu yang KAYA dengan vitamin C.

Mulai hari ni, bolehlah sakan berulam-ulaman dengan timun ek? Jom!

Keep Calm & Eat Lots of Cucumber. hehe


Jun 27, 2014

Cerita adik dan abang



See this picture? (pinjam dari google)

Somehow, bila tengok gambar ni, saya teringat pada Abil dan Zarif. *senyum*

Setiap kali mereka bersalaman, samada selepas solat berjemaah, atau sebelum pergi sekolah, mereka akan melagakan dahi mereka. Kiranya, ala-ala 'dahi cium dahi' la ni (yes, perlakuan ini menggantikan aksi cium tangan ketika bersalaman).

Saya tak pasti samada ia perlakuan 'standard' bagi kanak-kanak autisme. Yang pastinya, Abil memang suka buat begitu dengan kami, sesama ahli keluarga. Bagaimanapun, apabila dengan saya, biasanya saya tetap insist supaya kami saling mencium pipi masing-masing dan bukan berlaga dahi. hehe

Basically, ini memang trademark antara Zarif dan Abil. Berlaga dahi, in a very sweet way. haha

Yang kurang manis tentang aksi ini ialah, kalau di waktu bersalaman itu, mood Abil sedang terganggu, aksi  sweet berlaga dahi itu akan bertukar jadi aksi 'dahi terhantuk'. *adoi*

Sesekali, ini ada berlaku. Biasanya Zarif sudah boleh 'membaca' apa yang bakal berlaku dan mengambil langkah berhati-hati.

---------------------------------------------

Pagi tadi,

"Ma, tadi adik main mesra-mesra dengan abang" Zarif beritahu saya.
Saya diam sambil memikirkan maksud 'mesra-mesra' itu. hehe
"Ooo, adik geletek abang ke?" saya tanya kembali.
"A-ah, ma dengar tak abang ketawa tadi?" Zarif menyoal.
"Ya, dengar..." saya jawab sambil tersenyum.

FYI, sejak kakak bersekolah asrama, hubungan Zarif dan Abil kadang-kadang sejuk, kadang-kadang panas. Yang 'panas' tu ada masanya agak kerap juga sehingga menyebabkan Zarif lebih suka menjauhkan diri dari Abil. Saya pula selaku juri, hakim dan pemerhati, dah pasti susah hati dengan situasi ni.

Sepanjang hari ni, mood Abil agak baik. Happy, ceria, suka hati. Alhamdulillah

Bila dapat peluang main mesra-mesra dengan abangnya, Zarif pun double triple happy :)

Priceless.

imej google




Abil has autism. Abil is different.


Mengajar dan memberi kefahaman pada anak-anak (khususnya kak Dina dan Zarif) tentang perkara ini adakalanya senang, ada masanya mencabar. It is a lifetime learning process. For all of us.

Keyword: Kasih Sayang


Doakan kami :)

Oh ya, Ramadhan hanya tinggal sehari saja lagi. Are you ready?


dari google







Jun 26, 2014

Nak beli mainan?

dari google

Toys are children's best friend, kan? Kalau bawak dorang ke kedai mainan/play area, sure tak nak balik. hehe

Anak-anak saya sudah semakin melepasi fasa bermain dengan toys. Well, kak Dina memang confirm dah tak pandang mainan-mainan ni semua. Abil pun nampaknya dah mula masuk fasa awal remaja.

Zarif? Sesekali dia masih lagi bermain. Dia sajalah tukang godek mainan-mainan yang ada dalam rumah kami.  Separuh daripada koleksi mainan yang ada sudah pun disedekahkan/dijual. Sayang bila mainan-mainan ini tak digunakan, lebih baik beri pada anak-anak yang masih mahu bermain.

Dulu-dulu, kami selalu juga ke Toys R Us. Selalunya, window shopping aje. Saya lebih suka cari idea mainan yang best di situ, kemudian cari versi yang harga patut di online shop atau kedai-kedai lain. Bagaimanapun, dalam mencari yang 'murah', kualiti masih menjadi keutamaan. Biar alah membeli, menang memakai.

Selain daripada karenah Abil yang suka explore dan agak hiper di dalam kedai, kesemua anak-anak saya jarang buat drama di kedai mainan. Alhamdulillah :) (Baca di sini, sini dan sini)

Saya kongsikan panduan memilih mainan untuk si kecil kesayangan anda.

  • Baca label permainan.
  • Untuk bayi dan anak-anak pra-sekolah, elakkan membeli mainan bersaiz kecil yang senang ditelan atau disedut melalui hidung.
  • Alat permainan sepatutnya boleh dicuci unuk memastikan ia sentiasa bersih dan tidak mengumpul habuk.
  • Pastikan tiada pin/dawai kokot terlekat pada alat mainan.
  • Untuk anak-anak dibawah umur 3 tahun, elakkan membeli mainan(doll/teddy bear) yang terlalu banyak bulu/bulu terlalu tebal.
  • Elakkan membeli mainan yang mempunyai cat yang mudah tanggal atau kandungan toksik yang tinggi.
  • Pastikan setiap bahagian alat mainan dipasang sempurna.
  • Bagi alat mainan bertali, pastikan panjang tali tidak melebihi 30cm untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini (seperti terbelit leher dan sebagainya).
  • Jika mainan diperbuat daripada plastik, pastikan ia boleh dilentur.  Alat mainan sepatutnya tidak boleh pecah, meninggalkan kesan tajam atau selumbar.
  • Pilihlah mainan yang berwarna-warni (boleh merangsang deria anak-anak).

    (sumber: HarianMetro, 18 Jun 2014)
Hmm, nak pilih mainan pun kena betul-betul, kan? 

Oh ya, dalam bab membeli mainan untuk anak-anak ni, pada pendapat saya, jangan terlalu 'kedekut' atau terlalu 'memberi muka'. Sikap dan mentaliti ibubapa mestilah somewhere in between dua ciri-ciri ini.

Pandai-pandailah korang ye! ;p

Have a nice day. Wassalam.



Jun 17, 2014

Powernap?


imej google


Bila sebut powernap, saya teringat pada salah seorang anak buah saya yang tidurnya hanya sekejap-sekejap di waktu siang. Tidur setakat untuk re-caj saja, tak sampai sejam dah bangun semula dan lebih aktif daripada biasa. haha

Anda selalu powernap? Tidur siang yang sekejap, dalam 20 minit gitu? Saya selalu juga, in fact, saya rasa saya 'overdose' powernap.hehe

Kalau ikut sunnah, powernap atau 'qailulah' adalah tidur siang yang sedikit, sebelum masuk waktu zuhur. 

Boleh baca lebih lanjut di sini ---> Kelebihan Sunnah Nabi Tidur Sebelum Zuhur

Dari segi kesihatan, powernap memang ada kelebihannya. Antaranya:
  • Mengurangkan stres
  • Meningkatkan fokus dan produktiviti
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Jantung yang lebih sihat
  • Meningkatkan tahap IQ
  • Lebih bertenaga untuk bersenam/riadah di waktu petang
  • Menghilangkan rasa mengantuk
  • Sangat bagus untuk mereka yang kurang tidur di waktu malam
Hah, bagus kan powernap ni? Tapi ingat ye, 20 minit gitu je tidurnya tau!

Boleh baca lebih lanjut di SINI.

Ok. Hari Selasa adalah hari sibuk saya. So, mintak diri dulu :)

Jumpa lagi insyaAllah..





Jun 16, 2014

Kiasu!


 Siapa kiasu?!
hehehe
Begini, sejak beberapa hari yang lepas, saya cabar anak saya, Zarif 
untuk habiskan baca novel Dear Yayah The Series (tulisan Farihah Iskandar) ni.

Novel ni Kak Dina punya.
Belek punya belek, selak punya selak, akhirnya saya terjebak.
Jalan cerita agak menarik.
(fefeeling sweet 16 kejap ;p)

Masalahnya, stail saya membaca sekarang, bukan macam dulu.
Kalau dulu, seharian boleh habis novel tebal macam kamus dewan ni. haha
(ia sebenarnya 4 novel bersiri dalam 1)

Sekarang?
Setiap dua-tiga mukasurat saya Zzzzzz...serius, tak tipu.
Bagilah saya bahan bacaan genre apa sekalipun sekarang ini, memang akhirnya Zzzz. hehe



Maka-nya, saya cabar Nurhan Zarif untuk 'berlumba' baca novel ni.

"Adik, kalau adik boleh habiskan baca buku tebal ni sebelum Ma, adik dapat RM5."
 Nak tahu apa responnya? "5 ringgit je?!"
Adoyai, sabo jelah anakku.

Bagaimanapun, dengan penuh semangat kiasu, dia sahut cabaran saya. haha
Bila dia baca, saya buat kerja lain.
Bila saya pegang buku (yang biasanya tak lebih 5-10min sebelum saya terlelap),
dia buat hal lain.

Yang best-nya, sebelum tidur, dua-dua berebut nak baca. haha
Saya ingatkan dia ni 'kaki komik' je. Rupa-rupanya boleh jugak layan novel.
Mungkin faktor jalan cerita yang santai dan tak memboringkan, 
budak kecik 8 tahun ni pun boleh layan.

Saya suruh dia tidur awal sebab esoknya kena bangun pagi ke sekolah.
Saya pun pegang buku tu dan baca.
Rupa-rupanya perbuatan saya tu menyebabkan dia tak boleh tidur.
Sibuk nak jengah saya dah baca sampai mukasurat berapa.
Sibuk nak tahu berapa laju saya membaca. haha
Memang kiasu!

Buat masa ni of course la Zarif yang sedang mendahului.hehe
Tengokla gambar bawah tu, saya snap gambar pun dia tak sedar haha
Free2 je jadi 'bahan' dalam blog :p



Pagi-pagi sebelum dia ke sekolah, sempat dia berpesan dengan saya,
"Masa adik takde, mak jangan baca buku Dear Yayah tu tau.."
hahahaha

Perlumbaan kami ni, ibarat arnab dengan kura-kura lumba lari.
Arnab laju tapi siap berhenti tidur. Kura-kura lambat, tapi istiqamah je teruskan perjalanan.

So, antara 'kura-kura' dan 'arnab', anda agak-agak siapa champion? hehe
Oh ya, untuk pengetahuan anda...
 ini post yang ke-600 :)

Alhamdulillah..
Doakan saya terus aktif blogging (moga ada manfaatnya).
Amiin!

Jun 15, 2014

Oh! Magnum

Eh! apa kena mengena dengan Magnum??
Haa...kena la baca sampai habis. hehe
Tahukah anda?
Kebanyakan individu autisme sangat 'terikat' pada rutin (kesamaan).
Mereka tidak gemar pada perubahan.

Rutin buat mereka rasa selesa, selamat dan senang.
Perubahan pula boleh menyebabkan rasa 'kusut', terancam dan sukar.

Sebenarnya, kita yang bukan autisme pun kadang-kadang tak suka berubah.
Rasa selesa, senang dan selamat dengan perkara yang sama saban hari.
Perubahan adakalanya boleh menimbulkan anxiety, kan?

Untuk individu autisme pula, perasaan ini adalah berkali ganda dirasai.

Apa saja perubahan (dari sebesar-besar perkara kepada sekecil-kecil isu) adalah 'masalah negara' untuk kebanyakan (bukan semua) individu autisme.

Jadual harian yang bertukar.
Kedudukan perabot yang baru.
Berpindah.
Baju baru.
Menu breakfast yang lain daripada biasa.
Cikgu atau therapist yang berlainan.
Belajar kemahiran atau subjek baru.

Semua di atas adalah cabaran besar untuk sesetengah individu autisme.

Bagaimana cara mengatasi?
Social stories (sesi bercerita (pengenalan) kepada sebarang perubahan yang bakal berlaku)
Lakukan perubahan secara perlahan-lahan.
Kalau boleh, ubah sesuatu perkara satu demi satu. Elakkan terlalu banyak perubahan berlaku serentak.

Paling utama, kena banyak SABAR.

Pengalaman saya dengan Abil:
Alhamdulillah, dia sudah tidak se-rigid dulu. Pada kebanyakan masa, dia agak fleksibel. Boleh menerima perubahan, kecuali beberapa perkara dan bergantung juga pada mood dan masa.

Pada pendapat saya, individu Autisme boleh dilatih dan dipupuk untuk menjadi fleksibel. Bagaimanapun, prosesnya memakan masa dan juga memerlukan kefahaman, empati dan kesabaran yang tinggi.

Mulakan sejak kecil, insyaAllah lebih mudah apabila mereka dewasa.

Abil sendiri masih ada isu ini sekali-sekala.

Ok.

Apa relevannya aiskrim Magnum dalam cerita ini? hehe

Dipendekkan cerita, semalam hari Sabtu.
Rutin saya dan keluarga biasanya ialah pergi melawat kak Dina di asrama.
Kami akan makan lunch bersama, kemudian sembang-sembang  sejam dua.

Bagaimanapun,
semalam rutin ini tak berlaku (sebab kak Dina sibuk dengan program sekolah).

Oh! bosannya hidup. Rasa tak keruan.
Serba tak kena.
haha

*barulah saya faham sikit sebanyak perasaan Abil bila rutinnya berubah*

Akhirnya, 
saya ajak suami dan anak-anak keluar jalan-jalan petang sambil makan aiskrim Magnum seketul sorang. hehe
(Makan aiskrim adalah terapi ;p)

**psst, Abil tak suka Magnum, dia pilih aiskrim Milo (cup) je semalam. 

Hajat di hati nak Magnum Gold. Tapi puas dicari masih belum jumpa. huhu
Magnum almond pun bolehhhhla. Sedappp!

Sekian :)



imej google




Jun 14, 2014

Blues penghujung cuti

ok. Esok dah mula sekolah.
Bila lagi cuti sekolah? Penghujung Ramadhan insyaAllah.

Erk. Ada sebulan lebih lagi tu. (dan blues pun bermula haha)
Tak apalah kan.
Mudah-mudahan semangat nak bercuti lagi membangkitkan semangat untuk bertemu Ramadhan (boleh gitu?hehe).

Sebagai cubaan mengatasi blues
saya kongsikan kisah percutian kami di Janda Baik minggu lepas.

Al-Sakinah Resort.

Ada sungai. Ada kolam ikan.
Ada chalet cantik (lengkap dengan dapur & sedikit peralatan, boleh memasak).
Nak bbq pun boleh, bagitahu saja pada pihak pengurusan.
Paling utama, persekitaran BERSIH dan cantik!
Alhamdulillah.

Overall, saya bagi 7/10.

Kalau chalet (suite) yang kami menginap dilengkapi fridge dan sungainya betul-betul tepi chalet, confirm saya bagi markah penuh 10. hehe

3 hari 2 malam.

Sempat juga kami singgah jalan-jalan ke Bukit Tinggi.





Sungai di sini agak lebar tapi cetek.
Kami lepaskan Abil bermain sendiri tapi di bawah pengawasan rapi.
Dia meniti di atas batu dengan laju sedangkan saya perlahan-lahan berjalan sebab kaki sakit ala-ala kena refleksologi. huhu

Apa aktiviti Abil selain dipaksa duduk berendam celah air sungai deras? Kutip batu.

Kutip batu. Baling batu. Kutip batu. Campak batu.

hehe

Bak kata suami, kalau seminggu kami menginap di situ, 
agaknya habis semua batu di tepi sungai (semua dicampak ke tengah).


oh ya, di resort ini juga ada sebuah sekolah Tahfiz (menyewa sementara).
Seronok juga tengok rutin anak-anak ini menghafaz.
Rasa tenang dan nyaman.
Tapi segan juga sebab kami terpaksa lalu-lalang di tepi kawasan mereka belajar dan tinggal.


Selain mandi sungai, kami memancing.
Ikan-ikan hasil tangkapan kami comel-comel saiznya, sebab masih baru diternak.
Selepas berjaya dipancing, kami lepaskan.
Siapa paling seronok memancing? Zarif hehe





Abil pun memancing juga (dibantu ayahnya).
Berjaya juga dapat 2 ekor ikan. Malangnya tak sempat snap gambar.
Setiap kali umpan Abil berhasil, cameralady ni super excited. haha
Kami guna roti je sebagai umpan :)


Suasana sekitar resort memang cantik.
Penuh bunga-bunga dan pokok.
Hijau. Putih. Merah. Kuning.
Butterfly pun banyak.
Nice!



Suite seperti yang kami sewa ni, ada 4 katil (1 queen, 3 single) dan dua tandas.
Sebarang info mengenai penginapan dan sebagainya, 
sila contact en.Sufian (manager) 016-2158140.



Ini surau, bersebelahan saja dari suite kami.

Ok. Ini gambar-gambar kami di Bukit Tinggi.
Kali terakhir kami ke sini, umur Zarif sekitar 2 tahun.
Tak banyak perubahan.

Bunny Park.





Juara bagi makan arnab. Zarif!
Semua arnab suka makan dengan Zarif.
Dia pulak memang sangat minat dengan arnab. 
Dulu, kini dan selamanya, sibuk nak bela arnab. 
Tapi saya tak benarkan sebab kami dah ada 7 ekor kucing. Sorry dik, bela kucing ajelah ye :)



Selesai di Bunny Park, kami jalan-jalan di Colmar Tropicale.




Sekian cerita 3hari 2malam kami di Janda Baik.
Very relaxing (kecuali part 'main kejar-kejar' dengan Abil di kawasan resort dan sungai). hehe

Rasa-rasa nak mandi sungai, boleh lah ke sini lagi nanti (insyaAllah).

Esok sekolah! *huwaaaaa*


Jun 13, 2014

Keep Calm :)

Jumaat already? Iyolahh tu. Kejap je kan..Alhamdulillah :)

Sudah weekend di tempat saya.
Rutin hujung minggu saya dan keluarga, semestinya melawat kak Dina di asrama.
Mode: Gembira!

Hari ni Jumaat. Esok Sabtu.
Cuti sekolah tinggal sehari saja lagi.
Mode: Oh Tidaaaakkk! ;p



Review tentang Al-Sakinah Resort, Janda Baik coming soonnn..



Oh ya, ada info menarik tentang autisme di SINI.

Jangan lupa baca surah al-Kahfi :)

Take care!


Jun 12, 2014

Bubadibako :)

Bubadibako? Buat baik dibalas koko :)
Peminat-peminat tegar Boboiboy mesti tahu.hehe
(mode: baru lepas layan Boboiboy pagi-pagi kat tv3)

Sebetulnya, takde idea nak letak tajuk apa. haha

Semalam. Rabu.
Bukan  Rabu yang terbaik untuk saya.
Mood Abil tak berapa baik sepanjang pagi.
Dia nak minum teh O untuk sarapan. Air teh O masih panas. Marah.
Akhirnya air tumpah sana sini. Jerit sana sini. Astaghfirullahal adzim..
Itu baru satu insiden. Ada lagi yang lain. Malas saya nak cerita.
Nak lupakan je mana-mana yang tak best.
Kalau takde iman (walau secebis), memang dah lama terjun bangunan agaknya. Nauzubillah.

Selepas diuji dengan pagi yang tak berapa nak best
Allah kurniakan nikmat petang yang aman damai.

County Garden, Danga Bay.

Tempat baru (untuk kami yang baru saja tahu).
Orang lain dah lama tahu kot. hehe

Tempatnya cantik.
Ia pantai buatan.
Pasir pun pasir 'tambak', bukan pasir pantai.
Tapi cukuplah untuk bersiar-siar ambil angin. Cuci mata.
Tengok awan, laut, kapal. Lanskapnya juga comel-comel :)

Playground pun ada. Tapi Abil dan Zarif dah melepasi fasa suka-suki di playground.
Pool pun ada. Tapi ia ditutup pada orang awam.
Ada bangunan. Tapi saya tak pasti ada fungsinya.

Yang pastinya, di sini, orang ramai dibenarkan bersiar-siar, duduk-duduk, ambil gambar.

Saya kongsikan gambar-gambar kami semalam :)








*psst..Kak Dina tak kelihatan dalam gambar sebab dia dah balik asrama :(







Nampak tu? No swimming here.

Singapura kat seberang nun tu je.
Makin lama makin dekat, hasil tambakan tanah di kawasan sekitar Danga Bay ni.


Menjelang maghrib, kami pun balik.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Surah Ar-Rahman