Jun 26, 2014

Nak beli mainan?

dari google

Toys are children's best friend, kan? Kalau bawak dorang ke kedai mainan/play area, sure tak nak balik. hehe

Anak-anak saya sudah semakin melepasi fasa bermain dengan toys. Well, kak Dina memang confirm dah tak pandang mainan-mainan ni semua. Abil pun nampaknya dah mula masuk fasa awal remaja.

Zarif? Sesekali dia masih lagi bermain. Dia sajalah tukang godek mainan-mainan yang ada dalam rumah kami.  Separuh daripada koleksi mainan yang ada sudah pun disedekahkan/dijual. Sayang bila mainan-mainan ini tak digunakan, lebih baik beri pada anak-anak yang masih mahu bermain.

Dulu-dulu, kami selalu juga ke Toys R Us. Selalunya, window shopping aje. Saya lebih suka cari idea mainan yang best di situ, kemudian cari versi yang harga patut di online shop atau kedai-kedai lain. Bagaimanapun, dalam mencari yang 'murah', kualiti masih menjadi keutamaan. Biar alah membeli, menang memakai.

Selain daripada karenah Abil yang suka explore dan agak hiper di dalam kedai, kesemua anak-anak saya jarang buat drama di kedai mainan. Alhamdulillah :) (Baca di sini, sini dan sini)

Saya kongsikan panduan memilih mainan untuk si kecil kesayangan anda.

  • Baca label permainan.
  • Untuk bayi dan anak-anak pra-sekolah, elakkan membeli mainan bersaiz kecil yang senang ditelan atau disedut melalui hidung.
  • Alat permainan sepatutnya boleh dicuci unuk memastikan ia sentiasa bersih dan tidak mengumpul habuk.
  • Pastikan tiada pin/dawai kokot terlekat pada alat mainan.
  • Untuk anak-anak dibawah umur 3 tahun, elakkan membeli mainan(doll/teddy bear) yang terlalu banyak bulu/bulu terlalu tebal.
  • Elakkan membeli mainan yang mempunyai cat yang mudah tanggal atau kandungan toksik yang tinggi.
  • Pastikan setiap bahagian alat mainan dipasang sempurna.
  • Bagi alat mainan bertali, pastikan panjang tali tidak melebihi 30cm untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini (seperti terbelit leher dan sebagainya).
  • Jika mainan diperbuat daripada plastik, pastikan ia boleh dilentur.  Alat mainan sepatutnya tidak boleh pecah, meninggalkan kesan tajam atau selumbar.
  • Pilihlah mainan yang berwarna-warni (boleh merangsang deria anak-anak).

    (sumber: HarianMetro, 18 Jun 2014)
Hmm, nak pilih mainan pun kena betul-betul, kan? 

Oh ya, dalam bab membeli mainan untuk anak-anak ni, pada pendapat saya, jangan terlalu 'kedekut' atau terlalu 'memberi muka'. Sikap dan mentaliti ibubapa mestilah somewhere in between dua ciri-ciri ini.

Pandai-pandailah korang ye! ;p

Have a nice day. Wassalam.



2 comments:

dak-eiza said...

dh lama gak tinggalkan zaman beli menan nih, maklumla anak2 dah besa
sesekali jek beli untuk anak yg 4 taon tu, dia selalu nak barbie doll tak pon menan masak2

syida said...

dak-eiza, anak2ku dah besa2 juga...yg plg kecik si zarif pun dah 8 tahun. kot ada lagi junior lps ni, buleh la merasa beli menan lagi..kot tak, selamat duit mak. hehe