Jun 10, 2014

Oh! Obsesi (musim baru)


imej google

Ada apa dengan sharpener?
Rujuk tajuk di atas. hehe

Ya, sekarang musim obses dengan sharpener.
Abil dan sharpener, lagi dan lagi.

Obsesi baru yang boleh dikategorikan sebagai 'harmless'.
So I let it be.

Entah kenapa dia suka sharp pensel. Non-stop
Selagi. masih. ada. pensel tumpul. dimana-mana.

Mungkin ia satu skill baru untuk Abil. Seronok (agaknya).
Mungkin ia memberi kepuasan. (fuhh tajam-tajam semua pensel)
Mungkin ia memberi ketenangan. (lalu ia dilakukan berulang-ulang)

Apapun, as i said, it's harmless, at least for now.
Kalau semua pensel (yang ada dalam rumah) sudah tajam dan habis diasah, dia berhenti.
Ada sharpener, dia mengasah. 
Tak ada sharpener, no problem. Dia tak 'mengamuk'. 
Alhamdulillah

Cuma, waktu sesi belajar/terapi, pantang jumpa sharpener. Mesti nak mengasah.
Bagaimanapun, jika dilarang atau disuruh tunggu. Dia masih ok. Fuhh lega.

Dalam apa jua keadaan, 'tidak mengamuk' dan kebolehan untuk bertenang (bagi mana-mana anak autisme) adalah satu NIKMAT.

Sekian kisah pendek untuk pagi ini :)

Till later!

Wassalam.



imej google


No comments: