Jun 10, 2014

Oh! Sentosa Villa

Kami check in di sini sekitar Mac yang lepas, selepas ke Zoo Taiping.
Yang sebenarnya, saya mula berangan-angan untuk ke sini saya sejak saya tahu mengenainya dari Instagram seorang selebriti tv3. hehe
Apalagi, mula la masukkan dalam wishlist dan akhirnya berpeluang juga ke sini.
Alhamdulillah, rezeki.

Kalau tengok dari gambar-gambar di google, memang nampak macam 'gah' villa ni.
Realitinya, taklah se-gah mana.

Lokasinya pun di celah-celah taman perumahan.
Bagaimanapun, bila dah masuk kawasan villa, terus hilang suasana taman perumahan tadi.
Mode Sentosa Villa terus 'on'. hehe

Yang saya suka tentang villa ni ialah persekitarannya yang agak fresh dan semulajadi.
Banyak pokok-pokok di sana sini. Ada itik, arnab, ayam, angsa dan kolam ikan.

Jumlah bangunan untuk penginapan pun tak banyak.
Jadi, kawasan villa ini sebenarnya sederhana saja. Tidaklah sebesar mana.

Oh ya, ada anak sungai.
Di sini juga suasana agak sejuk dan nyaman. 
Mungkin sebab lokasinya yang dekat dengan Bukit Maxwell.

Kalau datang untuk berehat-rehat, memang sesuai.
Kalau datang untuk mandi sungai, boleh juga tapi saiz sungainya agak 'mini' dan kurang ummph (pendapat peribadi saya saja).

Secara keseluruhannya, saya puas hati dengan kualiti bilik kami (Family Classic) .
Pilihan dan kualiti sarapan juga agak memuaskan.

Bilik: 8/10
Sarapan: 6/10
Staf & servis: 8/10 

Begitulah alkisahnya. Jom layan gambar.












Kali pertama Abil main dart















Inilah sungai 'mini' yang saya sebutkan awal-awal tadi.
Tak boleh nak mandi-manda sangat pun, setakat main celup-celup badan dalam air boleh la. hehe
Apa pun, Abil memang tak heran dengan air sungai, 
dia cuma berminat kutip batu dan baling.
Kutip batu-baling. Kutip batu-baling. Berkali-kali.
Sabo jelah.

*psst..boleh tengok video bukti di bawah*



video

2hari 1malam kami di sini.
Cukuplah kot. 
Selepas ke Zoo dan Taman Tasik Taiping, rasanya macam dah 'khatam' bandar Taiping. huhu

jumpa ini di google. I Like! hehe


No comments: