Jul 13, 2014

Bila dah besar nanti...

"Adik nak jadi librarian!" tiba-tiba Zarif beritahu saya sebelum kami tidur beberapa malam yang lepas.

"Oh ye? Baguslah kalau nak jadi librarian. Boleh jumpa buku hari-hari. haha..."

Jumpa, tengok, pegang dan 'cium' bau buku adalah satu nikmat tau..tak percaya tanya semua ulat buku dan pembaca tegar di sekeliling anda. hehe

Sembang-sembang mengenai "dah besar nanti nak jadi apa..." agak biasa di kalangan saya dan anak-anak, terutamanya Zarif. Boleh dikatakan, setiap kali dia membaca dan 'terserempak' dengan mana-mana watak pekerjaan, dia akan bertanya dan bertanya..sampai dia faham. Selalunya, mesti akan ada soalan 'wajib' ini;

"Kalau jadi ........, boleh kaya ke Ma?"
"Kalau kerja..........., banyak duit tak Ma?"

Hahahahahaha anak oh! anak ;p

Tapi takpe, at least dia tahu dan faham kepentingan dan keperluan duit dalam kehidupan. Cuma, harap-harapnya janganlah duit yang jadi keutamaan dalam hidup. Memang jenuh juga nak berpesan dan bagi dia faham tentang ini.

"Kakak nak jadi vet!" saya masih ingat lagi skrip kak Dina kalau bab ini yang kami sembang-sembangkan. Berbeza dengan Zarif yang masih 'terpinga-pinga' dan dalam proses discovery tentang potensi dan bakat dirinya, kak Dina nampaknya sudah cekal hati nak jadi doktor haiwan. Itu yang selalu dia laung-laungkan dua tiga tahun kebelakangan ni.  Baguslah, jadi doktor haiwan pun satu pekerjaan yang mulia.  Tolong haiwan, makhluk Tuhan.  Setiap kali kami bawa kucing-kucing ke vet, setiap kali itulah dia akan kata, "Eiiiii best-nya jadi vet, tak sabar!" hahaha memang dia sangat 'geram' dan excited gituuu.

Kalau anda nak tahu, antara cita-cita Zarif sebelum ini ialah; zoologist dan scientist. (pengaruh baca komik sains dan haiwan). Sebelum ini juga, dia pernah kata; "Adik nak jadi macam ayah!" hahaha bagus betul anakku, memang dia anggap ayahnya seorang 'hero'. Alhamdulillah

Well, perjalanan anak-anak masih jauh. Buat masa sekarang, biarlah mereka dengan angan-angan dan cita-cita mereka. Mana yang baik, saya layankan dan saya sokong.  Cita-cita asyik bertukar-tukar? tak apa...biasalah tu. Semuanya bermula dengan angan-angan dulu. Lagipun, kita merancang, biar Allah tentukan. Sebagai ibu, kita doakan yang baik-baik aje, kan?

Abil? Oh ya, anak saya yang sorang ni paling saya risaukan.  Ya, dia autisme. Tapi tak mustahil untuk dia dilatih dan diajar untuk menjadi 'someone'. Kanak-kanak autisme biasanya mempunyai kecenderungan dan potensi dalam sesuatu bidang, kalau ia-nya dikembangkan dan diasah, tak mustahil mereka boleh jadi pakar dalam bidang tersebut.  Masalahnya, buat masa sekarang, saya masih belum 'nampak' apa, dimana dan kemana kekuatan dan minat Abil.

"Abang boleh jadi gimnas!" Zarif jadi jurucakap bila tengok abangnya pandai buat aksi-aksi akrobatik di rumah.  Ya, betul. Saya setuju juga tapi setakat ini, belum nampak ruang dan peluang untuk anak autisme sepertinya dilatih di sini. Kalau saya berduit, memang boleh sangat carikan dia seorang jurulatih profesional *berangan*.

Abil boleh belajar dan diajar, tapi dengan kaedah-kaedah tertentu yang bersesuaian dengan karakter dan keupayaannya. Buat masa ini, kami masih mencari-cari potensi Abil.  Mudah-mudahan ada rezeki untuk Abil, sebagaimana anak-anak yang lain. Amiin!


Dulu-dulu, apa cita-cita anda? :)

gambar google


imej google



2 comments:

kent said...

Suami saya bekerja sbagai Pembantu perpustakaan di Perpustakaan Raja Tun Uda (Perpustakaan Negeri Selangor). Kalau dtg ke KL @ Shah Alam, singgah la melawat.:) Saya faham perasaan Syahida. Saya dah jumpa beberapa individu autisma yg berjaya siap ada master dan berkeluarga. Berusaha dan bertawakal , In Shaa Allah, Abil, Amal Hazim dan semua anak2 syurga beroleh kejayaan dlm kehidupan mereka.

syida said...

Alkisahnya..kami prnh juga ke library tu,last pergi..sekitar tahun lepas.

moga Allah makbulkan doa kent..Amiin!